Passionate readers

Friday 2 August 2013

CINE : THOR di Manjung!, Chris Hemsworth berlakon di Manjung hari ini!

Nama saya Chris Hemsworth, umur saya baru 29.


ANDA PEMINAT THOR?
MENYUKAI THOR SAMPAI KALAU TENGOK GAMBAR KAT ATAS RASA CAM NAK MENJERIT!
DISINI ADA SATU KEJUTAN!
CHRIS HEMSWORTH BAKAL MENYAKSIKAN JERITAN ANDA SENDIRI!



Chris Hemworth (29) kini berada di Manjung, Perak. Chris berada disana untuk melakukan penggambaran untuk filem baru yang diarahkan oleh  Michael Mann. Filem yang masih lagi dalam proses penggambaran ini dimaklumkan bergenre action-thriller  dan dikhabarkan bertajuk " Cyber".


Michael Mann
Sinopsis Cyber masih lagi samar-samar namun beberapa sumber mengatakan bahawa ia berkisarkan tentang ancaman siber di peringkat dunia dan ancaman serangan nuklear. Skrip untuk filem tersebut ada melibatkan pengodam Balkan yang beroperasi diluar Selatan Asia dengan askar terbaik Amerika dan Cina dalam usaha menjejak dan memburunya. Chris Hemsworth sebagai watak utama filem tersebut namun peranan dan motif watak utama dalam filem ini masih lagi tidak dapat dipastikan. 

13 April 2013, Asian Media melaporkan bahawa pengarah Michael Mann telah berada di Hong Kong untuk mencari lokasi penggambaran dan juga pelakon tempatan untuk menjayakan filem terbarunya itu. Beberapa nama besar dunia lakonan Hong Kong iaitu Nick Cheung ( Conspirators), Tang Wei ( Lust, Caution) dan Shawn Yue ( Infernal Affairs) dilihat menemui Michael Mann di Hotel Ritz Carlton di Tsim Sha Tsui. 

Pengarah tersebut sedang mencari pelakon untuk melakonkan pasangan adik beradik berbangsa Cina yang akan berlakon seirigan dengan Chris Hemsworth disepanjang filem tersebut. Tang Wei dikatakan memiliki peluang yang paling tinggi dalam mendapatkan tempat dalam filem tersebut tidak kisah lah dalam apa-apa 
watak pun.


Tang Wei aktres wanita yang meningkat naik dengan barisan watak lain.
20 Jun 2013, filem tersebut dikatakan berkaitan dengan kerjasama ketenteraan antara Amerika dan Cina dalam menghentikan seorang penggodam komputer yang sangat handal. Beberapa sumber juga menyebut yang Michael Mann telah melibatkan Viola Davis dan Wang Leehom dalam projek terbaru Micael Mann.

02 Ogos 2013, Michael Mann telah berada di Malaysia untuk melakukan penggambaran disini. Filem terbarunya ini memerlukannya melakukan penggambaran di lokasi-lokasi disekitar Asia Tenggara selaras dengan jalan ceritanya. Sebelum tiba di Malaysia, Michael telah melakukan penggambaran di Hong Kong, Indonesia, dan sekarang Malaysia juga beberapa negara di Asia Tenggara kelak. 

Michael Finn kini dilihat berada di Manjung, Perak melakukan penggambaran di sekitar kawasan tersebut. Pemilihan kawasan penggambaran di Manjung kerana daerah tersebut memiliki beberapa tempat yang menepati ciri-ciri dan kehendak pengarah berpengalaman tersebut. Lokasi pemilihannya ialah di Stesen Janakuasa TNB di Teluk Rubiah yang hampir menyerupai seperti sebuah loji Nuklear. 

Michael Finn kini mencari pelakon tambahan untuk melakonkan watak di kawasan "loji Nuklear" tersebut. Dikelolai oleh sebuah syarikat produksi yang tidak diketahui, Michael memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mematerai nama ke dalam kredit filem tersebut. Wang berjumlah RM 120.00 untuk sehari ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk merebut peluang ini. Penggambaran hanya memakan masa selama 2 hari pada waktu selepas berbuka puasa sehingga ke malam hari. Lokasi penggambaran ialah di kawasan sekitar Teluk Rubiah dan makan minum disediakan. Hari ini adalah hari terakhir untuk ujibakat di Best Western Marina Island Resort. Penggambaran akan dilakukan pada hari Sabtu ini. 


Komen dalam Grup I LOVE MANJUNG
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mula turun ke Manjung sekarang! Sila join Group FB, I LOVE MANJUNG untuk maklumat lanjut dan PM Otai Manjung untuk tindakan seterusnya.



MLL et.al dah berada disana untuk beramah mesra dengan Chris Hemsworth pada petang hari ini. Jom!! 

MLL et.al

p/s : Admin tidak terlibat secara langsung dalam pencarian pelakon tambahan filem tersebut. Harap Maklum.


1 comment:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...