LOCAL: Villa Nabila port Izzat layan PS3, bunyi game PS3 kedengaran tapi Izzat dan PS3 tidak kelihatan




Villa Nabila terus mendapat liputan sehinggalah penampakan Nabila sendiri di villa tersebut. 

AMARAN
Gambar boleh menganggu minda dan akal




Penampakan Nabila
Keramaian orang melawat Villa Nabila
Begitu ramai orang melawat ke kawasan keras itu kelmarin. Semua berpusu-pusu untuk mengambil tahu perkembangan pencarian di villa tersebut. Seluruh rakyat Malaysia semalam dikejutkan dan disedarkan bahawa VIlla Nabila sudah difitnah dengan pembohongan bahawa seorang budak hilang di villa tersebut akibat disorok oleh makhluk halus. Sesungguhnya villa tersebut tidak pernah menyembunyikan pengunjungnya dan sangat mengalu-alukan pengunjung ke kawasan peranginan seram tersebut. Menurut TheStar, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai salah satu daripada lima tempat paling berhantu di Malaysia disebabkan oleh lokasi Villa Nabila yang berdekatan. Expedia ialah portal perlancongan ternama di Amerika Syarikat, sudah tiba masanya Villa Nabila digazetkan sebagai peninggalan sejarah oleh kerajaan Johor dan penyelidikan menyeluruh terhadap villa tersebut adalah suatu kemestian.

Gambar Izzat dan kekasihnya melaporkan diri?
Sebagai pengakhiran misteri orang hilang ini, Izzat yang hilang sudah ditemui melepak di rumah kawannya di Taman Mutiara. Menurut sumber lain, beliau dikatakan pergi membeli belah dan terus ke rumah kawannya itu. Izzat juga dikatakan tidak pernah hilang dan berada di rumah kawannya sepanjang kehilangannya dan leka bermain PS3 sepanjang hari sehingga tidak mengetahui perkembangan dunia luar. Menurut laporan Polis, Izzat ditemui bersama dengan teman wanitanya yang sebaya dengannya. Teman wanita Izzat dan Izzat sendiri sudah melaporkan diri di Balai Polis berdekatan dan keterangan daripada mereka sudah diambil.

Kehilangan Izzat begitu memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga rakyat Johor. Namun disebalik setiap tenaga, masa dan wang ringgit mesti ada sesuatu untuk dipersalahkan. Izzat yang bersalah kerana tidak memberitahu ibunya dimana dia berada dan apa aktivitinya. PS3 tidak pernah bersalah. 

PS3 tidak bersalah
Jadi sebagai budak bawah umur, silalah mengetahui tanggungjawab anda sebagai anak yang baik beritahulah dimana anda berada dan apa aktiviti anda kepada kedua ibubapa anda. Jangan biarkan ibubapa anda risau nanti 1 Malaysia panik!


KKu et.al
p/s: mendifficultkan rakyat Malaysia betul!

Comments

  1. lepas ni kalau apa2 berlaku orang dah tak nak percaya lagi dah...

    ReplyDelete
  2. Sememangnya begitu la kisahnya..ibarat kisah si pengembala kambing dengan musang..satu dua kali ku layan banyak kali usah dilayan..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kak mah mane tu? mak jemah kenal la..kui3..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AUTO: MEMILIH SISTEM SUSPENSI KERETA ANDA

Two bucket and the Elegent

AUTO : Apa itu CVT pada Saga FLX anda? CVT for dummies