![]() |
Gambar Hiasan |
Malaysia sekarang semakin panas. Bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia kini semakin memanas akibat daripada kesan rumah hijau.
Iklim panas dapat diatasi dengan menggunakan penghawa dingin, kipas dan juga humidifier. Seorang pemandu akan menggunakan penghawa dingin keretanya untuk merasa lebih selesa ketika memandu. Tetapi, tahukah anda tindakan pemandu tersebut menghidupkan penghawa dingin ketika memandu akan meningkatkan penggunaan minyak petrolnya?
Penghawa dingin beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik yang dijanakan daripada enjin. Penghawa dingin juga dapat beroperasi tanpa enjin dihidupkan dengan menggunakan kuasa bateri. Apabila penghawa dingin dihidupkan pemampat (compressor) akan mula beroperasi dan tork enjin akan digunakan menyebabkan beban tork enjin bertambah. Penambahan tork enjin akan meningkatkan penggunaan minyak sekaligus menjejaskan batuan anda.
Peningkatan penggunaan minyak petrol tersebut dirasai apabila anda menggunakan jalan yang membuatkan anda terhenti-henti seperti di jalan bandar. Penggunaan penghawa dingin di jalan yang mempunyai laluan yang lancar seperti di lebuh raya tidak menjejaskan penggunaan minyak anda. Ada pendapat mengatakan untuk menjimatkan minyak daripada menggunakan penghawa dingin, anda hanya perlu menurunkan tingkap ketika memandu dan menikmati udara luar yang memasuki ke dalam kereta anda. Namun, tindakan sebegini akan menciptakan "drag" terhadap kereta anda semasa pemanduan. "Drag" yang dimaksudkan ialah penolakan angin yang memasuki kedalam kereta anda semasa anda memandu. Angin yang masuk kedalam kereta anda akan menolak kereta ke arah yang bertentangan dengan arah pemanduan anda dan ini yang menciptakan "drag" yang sekaligus menjejaskan batuan dan penggunaan petrol anda. "Drag" yang ketara dapat dirasai hanya apabila anda meluncur laju di atas lebuhraya. Adalah bijak bagi anda untuk menurunkan tingkap semasa memandu di jalan bandar untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta anda kerana "drag" di jalan bandar tidak ketara berbanding dengan lebuh raya.
PERINGATAN
Kami menyarankan untuk anda menurunkan tingkap dengan sedikit sahaja cukup sekadar angin dapat masuk dan keluar kerana terdapat banyak kejadian kes ragut di lampu isyarat apabila pemandu menurunkan tingkap dengan seluas-luasnya sehingga orang dari luar dapat mengambil barangan didalam kereta tersebut. Sila berhati-hati walau dimana anda berada. Jangan sesekali meletakkan diri anda sebagai mangsa!
Penghawa dingin mungkin merupakan kawan yang paling baik bagi anda didalam kereta anda. Dia juga yang menjadi kebanggaan anda apabila tetamu datang bertandang didalam kereta anda. Sebagai pemandu anda haruslah peka kepada penghawa dingin anda untuk memastikan iainya berfungsi dengan cekap dan lancar.
Penghawa dingin yang baik akan menghembuskan udara dingin yang nyaman dan lancar walau pada mana-mana tork kereta anda berada. Satu cara untuk anda mengenalpasti penghawa dingin anda sudah menunjukkan tanda-tanda untuk diservis ialah apabila tolok suhu dingin anda habis ditolak namun udara yang dihembuskan oleh penghawa dingin masih lagi sama tanpa ada perubahan suhu yang signifikan. Cara yang kedua ialah anda dapat kenalpasti yang penghawa dingin anda memaksa enjin bekerja lebih kuat semasa anda memandu dan ini yang akan menganggu batuan dan penggunaan minyak anda.
Penghawa dingin anda tidaklah terlalu kompleks sebagaimana yang anda fikirkan. Ia akan menjadi komplek apabila seluruh penghawa dingin anda harus ditukar kerana sudah terlalu lama tidak diservis. Penghawa dingin dapat bertahan lebih lama sekiranya anda melakukan pemeriksaan berkala dan iainya tidaklah terlalu sukar seperti yang anda sangkakan.
Penghawa dingin Proton Saga FLX terletak didalam papan pemuka dan didatangkan dengan set yang paling mudah dan kompak. Bahagian yang paling penting penghawa dingin tersebut terletak dibelakang "glove box" penumpang hadapan. Bahagian ini ialah bahagian "blower" penghawa dingin kereta anda. Bahagian "blower" ini yang menempatkan penapis udara penghawa dingin kereta anda. Kebanyakkan masalah penghawa dingin disebabkan oleh penapis udara yang jarang diservis.
![]() |
Glove Box |
![]() |
Sila buka Glovebox. Dan perhatikan kawasan disebelah kanan. Terdapat penahan yang menghalang Glove box daripada terbuka dan jatuh bebas. |
Semasa membuka keseluruhan Glovebox tersebut anda akan mendapati sedikit kesukaran untuk kerja pembaikan yang pertama kali. Jangan bimbang. Anda hanya perlu berhati-hati dan tidak melakukan sebarang kerja dengan terburu-buru dan kasar. Plastik Glovebox adalah jenis plastik yang boleh lentur dan tidak mudah pecah iainya boleh menerima sedikit perubahan bentuk dan tekanan.
![]() |
Sila tekan bahagian sisi kanan Glovebox untuk mengeluarkan Glovebox. |
![]() |
Tarik perlahan-lahan Glove box. |
![]() |
Getah yang kesat di penahan Glove box itu bertindak untuk menyerap bunyi semasa Glovebox dibuka. Berhati-hati untuk tidak kehilangan getah tersebut. |
![]() |
Sila pastikan cangkuk disebalah kiri Glovebox juga dapat dikeluarkan daripada slotnya. |
![]() |
Glovebox berjaya ditanggalkan. Sila perhatikan objek segienpat sama di dalam papan pemuka. |
![]() |
Cari bahagian KLIP dan cuba tarik keluar. Ini akan mendedahkan filter yang akan kita bersihkan. |
![]() |
Tarik perlahan-lahan jangan sampai patah klip di hujung penutup tersebut. |
![]() |
Penutup penapis berjaya ditarik keluar. |
Korang hanya perlu membersihkan penapis korang dengan menggunakan air gun, atau korang boleh basuh sahaja penapis standard saga korang (bukan penapis kertas) menggunakan air paip biasa. Lakukan secara berkala untuk mendapatkan air cond yang konsisten mantap!
Pasang kembali seperti korang buka pada awal tadi.
Selamat mencuba.
KKu et.al
ReplyDeleteافضل الخدمات المنزلية بمدينة القطيف 0551844053 من تسليك للمجارى ومكافحة الحشرات وتنظيف للفلل والمنازل والشقق
وتنظيف السجاد والمجالس ومكافحة النمل الابيض بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف
شركة كشف تسربات المياه بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف
شركة تنظيف فلل بالقطيف
شركة تنظيف بالقطيف
ReplyDeleteالخدمات المنزلية من شركة تاج للتنظيف ومكافحة الحشرات بالاحساء وراس تنورة 0551844053
شركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة تنظيف منازل بالاحساء
شركة تنظيف سجاد بالاحساء
شركة تنظيف خزانات بالاحساء
شركة تنظيف مجالس بالاحساء
شركة تنظيف فلل بالاحساء
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة مكافحة النمل الابيض بالاحساء
شركة كشف تسربات المياه بالاحساء
شركة عزل خزانات بالاحساء