Passionate readers

Thursday 19 September 2013

TECHNO: Xbox ONE yang 1 Malaysia, mungkin Jib sukakannya?

Ini Xbox ONE hadiah 13A SPM anak anda!
Sony akan mengeluarkan PS4 tidak lama lagi, GTA 4 sudah berada di pasaran dan terjual dengan laris. Microsoft pula tidak mahu ketinggalan maka terlahirlah XBOX ONE.

XBOX ONE ialah smart DVD Player, smart MODEM, smart CCTV, smart game console, smart Home Theater, smart HIFI, etc etc. 

Seumpama kempen 1 Malaysia, Xbox One dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kecanggihan. Ianya bukan lagi sekadar konsol permainan semata-mata malah merupakan suatu peralatan bijak yang berada dalam satu perlatan di ruang tamu anda. Memiliki Xbox ONE melayakkan anda untuk mengadakan parti seumpama drama Hollywood apabila kecanggihannya menjadi kegilaan para hadirin anda yang merupakan model cantik Hollywood.

Menggunakan Xbox OS yang seakan-akan OS Microsoft PC anda ia menawarkan pelbagai fungsi dan kegunaan yang pasti akan mengagumkan anda. Kebolehannya untuk memainkan permainan video serentak dengan interaksi sosial Skype dan Xbox Live membuatkan anda sibuk melayan game dan bercit-cat di laman sosial. Fungsi ini amat diminati oleh mereka yang merupakan kaki analisis game yang membuat video di YouTube secara live. 

Selain daripada itu, Xbox ONE juga mampu menukarkan TV anda kepada smart TV kerana XBox ONE membolehkan anda untuk melayari internet pada waktu yang sama anda mendengar lagu atau menonton filem. Aktiviti internet anda semuanya berlangsung secara serentak dan ini dibantu lagi dengan fungsi Kinect yang mengesan mana-mana gerakan anda melalui kamera yang didatangi sekali dengan konsol bijak itu. Xbox ONE memang berupaya menukarkan TV yang bodoh kepada TV yang paling bijak didunia. 

Walaubagaimanapun, idea ini agak luput apabila pengeluar teknologi China sudah terlebih dahulu mengeluarkan Skybox, Dreambox dan yang seangkatan dengannya apabila berjaya menukarkan telefon pintar kepada pemain berinternet untuk TV biasa. Xbox ONE hanya mengekploitasikan idea ini kedalam bentuk yang eklusif dan berprestij sahaja!

PS 4 official appreance

Untuk sebuah konsol permainan, Xbox ONE begitu menakjubkan! Banyak permainan video akan berada didalam plantar Xbox ONE seperti yang sebelum ini berbanding PS4. Namun, pengeluar permainan video akan menilai konsol manakah yang paling diminati dan tidak mustahil untuk permainan video Xbox ONE ke PS4. Menurut pendedahan awal dan kajian dijalankan untuk perbandingan konsol antara Xbox ONE dan PS4, Xbox ONE dikatakan agak "lagging" dan Microsoft mengakuinya dan sedang dalam pembaharuan dan menjanjikan kepuasan lebih daripada PS4. 


Berikut adalah spesifikasi Xbox ONE :-
Developer
Microsoft
Manufacturer
Microsoft
Product Family
Xbox
Type
Video game console
Generation
Eighth generation
Release date
NA Nov 22, 2013
EU Nov 22, 2013
BR Nov 22, 2013
JP 2014
Introductory price
USD 499,GDP 429
Media
Blu-ray Disc
Operating system
Xbox OS
Windows custom kernal and hypervisor
CPU 1.75 Ghz, AMD 8 core APU
(2 Quad-Core Jaguar modules)
Storage capacity
500 GB
Memory
8 GB DDR3 ( 5GB for games)
Display
Video output format
Graphics
853 MHz AMD Radeon GCN architecture (inside APU)
Sound
7.1 surround sound
Input
3 x USB 3.0 Ports and HDMI port
Camera
1080p Kinect camera
Online services
Xbox Live



Microsoft berfikiran diluar kotak sekali lagi dengan melakukan benda yang sama untuk pilihan pengguna. Bagaimana dengan mereka yang sudah memiliki smart tv bukankah Xbox ONE akan tetap dianggap sebagai konsol permainan nanti apabile fungsinya tidak digunakan sepenuhnya. Tidak seperti Sony yang mengehadkan fungsinya dan memberikan peluang kepada peralatan lain untuk terus hidup. Iainya tidak hairan apabila PS3 SuperSlim dikeluarkan untuk lebih realistik kepada konsol permainan semata dan perkara yang sama juga akan berlaku kepada PS4 kelak. Namun, perkara yang sama tidak akan berlaku kepada Xbox ONE ia akan terus menjadi mahal dan janganlah menjadi beruk yang terkejut apabila Xbox itu adalah "icebox" yang sebenarnya peti sejuk berkonsol permainan suatu hari nanti. Mari kita nantikan Xbox ONE bersama-sama dan melakukan perbandingan sendiri!


Kku et.al
P/s tetap dengan PS2!

No comments:

Post a Comment

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...