Passionate readers

Thursday 29 January 2015

AUTO: TUKAR TAYAR BILA PANCIT DENGAN SEGERA

Hi,

Okay, for the past few months keadaan HE agak lasak dan tegar. Aku terpaksa memerah HE sehabis baik kerana sekarang aku sangat sibuk dengan pembangunan hidup dan juga tuntutan kerja. 


Baru-baru ini HE telah terpijak skru sehingga apabila berjalan aku terdengar skru memutar bersama dengan tayar HE. Segera aku menukarkan tayar HE, mujur HE terkena bencana di kawasan perumahan aku. Harap maklum aku telah berpindah ke rumah baru aku jadi di kawasan perumahan aku sedang rancak melakukan pengubahsuaian rumah maka skru, paku dan batu memang senang dijumpai diatas jalanraya. Bimbang akan mengundang lebih bencana aku memutuskan untuk melakukan penukaran tayar di rumah aku.

Tukar tayar depan rumah. Jiran nak pergi keje kita sibuk bukak bengkel depan rumah.
Aku memang suka menyimpan manual kerana manual pada aku sangat cool. Jadi dengan menggunakan manual HE aku melakukan penukaran tayar. Semuanya mengikut urutan dan juga pengalaman aku sendiri.

  1. Buka bonet.
  2. Ambil jack, set spana, dan juga tayar
  3. Cari point jack (berpandukan manual)
  4. Letak jack bawah point jack
  5. Mula jacking
  6. Berhenti jacking apabila kereta sudah mula terangakat sedikit
  7. Mula melonggarkan skru tayar separa ketat
  8. Sambung jacking lagi
  9. Berhenti apabila kereta sudah terangkat sepenuhnya apabila tayar yang ingin ditukar tidak lagi menjejaki tanah
  10. Longgarkan skru
  11. Keluarkan tayar ( gunakan sedikit ketukan untuk mengeluarkan tayar )
  12. Letak tayar di hadapan tayar depan kereta
  13. Ambil tayar baru dan masukkan di hub tayar
  14. Mula pasang skru dan ikat separa ketat
  15. Mula menurunkan jack
  16. Berhenti apabila tayar mencecah tanah sedikit 
  17. Ikat skru dengan ketat
  18. Sambung turunkan jack sehingga habis
  19. Ikat ketat skru dan pastikan semuanya ketat dan tepat
  20. Siap
Rim kompang

Kalau spray biru laut pun cantik ni

Aku terus ke tempat kerja apabila selesai melakukan penukaran tayar umpama pit stop F1 sebentar tadi. Tayar yang tertusuk skru tersebut aku sumbat ke bonet belakang. 

Tengahari hari yang sama aku pergi kedai tayar dan minta kedai tayar mencabutkan skru tersebut dan menampal cacing ke atas tayar aku. Tidak sampai 15 minit HE telah mendapat kembali tayar asalnya. Servis kedai tayar tersebut sangat bagus dan juga cepat. Yang tak bestnye aku kena kemas sendiri tayar, spana dan jack yang aku guna pagi tadi. Bahagian inilah yang paling ramai orang malas nak buat- mengemas. Iainya perlu untuk mengemas kerana untuk kegunaan masa hadapan di waktu kecemasan.

Jack buaya ni nak beli la nnt
p/s: mana manual radio aku ea? Nak cri stesen punyalah susah!



http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...