Passionate readers

Tuesday 26 November 2013

LOCAL: Billy Talent dan rock sekarang yang tak rock sangat


Billy Talent III, aku ada tshirt logo ni.
Aku dari belajar dulu memang layan lagu rock Billy Talent ni. Lagu die memang best habis, satu satu layan dalam kereta Flx aku dengan speaker standard tu setting Bass 7, Treble 6, tingkap tutup, aircond sejuk medium semua tala kat aku, volume semestinya 17. Devil in mignight mass, bass lagu ni power. Memang gegar kereta lah lagu ni.
Aku mengenali band ni dari kawan sekolej aku dulu, Aizuddin Tajuddin yang dikatakan sudah  berkahwin baru-baru ini. Dia ni memang layan lagu rock, metal, alternative dan semua genre-genre urban dan underground scene. Dia suka layan Radiohead, The Stroke, All American Reject, Artic Monkey, Killers, The Darkness, dan beberapa band seangkatan yang aku lupa nama dia.  
Zaman belajar juga merupakan zaman aku mengenali band-band rock otai seperti Muse, The Stroke, Radiohead, Nirvana, Metallica dan mendalami muzik yang dibawa oleh mereka. Pernah juga suatu ketika apabila aku dan kawan-kawan menikmati muzik Slipknot, Epica, Bullet For My Valentine, The Used, Silverchair, Avenged Sevenfold yang aku rasakan amat letih untuk didengari. Aku mula belajar apa yang mereka cuba sampaikan dan aku mengetahui bahawa muzik mereka semuanya merupakan muzik psikiatri. Muzik yang bermain dengan perasaan sedih, hampa, kekecewaan, menentang kegembiraan dan menyanjung kehampaan. Memang sedikit sebanyak ia membangkitkan semangat itu. Muzik merupakan suatu elemen yang mampu meningkatkan perasaan seseorang. Pernah korang dengar ada satu kajian yang mengkaji kesan muzik terhadap pertumbuhan pokok? 
Dalam ujikaji tersebut dua jenis pokok berasingan ditaman dan ditempatkan didalam bilik gelap secara berasingan. Kedua -dua pokok tersebut akan diberi air pada masa yang sama untuk memalarkan kesan air terhadap pertumbuhan pokok tersebut. Pokok-pokok tersebut juga ditempatkan didalam bilik gelap untuk memalarkan kesan cahaya matahari terhadap pertumbuhannya. Satu pokok didedahkan dengan muzik metal, hardcore dan satu pokok lagi didedahkan dengan muzik klasikal. 
Setelah beberapa lama mereka didedahkan kepada muzik yang ditetapkan kadar pertumbuhan pokok-pokok tersebut direkodkan. Diakhir ujikaji tersebut para pengkaji mendapati bahawa pokok yang didedahkan dengan muzik klasikal tumbuh dengan cepat sekali. Kadar pertumbuhan pokok muzik klasikal juga lebih cepat berbanding dengan pokok yang tumbuh secara normal. Pokok yang didedahkan dengan muzik metal dan hardcore didapati tumbuh lebih perlahan berbanding normal dan kadar kesihatan pokok tersebut juga didapati tidak memuaskan apabila daun pokok tersebut kelihatan kekuningan. Jelas disini bahawa muzik mempengaruhi kadar pertumbuhan pokok tersebut dan kesannya dapat dirasai oleh makhluk tersebut.
Sekarang, bayangkan kesannya terhadap manusia seperti aku dan korang. Ya, kadar pertumbuhan korang akan menjadi perlahan dan korang akan kekal MUDA. Sebab itu korang tengok orang-orang yang berumur 50 tahun keatas yang berjiwa rock masih kelihatan muda seperti mereka muda dahulu (walaupun perut sudah kedepan, dan kepala sudah hampir mendedahkan aurat). Rock dan metal tidak ditelan zaman, ia merupakan sebuah mesin yang menghentikan masa!
Billy Talent
Billy Talent menyampaikan muzik seperti zaman dahulu, zaman rock masih lagi gemilang. Lirik dan cerita mereka melalui lagu begitu enak digarap dan disampaikan melalui rentak dan muzik yang amat bersesuain dengan cerita lagu tersebut. Rentaknya juga catchy dan masih lagi dalam jiwa rock kental. Aku masih lagi mendengari Billy Talent sehingga sekarang sudah hampir 5 tahun aku mengemari Billy Talent dan aku masih lagi mengemari lagu album pertama mereka.
Pada aku muzik rock zaman dahulu adalah begitu epik. Aku bereksperimentasi dengan muzik kumpulan Iron Maiden dan Judas Priest. Kedua-dua kumpulan ini menyampaikan muzik yang mempunyai cerita yang hebat. Cerita horror dan keganasan yang disampaikan dengan muzik yang tragis iainya seperti korang menonton filem yang mempunyai efek bunyi yang mengkagumkan. Berbeza dengan muzik rock sekarang yang semata-mata menjerit dan membawa rentak headbanging semata. Rock zaman dulu juga mengetengahkan skill bermain gitar yang sangat tinggi. Mesti ada solo gitar dalam semua lagu rock dahulu seolah-olah pemain gitar adalah penyanyi sebenar dalam band tersebut.
Zaman sekarang muzik rock sudah tiada. Rock sekarang sudah lemah dan tidak sekeras dahulu. Malas aku nak menaip tentang muzik rock sekarang sebab nanti aku akan banyak mengulang mengulang mengulang mengulang benda yang sama. Seperti Bunkface berapa banyak lirik yang sebenar lirik dalam lagu mereka. Semuanya heii hooi heeii hoiii sampai habis. Tidak aku nafikan lagu rock zaman dahulu pun ada begitu tapi hanya untuk satu lagu sahaja bukan seluruh album mengulang benda sama. Cukup

Korang dah dengar Billy Talent tadi? 
Apa pendapat korang plak?
Tak sedap? Ok, layan plak band Silverstein. 
KKu et.al
p/s: Takde lagi lagu yang boleh challenge lagu Rhyme of the ancient mariners - Iron Maiden!
Senarai lagu-lagu Billy Talent, yang ini yang terbaru pada hari ini.
  1. Beachballs
  2. Bloody Nails + Broken Hearts
  3. Burn The Evidence
  4. Cold Turkey
  5. Covered in Cowardice
  6. Crooked Minds
  7. Cure for the Enemy
  8. Cut The Curtains
  9. Dead Silence
  10. Definition Of Destiny
  11. Devil In A Midnight Mass
  12. Devil On My Shoulder
  13. Diamond On A Landmine
  14. Don’t Count on the Wicked
  15. Don't Need To Pretend
  16. Encore Break
  17. Ever Fallen In Love? (With Someone You Shouldn't've)
  18. Fallen Leaves
  19. [final thought]
  20. Hanging by a Thread
  21. Interview, Part 1
  22. Interview, Part 2
  23. [intro]
  24. Lies
  25. Line & Sinker
  26. Living in The Shadows
  27. Lonely Road to Absolution
  28. Love Was Still Around
  29. Man Alive!
  30. Nothing to Lose
  31. [outro]
  32. Perfect World
  33. Pins and Needles
  34. Pocketful Of Dreams
  35. Prisoners of Today
  36. [Q&A requests]
  37. Red Flag
  38. River Below
  39. Runnin’ Across the Tracks
  40. Rusted From The Rain
  41. Saint Veronika
  42. Show Me the Way
  43. Stand Up and Run
  44. Standing in The Rain
  45. Sudden Movements
  46. Surprise Surprise
  47. Surrender
  48. Swallowed Up by the Ocean
  49. Sympathy
  50. Tears Into Wine
  51. The Dead Can't Testify
  52. The Ex
  53. The Navy Song
  54. This is How It Goes
  55. This Suffering
  56. Try Honesty
  57. Turn Your Back
  58. Viking Death March
  59. Voices of Violence
  60. Waiting Room
  61. Where is The Line
  62. White Sparrows
  63. Worker Bees
  64. You’ve Got to Die for the Government

5 comments:

  1. But they are a lot more than just indications of people.

    In the Waite deck, the Emperor appears stern and dark.

    You'll want to avoid mild social discussion or trivialities that distract you from your function.

    Visit my web-site ... new york city psychic readings

    ReplyDelete
  2. Nice post. I was checking continuously this blog
    and I'm impressed! Very helpful information specially the last part :) I care
    for such info a lot. I was looking for this particular info for a long time.
    Thank you and good luck.

    Also visit my web blog - party pills ()

    ReplyDelete
  3. I'm excited to uncover this page. I want to to thank you for your time for this particularly fantastic read!!
    I definitely loved every bit of it and i also have
    you book-marked to look at new information in your site.


    My blog; see here now

    ReplyDelete
  4. Thank you so much for inspiring and sharing your thoughts and wisdom!
    Keep up the awesome work.
    griffin ark

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...