Passionate readers

Sunday 13 April 2014

AUTO: TIPS SEBELUM MENINGGALKAN KERETA KORANG DALAM TEMPOH YANG LAMA

Hmmmm..>,<
Tak lama lagi musim perayaan dah nak tiba, aku percaya korang semua akan pulang ke kampung dengan kereta korang yang baru semalam. Kereta baru tu plak kereta MPV Exora Turbo, Mazda CX3, Mitsubishi ASX, Nissan Grand Livina tak pun Perodua Alza Advance baruuuu tu. Maka tinggalah korang kereta Kancil Mira turbo korang tu, Saga Flx, Saga rakyat dan kereta-kereta murah korang kat rumah. Nak plak tahun ni korang punye cuti tahun banyak semua nak pakai buat beraya. Fuyyooo. Campur tolak masuklah dalam 2 minggu lebih cuti korang. (y) 


Sekarang, aku tak kisah korang bawak kereta baru apa balik kampung yang aku kisahkan sekarang ialah kereta yang akan korang tinggalkan kat depan rumah korang tu. Sebelum balik kampung disini ada beberapa tips yang korang boleh aplikasikan nanti.



1. Tempat simpanan

Pastikan tempat simpanan kereta korang adalah kering dan redup. Jika kereta dibiarkan ditempat terbuka dikhuatiri komponen didalam kereta akan cepat rosak. Perubahan cuaca juga akan menyebabkan cat kereta hilang kilat dan kusam. Jika anda memiliki garaj pastikan terdapat ruang pengaliran udara yang cukup. 



2. Cabut kabel bateri.

Sebelum mencabut kabel bateri kereta anda sila pastikan bahawa komponen komputer didalam kereta anda tidak terjejas dengan ketiadaan bateri terlalu lama. Sesetengah kereta moden sekarang memerlukan sedikit punca kuasa untuk sistem komputernya. Pada kebiasaan mencabut kabel bateri tidak memberi apa-apa masalah besar kecuali memori stesen radio anda akan kembali kosong. Tujuan memcabut kabel bateri ialah untuk mengelakkan kehilangan kuasa bateri akibat ditinggalkan terlalu lama.



3. Isi penuh tangki kereta.

Tangki kereta yang tidak penuh akan memberi ruang kepada minyak petrol untuk meruap dan meninggalkan sisa pepejal dan minyak yang tidak berguna. Jika minyak ini digunakan didalam kebuk pembakaran enjin kemungkinan kerosakkan enjin akibat knocking boleh berlaku. Minyak yang sudah meruap juga boleh menghasilkan air, air akan menyebabkan pembentukan karat dari sebelah dalam tangki minyak. Dengan mengisi penuh minyak kereta sebelum ditinggalkan risiko pembentukan wap dalam tangki dapat dielakkan. 



4. Titiskan beberapa titik enjin baru kedalam silinder.

Titiskan minyak enjin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada silinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.


5. Angkat kereta anda.

Kereta anda haruslah diangkat dan diletakkan diatas jack stand untuk merehatkan komponen di bahagian penyerap hentak, tual roda untuk merehatkan roda, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain. Meletakkan kereta anda diatas jack stand juga dapat mengurangkan risiko tayar pancit apabila tiada tekanan dikenakan pada tayar pada suatu tempat pada masa yang lama. Jika tidak keberatan anda boleh mencabut tayar anda dan simpan ditempat yang gelap dan sejuk.



6. Selimutkan

Dinasihatkan agar anda menyelimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia membantu anda untuk mengatasi masalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.


7. Bersihkan

Bersihkan kereta anda sebelum meninggalkan kereta anda, polish dan wax badan kereta anda. Jika anda bimbang keadaan dalaman kereta anda berbau dan berkulat anda boleh keluarkan carpet kaki dan basuh serta keringkan untuk membuang semua kuman. Anda juga boleh membeli dehumidifier dan letakkan didalam kereta untuk memastikan kereta anda sentiasa kekal segar. 



8. Kunci kereta

Sila kunci kereta anda sebelum meninggalkan kereta anda. Letakkan kunci didalam rumah dan sila bawa pendua bersama anda. Manalah tahu, semasa anda berada dikampung kereta anda yang ditinggalkan juga berjalan pulang ke kampung tuan "Baru"-nya.


Kku et.al
P/s: Roadtax nak dekat dah. "-,-


http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

3 comments:

  1. Hey there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be okay.
    I'm definitely enjoying your blog and look forward to new updates.


    Here is my web site ... sex cam

    ReplyDelete
  2. Please let me know if you're looking for a writer for your blog.
    You have some really good posts and I think I would be a good asset.
    If you ever want to take some of the load off, I'd
    really like to write some content for your blog in exchange
    for a link back to mine. Please shoot me an e-mail if interested.

    Kudos!

    Look at my webpage :: amateur webcam girls

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...