Passionate readers

Friday 6 March 2015

TECHNO: Kenapa Aplikasi Facebook di Android bernama Katana?


Hi,

Kalau korang jenis yang aware tentang apa yang korang install dan download ke dalam telefon bijak pandai korang tu. Aku percaya korang akan perasan akan benda yang akan aku nak beritahu ini. Lebih-lebih lagi kalau korang jenis yang setiap bulan kemaskini aplikasi telefon pintar korang bila dapat data plan baharu. Setiap kali update korang akan perasan benda ini bila mana korang akan rasa aplikasi korang tu lastly memakan banyak bateri power korang. Aku percaya aplikasi yang paling terupdate sekali dalam telefon pintar korang itu wajibnya ialah aplikasi Facebook!

Perasan tak aplikasi Facebook  tersebut ada perkataan Katana?
Okaylah, kalau korang bukan jenis yang alert aku dah taip terlebihlah pulak.

Tahukah korang aplikasi Facebook dalam android bernama Katana. Tetapi kenapa Katana?

Mari kita bertanya kepada Charles Wu seorang Product Manager di Pivotal Web Services. Menurut Charles, semasa dalam proses Beta aplikasi FB tersebut mula dimuat naik ke dalam Android Market ( pada ketika itu Android Play masih lagi belum di implementasikan) ternyata aplikasi FB tersebut tidak boleh menggunakan com.facebook.facebook atas sebab-sebab yang Charles pun tidak dapat kenalpastikan. Dari situ Charles memerlukan sesuatu panggilan yang dapat digunakan untuk terus menunjukkan diri aplikasi FB tersebut dari masa ke semasa.

Charles menerima permintaan untuk menukarkan nama aplikasi FB itu ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran sushi bernama "Katana". Walaubagaimanapun idea tersebut bukanlah yang pertama terhasil daripada buah fikirannya. Idea asal mereka ialah memanggil pakej android FB mereka sebagai "Cortana" yang akhirnya menjadi teras kepada Asana. Cortana datang daripada Halo.

Walaubagaimanapun, nama tersebut telah ditarik apabila pakej Android tersebut hendak diterbitkan. Menurut Charles, dia tidak mengingati kenapa nama tersebut ditarik balik sama ada berkaitan dengan hakcipta ataupun tidak. Oleh kerana Charles pada ketika itu berada di restoran "Katana", dan "Katana" juga berbunyi cukup dekat dengan "Cortana" maka Charles mengambil keputusan untuk menggunakan nama "Katana" tesebut setelah memikirkan maksud yang dimiliki daripada perkataan "Katana".

Menurut Charles, Katana merupakan suatu kesatuan simbolik sebagai sesuatu yang tajam dan mampu memototng apa sahaja yang dihadapinya tambahan pula aplikasi yang dibangunkan mereka mempunyai beberapa lapis aplikasi lain serupa seperti sebuah Katana diperbuat yang mempunyai beribu-ribu lapitan lapisan besi untuk mencapai ketajaman sempurna.

Oleh sebab itu, Charles dan pemaju utama yang membangunkan aplikasi FB tersebut menamakan aplikasi mereka sebagai com.facebook.katana.

Owh, rupanya itu la sebabnya kenapa aplikasi facebook di Android bernama katana. 

p/s: Jangan lupa update G+ korang!

KKuet.al


http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

2 comments:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...