Passionate readers

Wednesday 29 June 2016

CINE: FINDING DORY , Tolong jangan menangis! Jangan menangis!

Poster Finding Dory
Semalam, aku dan isteri lari dari hiruk pikuk kehidupan orang berkerja swasta. Kami sama-sama MC dan pergi menonton Finding Dory di wayang. Terasa puas dan tenang menonton wayang pada petang hari Isnin. Langsung tiada orang. Lagak seperti wayang tu kami punya. 
Haha

Finding Dory merupakan sekuel kepada filem pertamanya yang berjudul Finding Nemo. Filem ini merupakan keluaran terbaru Pixar yang popular dengan cerita Toy Story, Wall E, Monster dan macam-macam lagi. Harus diakui Pixar mengeluarkan filem animasi yang sangat  menyentuh perasaan dan memiliki inti yang unik berbanding Disney. 

Poster Finding Nemo
Finding Dory mengisahkan tentang Dory seekor ikan "blue tang" yang menghidapi masalah hilang ingatan separa yang secara tiba-tiba teringatkan kembali kedua ibubapanya. Misi pencarian kedua ibubapa Dory merupakan misi hidup Dory sejak dia masih kecil lagi. Penemuan Dory dengan Marlin, bapa Nemo merupakan selingan dalam kisah hidup Dory yang penuh dengan duka. Oleh kerana penyakit hilang ingatan separanya banyak ikan lain tidak bertahan lama berkawan dengan Dory. Kebanyakkan yang mengetahui penyakit Dory akan meninggalakan Dory di dalam kesepian laut dalam. 

Dory yang mencari bukan mencari Dory, sepatutnya Dory Finding bukan Finding Dory
Namun, dengan penemuan Marlin dalam Finding Nemo hidup Dory mula berubah. Dory semakin matang dan mampu mengingati lebih banyak perkara. Dia semakin pandai menenangkan diri dan menganalisis keadaan sekeliling lalu cuba mengingati perkara yang dilupakannya. Finding Dory merupakan filem sambungan kepada peristiwa Finding Nemo setahun kemudian. Peminat Finding Nemo akan dapat menyaksikan beberapa karakter Finding Nemo muncul kembali dalam Finding Dory seperti Marlin, Nemo, rakan-rakan kelas Nemo, Cikgu Nemo si pari, Crush si penyu dan juga beberapa karakter yang lain. 

Jika Finding Nemo bukan tentang ikan ini mungkin jalan yang mereka gunakan! SPOOF ALERT
Pengembaraan Marlin, Nemo dan Dory kali ini membawa mereka ke The Jewel of Morro Bay, California selepas pengembaraan mencabar mereka ke P. Sherman, Wallaby street, Sydney dalam Finding Nemo. Pengembaraan mereka kali ini lebih dekat kepada kehidupan kita dimana mereka banyak "menerbangkan" masa mengeplorasi darat dalam pencarian mereka ke tempat yang dituju. Ya, mereka banyak terbang kali ini, malah mereka juga melompat dari kereta dan juga air pancut. 
Becky, lagi satu karakter yang sangat mencuit hati
Finding Dory walaupun seperti banyak menyentuh hati dan mencuit anak mata iainya tidak kurang penuh dengan adengan lagak ngeri. Saya menggunakan lagak ngeri kerana didalam Finding Dory kali ini, isu ketiadaan air dan ketidakbolehan seekor ikan bernafas di daratan seperti bukan perkara besar. Kesemua ikan di dalam Finding Dory seperti sanggup bermati-matian melompat ke daratan, malah juga sanggup menahan deretan kereta di lebuh raya! Mereka tidak takut untuk dilenyek dan dipijak! Ikan-ikan ini sangat berani! Beberapa adegan dalam Finding Dory mengingatkan saya kepada filem Fast 7 apabila Hank si sotong cuba memandu truk yang membawa muatan penuh ikan didalam tangki simpanan. Hank seperti seorang pemandu kereta lumba dan juga pemandu kereta monster truck! Namun, Pixar memang pandai bermain dengan emosi apabila setiap aksi yang dilakukan akan ada kesan kepada karakter lain malah unsur humor juga selalu diterapkan. 
Destiny dan Bailey rakan Dory yang banyak membantu
Finding Dory kali ini memperkenalkan beberapa karakter baru iaitu Destiny si paus jerung, Bailey si paus beluga, Jenny & Charlie ibubapa Dory, Fluke & Rudder anjing laut yang memiliki loghat British dan juga Hank si sotong kurita. Saya amat tertarik dengan karakter Hank si sotong kurita. Hank tidak sukakan kepada laut lepas dan dia lebih rela tinggal didalam "penjara kaca" berbanding hidup bersusah payah di laut lepas. Hank mempunyai rancangan untuk terus tinggal ditempat pemuliharaan tersebut dan Dory pula memiliki tiket kepada penginapan selesa di situ. Dory pula ingin mencari kedua ibubapanya dan dengan bantuan Hank dia dapat mencapai matlamatnya. 
Hank si sotong yang kehilangan satu sesungut namun merupakan hero dalam filem ini.
Hank yang memiliki penyamaran yang sangat hebat, kebolehan untuk berjalan didaratan dan juga pengetahuan mendalam tentang tempat tersebut merupakan penyelamat kepada misi pencarian Dory. Finding Dory memang banyak memberi pendedahan kepada Hank si sotong kurita seolah-olah Hank merupakan karakter utama pada filem kali ini. Kita juga dapat melihat perkembangan hubungan persahabatan Dory dengan Hank apabila lama kelamaan Dory telah mengubah pemikiran Hank terhadap laut lepas dan meninggalkan imbisi "penjara kaca"-nya itu. 
Kisah Marlin dan Nemo pula kali ini lebih kepada seorang bapa yang terlalu mengongkong dan terlalu risaukan orang. Setahun bersama dengan Dory, Marlin menjadi seorang yang terlalu risaukan keselamatan Dory. Walaubagaimanapun, Marlin tetap mengutamakan keselamatan anaknya lebih daripada Dory. Dory pula semakin mengingati kedua ibubapanya dan dia memerlukan bantuan Marlin dan Nemo. Pada mulanya, Marlin seperti sudah serik dengan pengembaraannya didalam Finding Nemo dan menolak sekeras-kerasnya permintaan Dory. 
Mungkin Finding Dory akan mendapat sekuel melihatkan kepada pengakhiran saga filem Ice Age
Nemo cuba memujuk dan setelah mengenangkan Dory seperti seorang ahli keluarga Marlin bersetuju dan pengembaraan pun bermula! Perkembangan karakter Marlin kali ini lebih kepada seorang bapa yang cuba menerima hakikat bahawa Nemo dan Marlin sudah matang dan pandai berdikari. Dia juga belajar supaya lebih yakin dan mempercayai kebolahan Dory dan Nemo dalam menempuh kehidupan di laut dalam. Marlin kali ini lebih bersahaja dan cuba belajar untuk "cool down" berbanding didalam Finding Nemo. Oh, Marlin masih belum lagi pandai membuat lawak.
Kesimpulannya, Finding Dory merupakan sebuah filem untuk sebuah keluarga. Anak-anak kecil akan sangat gemar menonton filem ini. Ibubapa pula akan mendapati filem ini sangat humor dan penuh dengan aksi yang sesuai. Namun, sedikit imaginasi diperlukan untuk menerangkan kepada anak-anak bahawa ikan tidak mampu untuk terbang. Finding Dory juga tidak lekang daripada adegan yang mampu membuatkan mata anda bergenang. Pertemuan seorang anak yang mempunyai penyakit ingatan dengan kedua ibubapa yang tidak putus-putus berharap anaknya pulang sangat mampu membuatkan anda tersentuh hati. Walaubagaimanapun, dalam beberapa adegan saya mengharapkan Pixar mampu membuatkan airmata penonton untuk keluar namun mereka memilih untuk tidak membuatkan penonton menangis. Pixar mungkin ingin penonton hanya merasa sebak dan terus kekal gembira melihat ikan dan pemandangan laut dalam hasil mereka. Sepanjang 1jam 45minit saya menonton Finding Dory saya merasa puas dan tenang melihat ikan berenang-renang dan juga pemandangan laut dalam yang sangat cantik. Kualiti grafik dan animasi kali ini juga lebih nampak nyata dan realistik. Finding Dory layak mendapat 4.5 bintang dari saya!
p/s Finding Nemo lebih ummph pada saya
p/s/s Sila teruskan menonton sehingga habis kredit kerana ada adegan selepas kredit yang membuatkan kerisauan penonton kepada geng tangki doktor gigi Finding Nemo terdahulu terubat!

KKu et.al
http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...