Passionate readers

Saturday 17 January 2015

CINE: BLACK HAT Hacker yang menyelamatkan Perak dan Kekekokan filem tentang komputer


Blackhat adalah filem arahan Michael Mann, ia mengisahkan tentang serangan pengodam yang mensasarkan serangan mereka di Pusat Janakuasa Nuklear dan mengancam bahaya kepada penduduk disekitar kawasan tersebut. Serangan pengodam ini tidak hanya bertumpu disuatu tempat sahaja malah ia turut menyasarkan serangan mereka di tempat lain. Serangan pertama disasarkan di Stesen Janakuasa Nuklear China dan telah mengakibatkan meltdown. Pihak kerajaan China telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghalang daripada berlakunya meltdown yang menyeluruh yang akan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat. Maka, hero kita Chris Hemsworth diperlukan untuk berkhidmat menyelamatkan manusia walaupun die dipenjarakan.




Blackhat merupakan cerita tentang pengodam yang mahir, mahir lebih sesuai digunakan kerana khidmat mengodam dan memecah kod tidak berlaku secara kerap dan teknik yang digunakan tidak begitu menonjol untuk menunjukkan khidmat godam mereka begitu hebat. Hattaway (Chris) terpaksa di keluarkan daripada penjara untuk menangkap penjahat yang bertindak mensabotaj stesen janakuasa Nuklear China dan sebab utamanya ialah hanya kerana kod RAT itu dibina olehnya bersama dengan Chan Dawai (Wang Leehom) seorang Pegawai tinggi ketenteraan China yang dulunya merupakan rakan sebilik Hattaway di MIT. 

Kalau anda tahu tentang ESD atau IT ini boleh dijadikan bahan pembetangan anda.
Kod RAT tersebut dibina oleh mereka hanya sekadar untuk suka-suka namun disalah gunakan oleh penjenayah tersebut. Moral cerita ini telah dipaparkan pada permulaan cerita lagi iaitu apa yang dibina untuk suka-suka boleh disalah gunakan pada bila-bila masa. Moral yang kedua ialah apa yang anda muat masuk kedalam internet akan dapat dimuat turun pada bila-bila masa oleh sesiapa dengan apa-apa tujuan. Iainya sama seperti gambar anda di facebook, anda tidak mengetahui apa yang berlaku dengan gambar di serata dunia. 
Jikalau anda seorang pengodam dan anda mungkin memahami apa yang cuba dipaparkan oleh pengarah kerana sekali sekala kod magik Hattaway dipaparkan di skrin layar. 

Seorang hacker tapi masih cool dengan penggunaan produk Lajak laris
Iainya tidak keterlaluan " nerd " , Blackhat masih lagi mampu menunjukkan yang Chris Hemsworth itu " cool " walaupun hanya seorang keyboard warriors. Jikalau anda seorang yang meminati pergaduhan dan juga action ada beberapa babak yang mungkin membuatkan mata anda celik seketika dan selebihnya mata anda layu dibuai bunyi keyboard dan dialog-dialog yang goyah. Jikalau anda peminat filem biru, ada beberapa adegan yang membuatkan anda tidak senang duduk tidak keterlaluan namun masih tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. 

Lari pun nampak lawa apabial Michael Mann yang mengarah.
Blackhat harus diberikan pujian apabila keseluruhan cerita tersebut semuanya tampak nyata. Apa yang berlaku adalah nyata dan setiap elemen tersebut tidak di tokok tambah dengan magis Hollywood. Magis Hollywood ialah Hero harus kacak, pandai menggunakan pistol, pandai bertumbuk dan terlampau berani. Blackhat memang berpijak di bumi nyata apabila Hattaway tidak begitu mahir menembak, dia lebih mahir berselindung dan melarikan diri. Setiap watak diberikan kemahiran dan kelebihan masing-masing dan iainya tidak melebihi antara satu dengan yang lain. Ia seimbang dan menjadikan setiap watak itu penting. 

Hattaway tidak pernah bergerak secara solo sehingga ke akhir cerita tidak seperti cerita membalas dendam apabila hero bergerak solo membalas dendam. Efek kepada perasaan dan persekitaran selepas sesuatu godaman juga tidak diketarakan. Tiada magis dalam godaman ini dilakukan dengan hanya menggunakan kod di dalam komputer, semua kerja-kerja godaman harus dilakukan dengan pecah masuk dan samaran pada mulanya menjadikan ianya begitu nyata. Secara tidak langsung ia menunjukkan untuk mengodam itu memerlukan kerja yang banyak dan susah. Ianya tidak semudah yang disangka seperti sebelum ini. 

Plot, tidak kompak. 

Bunyi, kurang memberi impak dan kadang-kadang tidak sesuai sama seperti Need for speed.

Grafik, memang cantik setiap frame seperti gambar angle dan pencahayaan yang superb!

Chris factor? Chris in HD and so Handsome! 

Map yang sama dalam Blackhat kenalpasti Taman Samudera tersebut?

Gambar ini dipaparkan diawal filem Blackhat
Apa yang membanggakan filem ini meningkatkan nama Malaysia apabila serangan virus di Stesen Janakuasa China merupakan latihan untuk menjatuhkan Stesen Janakuasa di Perak. Rancangan penjenayah ialah untuk merosakkan sistem pam di empangan dan membanjiri lombong bijih timah di Perak untuk menjatuhkan harga Bijih timah di pasaran. Hasil daripada serangan kedua penjenayah ke atas kejatuhan harga soya digunakan untuk membeli Bijih Timah pula. Untuk pengetahuan, Stesen janakuasa di China tersebut di filemkan di Stesen Janakuasa Manjung, Perak. Sebagai kesimpulan Blackhat mengisahkan tentang seorang bekas banduan dan seorang pengodam hebat yang cuba menyelamatkan Perak, Malaysia. 

Tidak rugi menonton Blackhat sebab iainya penuh dengan Chris Hemsworth.

Baca review yang lebih pedas dengan mengikuti link dibawah.


P/s: Waiting for Furious 7


3 comments:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...