Passionate readers

Thursday 26 February 2015

LOCAL: GONG XI FA CHAI dan Lebuhraya Pantai Timur yang baharu


Gong Xi Fa Chai kepada semua reader yang menyambut Tahun Baru Cina tahun 2015 ini. Tahun ini merupakan tahun kambing jikalau mengikut kalender zodiak Cina. Sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun 2015 ini cuti untuk musim perayaan ini agak lama iaitu dari 19 Febuari sehingga 20 Febuari kemudian diikuti dengan hari hujung minggu iaitu 21 Febuari yang jatuh pada hari Sabtu dan 22 Febuari iaitu hari Ahad. 


Sehubungan dengan itu, cuti untuk Tahun Baru Cina berjumlah 4 hari menjadikan iainya sesuai untuk pulang ke kampung. Tempat kerja aku pula menambah cuti pada 18 Febuari maka tahun ini aku mendapat cuti sebanyak 5 hari. Peluang ini aku ambil dan pulang ke kampung halaman aku di Kuala Terengganu. Perjalanan aku memakan masa hanya selama 7 jam dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu. Sebelum ini perjalanan aku ke kampung halaman memakan masa selama 9 jam mengikut jalan persisir pantai yang berbukit. Jalan yang aku biasa lalui sejak dari aku kecil sehingga aku remaja dewasa sekarang. 

Aku sering menjadi pembantu pemandu apabila kami sekeluarga pulang ke kampung baik dari Kuala Terengganu ke Johor atau sebaliknya. Ayahku yang menjadi pemandu seringkali memohon bantuanku untuk memastikan keadaan jalan raya sama ada berlubang atau tidak. Tapi aku sentiasa gagal kerana setiap kali terjadi kemalangan aku akan tertidur. Kemalangan yang aku maksudkan ialah kemalangan dengan lembu yang melintas jalan. Seingat aku ayahku telah mengalami kemalangan dengan lembu yang melintas sebanyak 3 kali. Namun, semua kemalangan tersebut hanyalah kemalangan kecil dimana hanya lampu depan kereta sahaja yang pecah dan lembu yang tidak ku ketahui nasibnya. Semoga semua lembu-lembu tersebut selamat hendaknya. 

Itu semua berlaku ketika kami sekeluarga melalui jalan persisir pantai iaitu jalan kampung yang penuh dengan penduduk. Kini, jalan kampung tersebut tidak lagi relevan untuk dilalui kerana masa perjalanan yang panjang, terlalu banyak lampu isyarat, jalan yang berliku dan berbukau juga dengan harga minyak petrol di pasaran sekarang. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kini sudah beroperasi dan dengan kehadiran LPT banyak membantu rakyat dalam menjimatkan masa perjalanan dan juga kos untuk perjalanan dapat dijimatkan.



LPT mempunyai jalan lurus dan jalan bengkok yang sangat panjang. LPT juga mempunyai jalan mendaki yang boleh tahan panjang berbanding dengan lebuhraya PLUS. Aku menaiki Saga FLX aku disini dan mampu mencecah ke 180 kmh dan berada pada kelajuan itu lebih kurang 1 jam tanpa diganggu jalan raya yang membelok. Namun, aku takut untuk berada pada kelajuan tersebut dengan keadaan kereta aku yang tidak diselenggara untuk kelajuan itu selama berjam-jam. Maka purata kelajuan aku di LPT dengan kereta Saga FLX aku hanya 140 - 120 kmh sahaja. Masa aku memandu ialah pada waktu pagi iaitu sekitar 10 mlm - 12 tgh mlm. Trafik pada masa itu juga sangat lancar untuk aku memecut. 


Gambar Hiasan 
LPT pada masa ini masih lagi dalam pembinaan dan belum pun siap sepenuhnya. Masih ada lagi aktiviti pembinaan dilakukan disekitar lebuh utama dimana hentian rehat di sepanjang perjalanan masih lagi dalam pembinaan fasa akhir. Pusat tol pun masih belum beroperasi dari Terengganu ke Kuantan. Aku hanya membayar tol dari persimpangan Jabor sehingga ke Kuantan sebanyak RM 1.70. Itu sahaja tol yang aku perlu bayar sepanjang perjalanan aku dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru. Berbicara tentang LPT, aku ada sedikit kerisauan dan kebimbangan untuk semua pengguna LPT. Walau pun LPT kelihatan tegak dan lurus namun keadaan permukaan jalannya tidak begitu memuaskan. Seringkali ketika memandu aku akan melalui jalan yang tidak rata dan agak beralun. Keadaan jalan raya tersebut seakan-akan berombak ketika kereta menyusup laju di jalan raya. Keadaan akan jadi lebih teruk ketika tiba di jambatan atau longkang. Binaan jambatan dan longkang yang lebih tinggi dari jalan raya akan menghasilkan perbezaan ketinggaan antara binaan jambatan dan jalan raya. Beza ketinggaan ini akan membentuk bonggol yang tajam. Bonggol yang tajam akan memakan tayar dan tidak mustahil untuk mengores permukaan dasar enjin anda dan yang paling ditakuti oil sump. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika kereta meluncur laju di atas jalan raya jadi silalah berhati-hati.  

Gambar Hiasan LPT

Aku bukan berniat untuk menjatuhkan LPT tapi aku disini memberi amaran kerana LPT masih belum lagi berada pada tahapnya yang memuaskan dan selamat. Sepanjang perjalanan aku melalui LPT aku mendengar berita radio berkaitan trafik jalan raya dan seringkali aku mendengar " Pengguna LPT dinasihatkan untuk mengisi mintak penuh sebelum memasuki LPT kerana terdapat beberapa laporan kereta kehabisan minyak di dalam LPT" . Hakikatnya memang benar, tiada stesen minyak dibahu jalan seperti di PLUS. Stesen minyak terdekat dengan LPT ialah lebih kurang 50km dari LPT jika aku tidak silap. Saga aku diisi dengan minyak sebanyak RM50 dan aku melepasi LPT tanpa perlu bimbang tentang minyak. 

http://www.sinarharian.com.my/semasa/tujuh-kenderaan-kemalangan-akibat-seekor-lembu-1.322967

LPT memberi aku kebimbangan yang paling besar apabila pada malam aku kembali ke kampuang halaman aku hampir merempuh seekor lembu yang memegun ditengah lebuh raya baharu itu. Lembu itu hanya keras ditengah jalan tanpa bergerak. Mujur lembu itu seekor sahaja berada disitu, lembu biasanya bergerak dalam kumpulan jika terlihat seekor lembu di bahu jalan kemungkinan besar ada lagi lembu dikawasan sekitar. Beruntung aku sempat melihat lembu tersebut di kejauhan dengan lampu silau dan juga lampu tinggi. Haiwan yang melepas berkeliaran di lebuh raya adalah sesuatu yang tidak boleh di maafkan. Lebuhraya sepatutnya bebas daripada haiwan perliharaan kerana rata-rata pengguna lebuhraya tidak memandu pada kelajuan 50kmh. Iainya membahayakan keseluruhan pengguna lebuh raya pada ketika itu. 

Kesimpulannya, aku amat gembira dengan kehadiran LPT iainya amat menjimatkan masa dan juga perbelanjaan untuk pulang ke kampung. Aku berharap pihak pengurusan LPT akan terus menerus menambah baik perkhidmatan dan prasana di LPT dari masa ke semasa. Untuk itu, marilah kita berhati-hati ketika menggunakan LPT sepanjang masa. 

http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...