Passionate readers

Sunday 29 July 2012

TGV Cinemas Bukit Indah and Snow white and The Huntsman and a little bit of U&I.

Post ni dah lame aku draft tapi tak publish pasal banyak bende nak buat. So, aku post skrng utk korang. Enjoy!
Kristen Stewart, entah kenapa aku agak kurang mengemari lakonannya. Mungkin kerana air mukanya yang padaku sentiasa kelihatan "sakit".

Sehinggakan semasa aku menonton Snow White and The Huntsman semasa adegan Ravenna di hutan salji meracuni Snow White mengingatkan aku kepada adegan Twilight semasa Bella cuba melawan kesakitan digigit vampire. Arghh..shoot angle yang sama, posisi pelakon yang sama, wajah kesakitan yang sama. Memang Kristen terkenal dengan lakonan kesakitannya yang penuh kesaktian. Kristen telah berjaya menyampaikan kesakitan yang dirasainya apabila aku menjadi sakit hati menghayati lakonannya. Bravo!

Kembali kepada filem Snow White and The Huntsman mengisahkan tentang Snow white yang telah kematian ibunya. Bapanya pula menemui Ravenna yang berpura-pura menjadi
tahanan kepada askar-askar gelap yang merupakan ciptaan Ravenna sendiri.Bapa Snow White terpedaya akan muslihat yang dicipta oleh Ravenna dan tertawan dek kecantikan dan kemontokkan Ravenna lalu mengahwininya pada keesokkan  
harinya.

Ravenna yang mempunyai sindrom dendam terhadap kesemua sistem beraja telah membunuh bapa Snow White demi merampas takhta diraja kerajaan bapa Snow White. Bapa Snow White mati terkena racun dan ditikam di jantung oleh Ravenna di malam pertama mereka. Inilah penyebab cerita tersebut di rating PG13.

Setelah bapa Snow White mati dibunuh, Ravenna menjalankan pengambil alihan kuasa secara paksa dan berjaya menawan kerajaan Snow White. Snow White kemudian di kurung sehingga dia membesar menjadi Kristen! Kenapa Kristen? Kenapa?

Kristen secara tiba-tiba dapat melepaskan diri dengan bantuan dua ekor burung cericip. Ravenna mengupah Thor untuk menangkap Kristen kerana adik Ravenna yang seperti bonzer yang kuat tetapi lemah otak tidak berupaya untuk menangkap Kristen. Adoi!

Thor pula begitu suka akan Kristen yang gagah perkasa setelah mendapat "bless" daripada rusa albino bunian. Kristen kemudian menjadi knight memimpin saki baki kerajaannya dahulu dan melancarkan pengambil alihan taktha dan istana yang sepatutnya menjadi haknya.

Akhirnya Ravenna berjaya dikalahkan dengan cara yang klise. Aduh. Kristen menaiki takhta dan pengakhiran cerita Kristen hanya memandang Thor dengan pandangan yang tiada makna dan Thor pula berlalu pergi sambil mengatakan " kau burung merak aku burung enggang". Ending yang realistik dalam cerita fantasi.

Keseluruhan cerita ini agak ringan dari segi plot, apa yang memberatkan cerita ini ialah kos produksi, CGI, dan shoot recycle yang banyak. Filem ini cube mentwistkan cerita dongeng asal dengan terlalu banyak twist sehingga penonton agak bosan menunggu. Prop dan kostumnya boleh dibanggakan jalan ceritanya sahaja aku agak tidak berpuas hati.

Entrance dari parking areas.
Namun aku berpuas hati dengan panggung yang aku pergi, TGV Cinemas Bukit Indah. Audio pecah telinga dengan alunan bass dan treble yang in depth, visual yang terang dan suasana panggung yang nyaman dan kerusi yang empuk ibarat menaiki bas double decker five starrrr, ketinggian kerusi yang sesuai tidak terlalu mendatar dan tidak terlalu cerun, pop corn yang agak sedap berlemak dan kurang biji membuatkan aku begitu selesa melayan filem tersebut walau cerita agak leweh.Ditambah pula dengan kehadiran teman istimewa yang menyerikan lagi suasana pada malam itu menyebabkan aku lupa akan filem tersebut.fullstop.

Ruang legar yang luas
TGV Cinemas Bukit Indah bagiku menyediakan perkhidmatan yang cukup selesa dengan ruang legar yang luas dan tidak terlalu crowded dengan aksesori yang agak melampau. Paparan poster filem-filem yang akan datang juga agak hi-tech. Pencahayaan yang jelas dan sempurna, kemudahan kerusi empuk dan free play diatas floor membuatkan aku tidak terlampau lemas didalam kesesakan umat manusia seperti di Cathay City Square.





Kaunter pembelian tiket juga cukup banyak dengan perkhidmatan kaunter khas TGV cinema Club dan Citibank lengkap dengan barisan biru yang tersendiri. TGV Bukit Indah juga menyediakan pelbagai jenis kerusi semasa menonton wayang dan yang paling teristimewa sekali ialah kerusi beanieplex yang memang menjamin keselesaan tahap tertinggi kepada pengemar filem. Terdapat juga cafe yang menjual pastri dan minuman panas berlemak untuk pengunjung.
















The Nikon of shopped that you should looked for.
Sen Q in sight then your are close.


Keseluruhannya, TGV Cinema Bukit Indah begitu mempesonakan, tidak sia-sia warga Johor Bahru menunggu kehadiran TGV dikawasan yang berkembang pesat itu. 

Ariff
*^^*

Thursday 26 July 2012

Kamu suka Danbo? Danbo itu apa?

Danbo, apa itu danbo? Banyak sumber aku ratah untuk mengetahui kebenaran dan pendedahan tentang apa itu danbo dan apa makna kewujudannya?


Danbo adalah singkatan daripada DANBOard. Danboard ialah robot kotak kadboard. Tidak seperti robot-robot canggih made in japan yang lain, Danboard ni sehabis kolot dan tidak memiliki sebarang kecanggihan malah Danboard sebenarnya BUKAN robot langsung!

Manga Yotsuba &!
Danboard berasal daripada manga Yotsuba&! karya Azuma Kiyohiko. Didalam manga tersebut, Danboard sebenarnya adalah kostum yang dipakai oleh Miura Hayasaka, kawan kepada kawan sepermainan Yotsuba iaitu Ena Ayase. Ena tidak sampai hati untuk memberitahu Yotsuba yang Danboard sebenarnya bukan sebuah robot, maka Yotsuba menanggap Danboard adalah sebuah robot sebulat-bulatnya. Danboard membuat kemunculan pertamanya pada Chapter 28: " Yotsuba & Danbo"

Debut Danboard Yotsuba&! Chapter 28 pages 6

Yotsuba Koiwai
Yotsuba&! pula mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang bernama Yotsuba Koiwai, berusia 5 tahun, dan merupakan anak angkat kepada keluarga Koiwai. Yotsuba merupakan seorang kanak-kanak yang bertenaga, periang, penyiasat, pelik dan cemerkap,sangat pelik dan cemerkap sehinggakan bapanya sendiri memanggilnya aneh. Secara aklinya, Yotsuba agak janggal terhadap banyak perkara tidak sama dengan kanak-kanak yang sama umur dengannya yang telah pandai tentang perkara-perkara disekelilingnya. Kejanggalan itulah yang diekploitasi dalam menjadi elemen utama kepopularan Yotsuba ke seluruh dunia.

Danboard kelihatan sangat ringkas, dan hebat sekali walaupun agak berkotak-kotak, Danbo sebenarnya boleh diperagakan. Dengan menggunakan titik sambungan Revoltech di bahagian kepala, tangan, pinggang dan kaki.


Kepala Danboard juga boleh ditukarkan dengan kepala Miura Hayasaka, menggambarkan bahawa Miuralah yang memakai kostum itu.

Miura Hayasaka dia ni berjantina perempuan!
Miura dalam edisi kotak Amazon.co.jp
Dalam siri pertama Danboard Revoltech, Danboard memiliki cir-ciri penyalaan. Terdapat suis dikepala Danboard untuk menyalakan kedua-dua belah matanya. Kelebihan ini menjadikan Danboard begitu comel dan misteri pada masa yang sama. Tidak lama kemudian keluar pula Danboard didalam versi kotak Amazon.jp.

Danboard versi HID lamp Xenon
Fenomena Danbo juga turut dirasai oleh aku. Terima kasih banyak kepada teman istimewa ku Yana kerana melaluinya aku baru mengenali apa itu Danbo dan menyedari akan kehebatan robot kotak ini. Danbo di dunia internet selalu dijadikan model untuk mereka yang amat meminati bidang fotografi.

Danbo in pose
Terdapat banyak gambar di internet untuk korang tengok dan sedut nanti dan rata-ratanya amat tenang dan penuh penjiwaan. Ringkas tetapi mempunyai jiwa menjadikan Danbo begitu fotogenik ditambah lagi dengan manipulasi posisi Revoltechnya menjadikan Danbo setaraf dengan American Next Top Model. Mimik muka Danbo yang kaku dan bersahaja menjadi senjata utama dimana kita terpaksa mentafsirkan jiwa yang dialaminya pada ketika itu.

Anda dapat rasa apa yang Danbo ini cuba sampaikan walaupun mimik muka dia kaku.
Dark Danbo Rises
 Jadi, anda semua berminat untuk memiliki Danboard ini? Harga di Lelong adalah bermula pada RM 110.00. Satu nilai yang mampu milik oleh kita semua namun kotak tetap kotak apa kata kita buat dari material yang sebenarnya?

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghasilkan Danbo buatan tangan sendiri. Terdapat banyak paper craft yang telah dibuat oleh para pengguna internet untuk dicuba oleh anda. Aku juga tidak terkecuali untuk mencuba menghasilkan Danbo aku yang tersendiri.

Contoh Paper craft Danbo part 1
Part 2
Adik aku kepingin hadiah jam tangan di tangannya. Aku beli sebiji jam tangan untuknya. Pada keesokkan hari di pejabat aku lupa untuk membelikan kotak untuk dijadikan kotak hadiah jam tersebut apabila diposkan nnt. Tiba-tiba aku teringatkan Yana dan kemudiannya Danbo! Danbo itu kotak = kotak hadiah


Aku pun mencari material yang bersesuaian untuk dijadikan kotak itu nanti. Setelah selesai melawat beberapa tempat akhirnya aku menjumpai sekeping kertas kotak keras. Aku rasakan iainya sesuai .


Kemudian aku lukiskan muka Danbo di atas kertas kotak keras yang baru aku temui tadi. Aku kemudiannya memotong kertas kotak keras mengikut lukisan yang telah aku tetapkan tadi.


Aku lipat-lipat lebihannya mengikut urutan lipatannya dan menggunakan Loctite super glue untuk memastikan keutuhannya.

Akhirnya, terbit sudah kepala Danbo versi aku. Conteng-conteng dengan pen sikit maka siaplah Mr.Danbo aku. Aku buat versi kepala sahaja kerana aku ingin meletakkan hadiah didalam kepalanya itu.


OK. Siap, sekarang tinggal pos sahaja.

Thanks for reading.

KKU et.al


p/s korng klu ad buat Danbo jgk jgn la segan-segan kongsi.

Wednesday 25 July 2012

HE cedera lagi


 
13 July 2012 - Sebagai sebuah kereta yang digunakan sehari-hari HE (from today FLX aku diberik nama HE, suggested by someone special) akan ditempatkan di tempat yang paling selamat aku boleh dapatkan untuk ditinggalkan. 

Tempat tersebut haruslah teduh, tidak berhabuk, dan selamat. Selamat itu memang susah nak cari. Mana taknya, masuk insiden yang ini dah kali kedua HE kena usik dengan orang lain.


Terbaru, HE kena cuit lagi. Memang ramai pulak yang berkenan nak berkawan dengan HE ni, tapi berkenalan dengan cara yang salah. Aku tak tahulah apa salahnya HE tu, nak kata kereta mahal tak la jugak, murah je pun, nak kata lawa sangat, alahai, kereta Proton je pun. Kedua-dua kejadian ini berlaku kat kawasan parkir kereta tapi kali ini kat parkir tempat aku berkerja. Elok-elok HE duduk tercongok kat situ ada juga orang datang kacau. Ish, ap la yang tak kena kat kau ni HE..huhu..
 


Aku cuba menghilangkan kesan geselan dengan menggunakan Soft 99 botol biru standard gaban yang boleh didapati kat mana-mana pusat beli belah. Puas juga aku mengosok untuk menghilangkan kesan geselan tersebut.

Namun,ternyata kesan geselan itu agak parah berdasarkan kehilangan cat di bahagian bumper dalam 6cm. Aku bersyukur kerana kesan geselan itu tidak mengemekkan fender dan menanggalkan bumper. Semua klip pada bumper masih lagi intact dan berfungsi dalam kondisi yang terbaik. 


Soft 99 pula menjalankan tugasnya sehabis baik dengan membantu aku menanggalkan kesan trade paint kt kawasan luka tu. Memang dari zaman ayah aku lagi dia memang dah pakai Soft 99 ni macam brand Brasso and AutoSol la. Memang reliable dan efektif dalam menanggalkan kesan kotoran yang degil dan memecahkan kapla. Soft 99 ni untuk cat kereta standard ada jugak Soft 99 botol silver memang khas untuk cat metalik kereta. Aku dah survey harga untuk Soft 99 silver tu, hargenyer MYR 27.00 ke bawah kat Tesco. Nak beli tapi memandangkan yang biru tu nak habis punya la makan tahun maka aku membatalkan niat. Jimat jimat sikitttttt


Next plan aku ialah mendapatkan auto touch up paint sama matching dengan kaler kereta aku. Cat ni didatangkan dalam botol kecik sama saiz dengan botol buncho dan boleh didapati di mana-mana kedai aksesori kereta. Cat dia plak memang sama 90% dengan cat kereta korang. Masalahnya aku difahamkan yang iainya didatangkan dalam warna basic sahaja tapi aku harus cuba cari dulu itu yang penting, cuba. 



Setelah aku menilik dan meneliti beberapa kali, kesan geselan itu tidak berapa kelihatan, iainya hanya akan kelihatan bila korang merenung dan mengelipkan mata sebelah kanan sebanyak tiga kali baru korang akan nampak kesan geselan itu. Kecik sangat tapi boleh la wat post kt blog. bosang bosang boh. Hehe

Thank you for reading.

FLX vs Datsun 120 Y

06 Mei 2012, pada pukul 1500 hari tersebut aku telah menghadiri kenduri perkahwinan salah seorang kawan nenekku. Aku memparkirkan keretaku di bahu jalan namun dihadapan rumah kejiranan dimana kenduri majlis perkahwinan tersebut dijalankan. Keadaan cuaca pada hari tersebut mendung dan hujan turun dengan renyai. Walaupun hujan kami berpayung pergi menuju ke rumah majlis perkahwinan tersebut berlangsung. Setelah sampai kami pun bertemu dengan tuan rumah untuk salam kaut dan mendapatkan  mungkin telur rebus, apollo choco cake dan beberapa sumi. Insyallah. Kami terus dijemput ke meja jamuan dan menjamu selera. Walaupun keadaan hujan renyai dan kawasan meja makan agak berbecak namun kami tetap menyambut kenduri mereka dengan penuh kesyukuran dan doa moga-moga pasangan mempelai berkekalan sehingga anak cucu dan cicit mungkin. Amin.

Setelah menjamu selera dengan nasi minyak dan air asam boi dalam cup seperti air rm1 di pasar malam kami pun berangkat pulang. Sedang kami berjalan menuju ke kereta kami alangkah terkejutnya kami apabila mendapati kereta FLX kami telah di langgar orang! 


Aku hanya mampu tergamam dan terpaku disitu ibarat seperti dipanah petir berkali-kali ataupun mungkin ibarat bulu hidung dicabut serentak 5 hinga 9 helai pada satu-satu masa. Nenek dan Bulat melakukan reaksi jantina perempuan yang klise dimana kejutan tersebut disambut dengan kekecohan mulut mereka yang tidak akan mengembalikan keadaan asal kereta tersebut. Kereta yang melanggar kereta kami tidak lagi kelihatan pada masa kami sampai ke kereta. Kemungkinan besar beliau di belenggu dengan rasa bersalah dan gementar sehingga melupakan tanggungjawab beliau atas kesilapannya. Mujur pada masa kejadian, ada beberapa saksi yang datang bertemu dengan saya dan memberikan serba sedikit maklumat penting untuk menjejaki pesalah yang telah meninggalkan hiasan abstrak yang begitu ”cantik” dipandang malah mampu memanaskan suhu badan manusia dikala musim hujan yang dingin ini.


Saksi-saksi tersebut memberikan no plat kereta, jenis kereta dan menceritakan bagaimana kejadian tersebut berlaku. Berdasarkan cerita saksi suspek mengundurkan kereta berpandukan arahan budak-budak parkir yang berumur dalam lingkungan 10 – 15 tahun. Pihak pengurusan majlis perkahwinan tersebut mengarahkan budak-budak tersebut untuk mengawal lalu lintas sepanjang majlis berlangsung kerana jalan disitu agak sempit. Mungkin bimbang akan keselamatan pengunjung mereka mengarahkan budak-budak sekolah untuk mengawal lalulintas. Mungkin juga pihak pengurusan ada menjanjikan wang saku rm3 cukup untuk mereka pergi ke kafe siber dan bermain permainan counter strike source menjadikan mereka sanggup untuk mengawal lalulintas walaupun pada hari hujan. Kekurangan pengalaman dalam mengawal lalulintas menyebabkan kemalangan ini berlaku.

Semasa mengundurkan kereta budak-budak parkir telah memberi amaran bahawa kereta suspek telah berada terlalu dekat dengan keretaku dan kemungkinan impak akan berlaku amat tinggi namun saksi mengatakan bahawa suspek tidak menghiraukan amaran tersebut malah mengundurkan keretanya dengan laju. Impak terjadi! Kejadian yang berlaku tidak sampai 5 saat itu telah meninggalkan kesan luka dan sedih yang mendalam dihatiku apabila melihat FLX ku disakiti. Kejadian 5 saat itu telah menghantuiku sehingga saat ini. Suspek kemudiannya memecut laju meninggalkan tempat kejadian dan budak-budak parkir tersebut sempat mencatatkan no plat kereta suspek tersebut. Aku pun mengambil no plat kereta tersebut walaupun aku masih lagi kabur dek realiti yang berlaku ini. Berebut-rebut budak parkir tersebut menceritakan kisah realiti kejadian tersebut bagai anak-anak ayam bercericip pada petang hari. Aku jadi bertambah pening dan kabur tiba-tiba datang seorang saksi lelaki bersonggkok tinggi, bercelak mata membawa air kelapa dalam cup menceritakan kejadian pada pandangannya. Kedua-dua cerita berkait rapat dan ada kesinambungan menjadikan mereka boleh dijadikan saksi yang boleh dipercayai. Aku sempat mengambil nama dan no tel mereka untuk sebarang pertanyaan dan rujukan kelak.


Dengan berat hati dan sedih kami beransur pulang....sunyi itulah suasana sepanjang perjalanan pulang kerumah. Kesunyiaan tersebut tetap membisingkan organ permikiran aku ditambah dengan emosi amarah didalam hati namun apa yang terjadi telah terjadi terimalah kenyataan tersebut dengan keterpaksaan. Pasrah.

Setelah berunding dengan beberapa kenalan rapat untuk mendapatkan pendapat dan pandangan aku pun pergi membuat laporan polis di balai polis untuk mengklaimkam insurans kereta aku. Memandangkan kereta suspek adalah buatan Datsun 120 Y tahun 1978- 1982 yang sedia maklum tahu ketahanan body kereta pada zaman tersebut sekeras kereta kebal, maka untuk mengklaimkan insuran kereta suspek adalah hampir kepada mustahil. Setibanya aku di balai polis laporan dibuat dan berjumpalah aku dengan pegawai penyiasat untuk membincangkan cara penyelesaian kes tersebut.


Pung pang pung pang…

Dipendekkan cerita...

”Ok, takpe. Mcm ni, sy bg no dia kt awk, awk try settle dlu mslh ni dgn dia. Nk klaim insurans pun kes langgar awk ni tak sampai seribu pun!” ujarnya macam professor yang baru berjaya menyelesaikan formula pembentukan black hole.

“baik tuan” ujar aku akur tanda setuju dengan cadangannya.

“in case, klu sy x dpt settle dgn dia mcm mne prosedur nk klaim insurance?” tanyaku kepadanya dengan muka buat-buat blur.

“klu nk klaim insurance jgk, awk kne buat dia dtg buat report dulu, lps tu bru kita buat siasatan dan bru blh klaim insurans utk keter awk” jawab tuan sarjan tersebut penuh tatatertib.

“ biasanya kerosakan mcm keter awk ni prosedur nk klaim insurans lgi mhl dri kos awk repair keter awk sendiri, pasl kerosakan ni kecik sgt, org insurans tu pun penat je nk wt klaim ni” ceritanya berdasarkan jumlah garam yang telah dia makan seumur hidup dia.

“ok, klau sy blh settle dgn pak cik ni agk2 tuan berapa yg sy perlu mintak?” tanyaku lgi.

“ klu keter sy, sy mintk mau 2 ribu jgk, tpi sy x tau la klu keter awk..hahahaha” gelaknya besar menandakan ada sedikit riak disitu.

“hehehe...klu keter tuan mmg la mintak 2 ribu, tuan naik keter mercedes” jawab ku buat-buat tau yang dia naik keter mercedes.

“ala, ko klu dpt 150 pun kira bernasib baik ko tau?” kata pak cik yang meminta sarjan tersebut membuat semakan saman sebentar tadi.

“ooo..takpe la klu camtu..sy settle sendiri la dengan pak cik tu.”kataku untuk mengakhiri perbualan pada petang yang nyaman dek penyaman udaranya yang agak kuat itu.

Kemudian pegawai itu memberikan alamat lengkap, nama dan no tel pemilik kereta tersebut yang lengkap kepadaku untuk dihubungi. Beliau juga memberikan aku tempoh masa sebelum pukul 12 tengah malam untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Aku pun pulang dengan sedikit harapan dan beberapa persoalan untuk dijawab. Aku perlu tahu berapa kos membaik pulih sebenar bagi bahagian yang rosak itu. Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk menghubungi saudara ku dan suaminya yang agak bijak pandai dalam hal-hal sebegini. Setibanya dirumah saudaraku, pasangan pengantin muda tersebut membelek-belek kecederaan FLX-ku dengan penuh tekun dan berkerut kening.

Kira punya kira lebih kurang dalam RM 600. Kerosakan paling ketara adalah dibahagian fender dan pintu. Untuk kecederaan yang boleh dikatakan kecil ini usaha membaik pulih adalah seperti kerosakkan besar. Harga tersebut adalah harga normal bagi kerosakkan sebegini. Aku tidak berpuas hati, aku terus menelefon sahabatku yang merupakan kaki revival kereta malah juga merupakan salah seorang daripada ahli kelab WOC. Sahabatku ini mempunyai kenalan yang boleh membuat kembali bahagian body kereta yang rosak. Aku menceritakan kejadian kemalangan dan meminta quotation baik pulih dan jumlah yang dikhabarkannya hampir sama. 


Akhirnya, aku mempunyai figure yang perlu aku sebutkan kepada suspek nanti. Belum sempat aku menghidupkan enjin tiba-tiba telefon bimbit zaman kuno aku berdering menandakan ada orang cuba menghubungi aku
Bersambung...

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...