Passionate readers

Friday, 17 January 2014

LOCAL: Deodorant kereta anda dan bauan kereta anda melambangkan anda

Pewangi kereta retro
Kereta, umpama rumah kedua anda, umpama kawasan peribadi dan ruang luahan perasaan anda. Pernahkah anda terfikir untuk meletakkan tilam bilik anda didalam kereta anda? Pernahkah anda terfikir untuk meletakkan rak didalam kereta anda supaya anda dapat menyusun semua barangan peribadi anda di suatu kawasan yang mudah untuk dicapai? Memang semua barangan didalam kereta anda dianggap penting walau sekecil klip kertas pun semua barangan didalam kereta anda adalah penting. Antara barangan popular yang terdapat didalam kereta ialah semua jenis kasut, dokumen-dokumen penting, resit, duit syiling, stokin, pakaian kerja anda, payung, pen, buku catatan dan kad-kad penting untuk perjalanan. Semua itu dianggap penting dan mereka lupa suatu perkara yang paling penting sekali.

Bau kereta. Kereta pada azalinya akan berbau hapak dengan penggunaan kerap. Manusia sentiasa mengeluarkan atau membuang sesuatu dari badan mereka. Semasa bercakap manusia mengeluarkan rembesan air liur yang banyak. Kulit mati manusia sentiasa tertanggal oleh kerana pembesaran dan penuaan. Peluh pula senantiasa dikeluarkan untuk melembapkan kulit agar tidak kering dan juga bertindak balas dengan suhu persekitaran. Semua ini akan meninggalkan kesan dan "waste" didalam kereta anda. Anda mungkin tidak nampak semua ini dan anda bersikap endah tidak endah oleh sebab sesuatu yang tidak kelihatan. Semua ini menyumbang kepada bau kereta anda. Percayakah anda jika bau kereta seseorang itu bersamaan dengan pemilik kereta. 

Saya ada kawan yang badannya memang agak berbau kuat, dan itu bukan apa apa lagi. Bila saja saya menaiki keretanya bau kereta itu bersamaan kuat dengan dirinya. Bau seseorang dengan orang lain tidak akan sama kerana darah dan kadar hormon kita berbeza. Iainya suatu yang subjektif dan menggunakan "chemistry" yang tinggi. Oleh itu, untuk mengenal seseorang silalah berkunjung ke dalam kereta mereka kerana dari dalam kereta anda seumpama memasuki hati seseorang itu. 

Wangian untuk kereta amat penting. Selain daripada memberi suasana selesa sesetengah wangian juga mampu memberi ketenangan kepada pemandu dan penumpang. Pilihlah wangian yang bersesuaian dengan anda dan juga penumpang anda. Biarlah diri anda berada dalam suasana tenang semasa didalam kereta dan iainya banyak membantu dalam pemanduan anda. Bayangkan anda berada dalam sebuah kerata yang busuk, hapak, dan penuh dengan sampah ditambah lagi anda didalam kesesakkan jalan raya di bawah matahari terit dan suasana bising. Bukankah itu suatu penyeksaan?


Sekurang-kurangnya keadaan didalam kereta anda kemas dan teratur serta berbau wangi menjadikan anda tenang semasa memandu tanpa gangguan yang remeh. Wangian kereta zaman sekarang didatangi dengan berbagai fungsi ada untuk perokok tegar, anti-bakteria, tahan lama dan boleh bertukar bau mengikut keadaan. Pilihlah bauan yang sesuai dan berfungsi untuk kereta anda. Ingat kereta anda melambangkan peribadi dan kelakuan anda jangan sampai bila kawan-kawan anda hendak menumpang mereka terpaksa membuat muka segan dan malu untuk menolak.

Ini wangian yang saya gunakan untuk kereta saya. Sesungguhnya wangian ini sudah berusia sebaya dengan saya malah mungkin ia lebih tua dari saya. Jenama dan bauan ini sudah lama berada di pasaran dan kelibat mereka sudah jarang kelihatan. Wangian ini sekarang tidak lagi mendapat tempat khas kerana permintaan untuknya mungkin sudah makin berkurangan berbanding dengan AmbiPur dan wangian kereta yang lain. Pure House dan Fresh Bottle adalah nama mereka di internet. 

Saya amat menyukai Fresh Bottle kerana baunya yang agak garang tetapi ada kelembutan didalamnya. Wangian Fresh Bottle akan lebih menyerlah jika kereta ditinggal di bawah panas terik dan baunya tidak menyengat dan merengsakan hidung ketika anda kembali ke kereta anda pada waktu panas itu. Pada saya Fresh Bottle adalah elegan, macho, prestij dan berkualiti. Wangian Fresh bottle masih lagi digunakan didalam kereta saya dan sehingga ke hari ini saya masih menyukai wangian tersebut. Saya dapati wangian ini dapat menghilangkan bau hapak kasut dengan sangat berkesan dan wangiannya tahan untuk beberapa ketika sehinggalah pengudaraan angin sejuk pendingin hawa memenuhi segenap ruang. Setiap kali saya membuka pintu kereta wangian tersebut akan sentiasa menyambut kehadiran saya dengan wangiannya yang sangat enak. Saya amat berpuas hati dan mengesyorkan anda semua mencuba wangian tersebut dan anda pasti berpuas hati.

Pure House untuk mereka yang mahukan kelembutan dan kemewahan.
Jikalau wangian Fresh bottle adalah khusus untuk lelaki Pure House pula sesuai digunakan untuk perempuan. Wangian ini sangat lembut dan dihujungnya ada sedikit keras dan manis. Baunya pula sesuai untuk kereta-kereta besar dan juga MPV. Senang cerita baunya agak melambangkan kekayaan dan kemewahan. saya juga menggunakan wangian ini untuk kereta isteri saya selari dengan jenama kereta kesayangannya itu. Setakat ini isteri saya tiada masalah dengan Pure House tapi dia sangat menginginkan wangian Fresh Bottle didalam keretanya supaya dia sentiasa mengingati saya. Begitulah kesan wangian terhadap hidup seseorang. Anda ada pengalaman sebigini? Jom kita kongsikan. 

KKu et.al

http://www.emailcashpro.com

http://thegoldensentinel.blogspot.com

2 comments:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...