Passionate readers

Friday 20 December 2013

HEALTHY: TIPS KURUS BADAN

HEALTHY

33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat komersial.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

------------------

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 rahsia bentuk punggung wanita dan lelaki  iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi.

5 rahsia bentuk punggung wanita dan lelaki:

1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke manahala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.


3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

TECHNO: PLAYSTATION 4 on the loss , grab it will you can!

PLAYSTATION 4 DATANG LAGI!
 December is here! Today is 20th December 2013! The day of Playstation 4 release date! Ahh it here now!! 

Friday 13 December 2013

LOCAL: Rakyat Malaysia harus mengetahui dan sedar.

Kekurangan menteri kita, mereka berada ditempat yang salah sebenarnya. 

"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN" 

Wednesday 11 December 2013

LOCAL: Maksud tulisan yang berada di atas tayar anda, ia bukan perhiasan semata!


Stance in the rain
Tayar adalah getah hitam dan lembut yang berbunga berbentuk bulat sempurna yang berfungsi untuk mengerakkan kereta di atas permukaan jalan raya samada yang bertar, tarmac, dan juga berbatu. 

Monday 9 December 2013

LOCAL: Tips mencegah kereta anda dari tersadai ketika hujan.



Bulan Disember merupakan musim tengkujuh buat Malaysia yang berada di garisan Khatulistiwa. Musim tengkujuh juga seperti musim salji dinegara-negara yang berada diluar lingkaran Khatulistiwa. Sebaris dengan musim sejuk dan salji di negara-negara sana Malaysia juga menikmati musim sejuk di kala keadaan cuaca yang tidak menentu abad ini.

Tuesday 26 November 2013

LOCAL: Billy Talent dan rock sekarang yang tak rock sangat


Billy Talent III, aku ada tshirt logo ni.
Aku dari belajar dulu memang layan lagu rock Billy Talent ni. Lagu die memang best habis, satu satu layan dalam kereta Flx aku dengan speaker standard tu setting Bass 7, Treble 6, tingkap tutup, aircond sejuk medium semua tala kat aku, volume semestinya 17. Devil in mignight mass, bass lagu ni power. Memang gegar kereta lah lagu ni.

Wednesday 20 November 2013

LOCAL: Villa Nabila port Izzat layan PS3, bunyi game PS3 kedengaran tapi Izzat dan PS3 tidak kelihatan




Villa Nabila terus mendapat liputan sehinggalah penampakan Nabila sendiri di villa tersebut. 

AMARAN
Gambar boleh menganggu minda dan akal


Monday 18 November 2013

LOCAL: Villa Nabila 2013, 23 orang budak hilang masih tidak dijumpai.

Villa Nabila

Hari ini hot cerita tentang villa tinggal ini. Kisah 23 orang budak hilang didalam villa tersebut. Misi pencarian dilancarkan pada pukul 2.30 pagi ke villa tersebut oleh pihak polis dan bomba. Pencarian mereka tidak menemui apa-apa namun yang menghairankan ialah suara mereka meminta tolong jelas kedengaran. Seolah-olah mereka berada didalam villa tersebut dan berdekatan dengan para penyelamat. 

Thursday 14 November 2013

AUTO: HOT IMPORT NIGHT 2013 DANGA CITY MALL JB Autoshow





Hot Import Night Danga City Mall Part 1

10th Nov 2013, went to Danga City Mall with my wife to the Hot Import Night autoshow event. The event was held inside the Expo hall of Danga City Mall. This expo site is well known for its various big event held here. DCM always held big event such as this and occasionally big brand like Levi's, Quiksilver, Renoma held their warehouse sale here.

Tuesday 12 November 2013

LOCAL: SATAY JUMBO SAIZ DAN ABC KING SATAY HUT TANJUNG KARANG

Penarik perhatian anda.
Satay Hut Tanjung Karang

Restoran Satay Hut Tanjung Karang memang popular dikalangan warganegeri Selangor. Menu istimewa kedai ini ialah satay ayamnya (RM 0.70) yang diperam enak dan saiz satay Jumbo-nya (RM 1.30). Satay hut diperam dengan rempah satay yang kaya dengan rasa daging ayam dan rempah peram yang digunakan. Setiap gigitan sataynya penuh dengan rasa rempah dan ayam yang lemak.

Thursday 7 November 2013

LOCAL: How Google map their GMap? Bagaimana Google mapping peta GMaps. Memperkenalkan...

Google street view mapping cars.
Tampoi, petang semalam kami terserempak dengan kereta google maps mapping berjenama Chevrolet. Kereta tersebut kelihatan sedang menuju ke arah Kempas dari persimpangan Kampung Melayu. 

Tuesday 5 November 2013

TECHNO: Oculus Rift mengubah dunia permainan video 2014


Infografik negatif
Virtual Reality (VR), adalah alam maya yang dijanakan oleh komputer dengan gambaran seakan-akan anda berada di alam maya tersebut. Setiap pergerakan anda didunia realiti akan diterjemahkan oleh komputer ke dalam alam maya tersebut. VR menggunakan paparan skrin untuk mengambarkan suasana dan persekitaran di alam maya tersebut. Teknologi terkini membolehkan pengguna berinteraksi melalui gerakan yang lebih terperinci dan juga disertakan dengan bunyi. 

LOCAL: Makna misteri dalam kata-kata harian, apa itu bob dan daboom.

Selalu kita panggil orang yang berbadan besar yang kita tak tahu nama sebagai Bob. Aku tak tahu la korang tapi dikalangan rakan-rakan aku memang Bob tu dah jadi sebagai term yang kami akan faham. Tiba-tiba aku terfikir kenapa kita panggil orang sebegitu sebagai Bob. Bila dimain dengan akronim mungkin maknanya seperti berikut.

Bob = Bag of Blood

Masuk akal jugak kan?

Yela, orang berbadan besar mempunyai jisim badan yang besar dam seumpama sebuah bank darah yang berjalan. Oleh sebab itu, panggilan bag of blood menjadi boleh diterima akal.

Satu lagi term kami terus faham ialah Da' Bom. Da' Bom ini biasa digunakan untuk merujuk seorang perempuan yang boleh tahan kejadiannya. Bila diterjemah maka menjadi..

Da' Bom = Da' Bag Of Meat

Meat apa korang faham sendiri la ye.

Macam lagu Ruffedge dulu

 " kau memang tertarik, menarik, kau memang de' bom! "

So, bila orang sebut bob or korang sebagai da' bom silalah memberi respon yang korang rasakan perlu. Sebab hari ini korang dah tau apa maksud disebalik term-term tu.

KKu et.al
P/s: aku sendiri pun dah nak termasuk dalam Bob tu.

Monday 4 November 2013

LOCAL: DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN


DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

LOCAL: Teknik memegang stering yang betul dan apakata Vin Desel

Which one are you!? 

Nov 1,

Aku turun ke Lumut untuk bertemu isteriku. Sepanjang perjalanan aku menaiki bas single seat aku menikmati keindahan kotaraya Johor Bahru di malam hari.Limpahan lampu neon, eh, itu dulu. Limpahan lampu LED membasahi jalanraya menyinari malam sehingga tersorok bintang di langit. 

Friday 1 November 2013

LOCAL: November nowadays


NOVEMBER IS HERE

Salam semua, hari ini dah masuk bulan NOVEMBER tahun 2013. Cepat sungguh masa berlalu dan sepanjang masa itu jugak aku tidak menaip disini. Sesungguhnya hampir sepi blog ini. Aku minta maaf kepada anda semua sebab aku sedikit sibuk dengan mengurus hidup dan kerja. 

Aku juga baru-baru ini sudah sedikit serius dengan hobi scalemodel aku jadi perhatian aku akan agak terbatas. Walaubagaimanapun, anda semua masih lagi dapat menikmati buiah fikiran TheSentinel kerana aku bersemangat untuk berblog sekarang.

Sepanjang ketiadaan post didalam TheSentinel ini sudah banyak berlaku didalam scene true media blog ini, baik dari viral awek legoland macam cantik, isu bajet, isu jenayah tikam dan tembak sehinggalah kepada masalah 8share baru-baru ini. Aku pula sibuk dengan kerja dan hobi namun bulan Nov ini mungkin menjanjikan sedikit kelapangan dan aku akan cuba berblog barang satu dua. 

Anda boleh checkout blog scalemodel aku DISINI. Silalah komen kalau sudi.

OK kawan-kawan. Jom hadapi bulan November dengan cemerlang dan tenang. 

Keep Calm and think what does the fox say when he is in the November rain!?

KKu et.al

p/s: dapat referral utk 8share sorg..slow btol la marketing ak ni.

#november

Wednesday 2 October 2013

LOCAL: Minyak sebulan RM 132, Saya tak lah bodoh sangat

Stupidity can be teach but igonarance is wasting our tax money.

Correct me right then you are the most brilliant people. 
Let correct our government.

Think about your children future.

The person is not wrong but the answer just reflect that their thought towards the citizen is sputid same like the answer.

That get me furios.

KKuetal

p/s: furios on the sputid answer! 

Tuesday 1 October 2013

LOCAL: Shop tshirt Superdry murah kualiti butik! Jaket pun ada!



Trend anak muda sekarang yang ranggi dan up to date sekarang ialah memakai t-shirt Superdry, Calvin Klein dan Guess. Anak-anak muda sekarang memang gemar memakai baju jenama sedemikian hari ini. Tidak hairanlah adik aku sendiri sedang sibuk mencari kedai-kedai yang menjual t-shirt jenama tersebut dalam harga yang paling berpatutan. 

Wednesday 25 September 2013

LOCAL: GA WIN!! THANKS!!



Hi,

Hari ini The Sentinel terpilih lagi dalam GA.

Wah, Dpt tshirt free. 

Thanks to nabilamedan sebab menganjurkan GA dan juga tshirtmudahterengganu sebab menaja hadiah.

Tak sabar nak tunggu tshirt sampai ke rumah.




KKU ET.AL & MLL ET.AL 
mengucapkan ribuan terima kasih

Friday 20 September 2013

TECHNO: Xbox ONE Malaysia sekadar cadangan

Xbox ONE Malaysia?? 

Xbox ONE Malaysia mungkin diberikan kepada belia suatu hari nanti?

Thursday 19 September 2013

TECHNO: Xbox ONE yang 1 Malaysia, mungkin Jib sukakannya?

Ini Xbox ONE hadiah 13A SPM anak anda!
Sony akan mengeluarkan PS4 tidak lama lagi, GTA 4 sudah berada di pasaran dan terjual dengan laris. Microsoft pula tidak mahu ketinggalan maka terlahirlah XBOX ONE.

XBOX ONE ialah smart DVD Player, smart MODEM, smart CCTV, smart game console, smart Home Theater, smart HIFI, etc etc. 

Tuesday 17 September 2013

SEGMEN: T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

SEGMEN MUDAH MENANGI T-SHIRT 

JOIN JOM

JOIN ME

KKu et.al

Saturday 14 September 2013

LOCAL: Maya Karin dan Shaheizy Sam berjimat minyak dengan bantuan anda!


PETRONAS mengajar kita bagaimana untuk berjimat dengan mengajak pengguna bersama terlibat dalam pengembaraan Maya Karin dan Shaheizy Sam! 


Mari kita belajar bersama Petronas bagaimana untuk menjimatkan minyak dengan menyertai pengembaraan dari Serdang ke Kulim Kedah! Perjalanan yang hampir separuh dari keluasan Malaysia! 

Kita boleh terlibat dengan men-Tweet artis kegemaran kita dan setiap Tweet akan dikira sebagai markah kepada artis kegemeran kita. Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, Him Law dan Bii antara artis yang terlibat dan memerlukan Tweet anda tersangat! Mari kita membantu mereka dalam pengembaraan mereka. 

JOM IKUT SAMA DALAM PENGEMBARAAN FUELED BY FANS



Learn how to save fuel by participating in the roadtrip and journey from Serdang to Kulim Kedah! That is almost crossing the country. Petronas will teach us the correct way of fuel saving and how make full used of our fuel accrodingly. 

How do we participate? We just have to fuel our favourable avatar which is your favourite celebrity Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, Him Law and Bii by TWEET-ing them during their journey. Each tweet they received will be a point to them. Yes, it really an interactive gameshow, their win and losses can be control by us! So let start guys!

Tuesday 10 September 2013

SEGMEN: '' SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN JULAI-OKTOBER''



MARI SERTAI SEGMEN

Mula 27 Julai 2013 - 30 Oktober 2013
Anjuran Dik An 

Syarat - syarat : 

Wednesday 28 August 2013

LOCAL: Genting bermandi darah, suatu rentetan


Baru - baru ini negara dikejutkan dengan kemalangan bas jatuh ke dalam gaung di Genting Sempah, berdekatan dengan Genting Highlands. Umum mengetahui bahawa Genting Highlands mempunyai banyak kisah - kisah mistik dan ghaib. 

Monday 19 August 2013

LOCAL: Harga Proton Suprima S dan rim K-pop Suprima



Proton melakukan kejutan lagi..dengan harga tidak masuk akal SV kini muncul pula senjata kedua Proton untuk menguasai pasaran kereta negara!!..Protonholic detected..>,<

2013, Proton terus menerus menambat hati pembeli dengan mengejutkan pasaran dengan model terbaru mereka yang diberi nama Suprima. Sekali imbas Suprima saling tak tumpah seperti Subaru Impreza 2012 apabila warna Suprima untuk test drive ialah biru dengan nama Atlantic Blue yang sangat sporty. 

Friday 16 August 2013

LOCAL: Proton dan Harith IskandEr, sebab kebanggaan ku terhadap Proton.


Harith IskandEr

Harith iskandEr ada sebut tingkap kereta Proton selalu "stuck", mesti stuck. Bile die sebut ayat tu masa dalam Lawak ke Der 2 aku jadi bingung dan tercengang. Power window stuck ke? Sambil-sambil tengok Lawak ke Der 2 tu aku jengah la kat luar tengok kete Proton Saga FLX 1.3 Exec kemegahan aku tu.


Thursday 15 August 2013

LOCAL: Rezeki Syawal untuk Zulkaedah nanti, 8share earning every second


8share in action.

Masuk kerja pagi ni tak tau nak buat apa.
Dalam otak berlambak idea.
Berebut-rebut macam ikan lumba-lumba.
Masalah pada pengembala idea.

Tuesday 6 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN



Sedar tak sedar sudah dua kali post selamat hari raya di postkan di blog kerdil ini. haa..bermacam-macam telah kami hadapi sepanjang tahun penubuhan blog ini. Semua itu kami hadapi dengan professional dan tenang. Alhamdullilah. Sesungguhnya dalam usaha kami menjadi terbaik kami tidak lari jauh dari melakukan kesalahan, marah, dan menyakiti hati yang tidak berdosa. Dengan itu kami memohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki andai kami ada melakukan kesalahan. Mari kita mulakan semuanya dengan baharu.Insyallah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 
daripada kami 
KKU et.al dan MLL et.al

Faizul dan Yana

Kelim Duit raya disini.

*^^*

Monday 5 August 2013

LOCAL: JAHIT; IKLAN HEBAT PETRONAS TAHUN INI.


http://coolstuffcdn.com/share/my/3162/3818292

Setiap tahun pertronas wajib mengeluarkan iklan Hari Raya-nya yang memang epik. Iklan petronas yang paling aku minati ialah dimana 5 beradik lelaki terpaksa membeli daging lembu untuk dimasak rendang oleh mak mereka. 

Friday 2 August 2013

CINE : THOR di Manjung!, Chris Hemsworth berlakon di Manjung hari ini!

Nama saya Chris Hemsworth, umur saya baru 29.


ANDA PEMINAT THOR?
MENYUKAI THOR SAMPAI KALAU TENGOK GAMBAR KAT ATAS RASA CAM NAK MENJERIT!
DISINI ADA SATU KEJUTAN!
CHRIS HEMSWORTH BAKAL MENYAKSIKAN JERITAN ANDA SENDIRI!

Wednesday 31 July 2013

TECHNO : HOW TO MAKE CUSTOM STICKER FROM PICTURE IN WECHAT?


CARTOONIZE YOURSELF IN WeCHAT! 
STICKERIZE YOURSELF IN WeCHAT! 
DIY STICKER, EMOTICON!!


TECHNO : Gran Turismo 6 in PS 3 confirmed!


See the fever of all the people when Polyphony going to release GT6. Cant wait for the new GT6 and the best part is it will be on the same console on PS 3. It more likely that PS 4 will not be out soon enough but maybe this is just a gimmick from Sony. 

Nevertheless, get all the info by clicking the URL below.

Gran Turismo 6 coming sooner than you think?

Gentlemen, start your Turbo!

KKU et.al

Monday 29 July 2013

TECHNO : GT 6 Demo Released and win money if you the fastest in the region!




NOTICE THE ABOVE LOGO?
YES!
THAT IS GRAN TURISMO 6!
GT 6 pre-release is here!

Friday 26 July 2013

AUTO : Apa itu CVT pada Saga FLX anda? CVT for dummies

Proton Saga FLX 1.3 Exe 

I am a proud owner of Saga FLX 1.3 Exec. Never had problem with the car. Service always on time. Drive 80kmh go and back from work at 15km per day. Using Shell RON 95 and refill at RM 20 all the time. Drive alone prefer using Fan if hot then will used Air-con. Seldom used SAT, only used when on Highway. Feel safe using GoodYear Ducaro Ga 14" tyre. Only used Petronas Syntium 800 engine oil. Simple words, i am a stock guy! I be like this because the car had run smooth and perform it purposes just by its set standard no need for upgrade. Except the stock wiper - worst!. 


Monday 22 July 2013

CINE : TURBO - Siput berkuasa 300 km/h!



Cerita seekor Siput yang meminati dunia permotoran dan begitu menjiwai dunia yang diminatinya. Siput yang bernama Turbo itu begitu bersemangat meminati dunia permotoran sehinggakan die menanggapkan dirinya seperti sebuah kereta lumba. Turbo mempunyai abang dan abangnya sering meningatkan Turbo bahawa mereka adalah siput dan tidak mampu bergerak laju seperti sebuah kereta lumba. Namun Turbo tidak pernah berputus asa malah dia mencatatkan rekod 30cm dalam 17 minit! Laju bukan!!

Thursday 18 July 2013

LOCAL : BAZAR RAMADHAN UJIAN KESABARAN TERAKHIR UMAT ISLAM ZAMAN MODEN



Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia.

Hari ini 18 Julai 2013, hari ke-9 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan ini umat Islam disarankan untuk menahan nafsu makan, lapar dan dahaga. Bukan nafsu makan sahaja, nafsu mengumpat, mengata, memfitnah, mengutuk, nafsu serakah, nafsu yang berbagai jenis azali dalam badan manusia semuanya di tahan atas dasar keimanan dan takwa kepada rukun Islam ke-3.Pada malam hari bulan barakah itu juga, Umat Islam disarankan untuk beribadah dan memohon keampunan daripadaNya. Jadi, malam ini aku ingin memanjatkan keampunan kepadaNya atas apa yang aku bakal luahkan.

Pada hari ini juga hari ke-7 aku memboikot Bazar Ramadhan.

Kenapa? 

Tuesday 16 July 2013

AUTO: TOYOTA PRADO ZUES QUADRO






Faiz says : this is why I love my job!!!!!

Tuesday 9 July 2013

LOCAL : PARODI Gadis kena sampuk mamat leleh K-Pop FutureHubby :*

LAWAK!

PARODI POST SEBELUM NI DAH KUAR.

JOM TENGOK!

NAK RATING YOUTUBE TINGGI? 

BUAT PARODI!!

HAHA



Asal kepada video ini disini
.
MLL et.al



LOCAL :Gadis kena sampuk dek K-pop leleh FutureHubby :*


AWAS!

KANDUNGAN VIDEO INI MENGANDUNGI PERLAKUAN TIDAK WARAS DAN MENGJENGKELKAN!

PASTIKAN TONG SAMPAH DAN BEG KERTAS ADA DISISI ANDA!

KANDUNGAN MUNTAH HIJAU YANG SANGAT TINGGI!


Thursday 4 July 2013

LOCAL : BAD HAIR DAY



ME USE GATSBY
Have you ever faced this kind of situation?

When you hair is not well dress up? When they are stubborn to follow your want?

And in that instance all thing went wrong due to your center of universe calibration just went off the grid?

Well it happen to me today.

Tuesday 2 July 2013

AUTO: SENARAI HARGA ALAT GANTI PROTON SAGA FLX iAFM 1.3



Disini tersenarai harga alat ganti dan kuantiti yang diperlukan untuk melengkapkan satu proses servis kereta Proton Saga FLX iAFM 1.3 CVT anda. Senarai ini adalah khusus untuk model kereta Proton Saga FLX sahaja. 

Thursday 27 June 2013

LOCAL : SEGMEN MENANG RM 100 CARA MUDAH


Segmen ni best. Bagi RM100 kepada Blogger yang bertuah. Join la, mana tau tuah Raya anda di hujung jari anda. 

Buat beli baju raya teluk belanga kat Pandan pun best ni.


Camne nak dapat RM 100 ni ye? 

Caranya?

Wednesday 19 June 2013

AUTO: Remote key range increase no hassle



EH,

KERETA DAH KUNCI KE BELUM EA!?

AHHHH, JAUH LA PLAK DARI KERETA!!

MALASNYA NAK BERPATAH BALIK!!

ADA TAK CARA NAK MENGATASI MASALAH INI!??


OTOPSI : Pageview merudum gara-gara kesepian post dek kesibukan

Kesepian post membuatkan semakin ramai golongan viewer kurang menjengah ke Blog ini lagi. Post Mortem dilakukan dan mendapati ketandusan idea dan post-post yang tidak menarik tiada gimik dan penulisan gaya kampung membuatkan blog ini semakin jauh ketinggalan.

Keputusan post mortem yang paling memeranjatkan ialah ini.


Keyword paling popular blog ini ialah GAMBAR KAMBING.
Baru kini admin menyedari bahawa blog ini berzodiak kambing.

Oleh itu admin akan memperkenalkan kambing yang dimaksudkan dan menobatkan kambing tersebut sebagai maskot blog ini sehingga diberitahu kelak.

The Sentinel memperkenalkan kambing yang dimaksudkan.


Kambing ini akan dimaskotkan tidak lama lagi. Nantikan kemunculan beliau.

KKu et.al


p/s PFFFTTT

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...