Passionate readers

Tuesday 28 June 2016

TECHNO: TOKYO EXTREME RACER YANG UNIK & GIVEAWAY PS CD


Aku memang suka main Playstation 02.

Permainan video yang aku suka main pula ialah jenis lumba kereta. Ya-lah, masakan aku tak suka permainan video lumba kereta kalau aku tak buat blog kereta ini. 
Rasa lawak pula.
NFS pandangan dalam kokpit

Pada aku permainan video lumba kereta adalah sejenis permainan yang senang untuk dimainkan dan juga sangat straight to the point kecuali ada proses talaan dan peningkatan prestasi. 

NFS 2015 baharu
Permainan lumba kereta paling senang dan mudah untuk dimainkan pada aku ialah Need For Speed (NFS). Semua siri NFS sangat mudah untuk di habiskan. Siri NFS memang direka untuk permainan mudah kerana siri ini adalah bukan jenis simulasi seperti Gran Turismo (GT). GT merupakan permainan video lumba kereta jenis simulasi paling laku dan popular didalam dunia permainan video.



GT memang dibina khusus untuk jenis simulasi kerana litar dan juga kereta didalamnya dibina mengikuti seperti kereta dunia nyata. Kereta lumba didalam GT sangat realistik sehinggakan bunyi enjin, karekter pemanduan, dan juga bentuk khusus dibina mengikut kereta sebenar didunia nyata. Apabila anda menikmati dan memahami GT pada dasar hati, "deep down understanding" sampaikan anda boleh hafal kelajuan, kedudukan gear, dan juga sudut pengambilan selekoh pada sesuatu litar itu anda akan merasa seperti seorang pemandu kereta lumba juga maka GT sudah berjaya mensimulasikan dunia lumba kereta ke dalam minda anda. Aku juga merasa begitu. 



Apabila aku menonton lintas langsung lumba kereta aku sudah boleh mengagak dan mengetahui selekoh mana yang akan datang di hadapan aku. Terasa aku seperti juga yang memandu kereta itu. GT memang berbaloi untuk di sayangi.

Tapi, simulasi GT begitu jitu bila ia menuntut perhatian 100% kepada simulasinya. Sebagai contoh, anda harus berlumba selama beberapa jam untuk menghabiskan 24hr LeMans. Beberapa jam tuan! Iainya sangat meletihkan. 


Tahap ketepatan simulasi GT di bina sampaikan ke tahap sebegitu. Jadi, aku terus mengalihkan perhatian kepada sesuatu yang lebih mudah,senang, segar dan lebih kepada kelajuan. Apa yang aku cari itu harus berbalik kepada definisi dunia perlumbaan itu sendiri. Apakah yang dicari oleh seorang perminat didalam dunia perlumbaan? 

Kelajuan. 
Itu sahaja tujuannya.
Bagaimanakah rasanya mencapai 350km/h?
Itu sahaja persoalannya.
Dunia kelajuan.
Mencarinya suatu pengembaraan.

TXR yang pertama untuk Dreamcast
Usaha aku mencapai dunia kelajuan berakhir apabila aku mengenali Tokyo Xtreme Racer. Permainan video ini dihasilkan oleh Genki dengan kerjasama Crave. Konsep dalam TXR ialah perlumbaan lebuh raya. Dunia perlumbaan didalam TXR kesemuanya berlaku di lebuh raya Jepun yang terkenal iaitu Wangan. Melalui TXR anda akan dapat menyusur pantas didalam Wangan lebuhraya kebanggaan Jepun dan menyaksikan sendiri rasa dunia kelajuan 350km/h di lebuhraya! Pada pandangan aku, permainan inilah yang paling dekat untuk aku berlumba di lebuh raya Plus Malaysia. Sesungguhnya aku berpendapat pembina permainan video di Malaysia seharusnya membina permainan video seperti ini. Anda tidak akan memasuki mana-mana litar, mana-mana trek yang ada hanyalah dunia lebuh raya litar konkrit yang tegak dan panjang. TXR memang memfokuskan kepada kelajuan terpantas apabila Wangan merupakan lebuh raya yang tegak dan lurus yang dahagakan kelajuan lebih 350km/h.

TXR3 
Aku sangat meminati dunia TXR. Pada masa tulisan ini, aku sedang dalam misi menghabiskan TXR3 versi TXR lumba lebuh raya yang terakhir di PS2. Aku juga sudah menghabiskan TXR0/TXR2 sebelumnya walaupun aku belum berjaya menghabiskan senarai Wanderer namun aku sudah mengalahkan kesemua Bos. TXR juga unik dengan kehadiran Wanderer apabila untuk berlumba dengan Wanderer beberapa kriteria harus dipenuhi. Kriteria ini kadangkala tidak diberitahu dengan jelas didalam permainan. Hanya dengan membaca cerita dan kisah pendek profil pelumba anda akan mendapat sedikit info tentang mereka. Dan iainya sangatlah menyakitkan bontot! Google sahaja mereka untuk maklumat pantas.



Sekarang aku di dunia TXR3, dengan kereta Nissan Fairlady Z31 warna putih hitam persis kereta Harada dalam Wangan Midnight. Ini merupakan cubaan kali kedua aku untuk menghabiskan permainan video ini. Kali pertama dahulu aku terpaksa memisahkan diri PS2 untuk memberi laluan kepada pembinaan rumahtangga. Adik bongsu ku menjaga PS2 tersebut untuk sementara waktu. Namun, dia bertindak menjualkan PS2 tersebut dan berakhirlah dunia lumba kereta PS2 aku. Beberapa tahun kemudian, aku mendapatkan PS2 baru dan sekarang aku bermula semula.

untuk kedua kalinya.

Sebelum terlupa. Aku ada nak bagi Giveaway CD PS2 ini. Sila komen dibawah "SAYA NAK"

Komen ke sepuluh layak mendapat CD lumba kereta PS2 Tokyo Extreme Racer: Drift 2

Apa tunggu lagi!

KKu et.al

http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...