Passionate readers

Wednesday 29 August 2012

Gangnam pulak dah!!??

Baru-baru ni Malaysia  digemparkan dengan video hari raya yang begitu epik sekali sehingga mendapat hit di youtube sehingga 410,178. Video yang dipost di youtube pada 24 Ogos 2012 itu mendapat 5443 likes dan 255 dislikes dalam masa 4 hari. Video yang diupload menerusi akaun MyCTV Channel itu mendapat sambutan hangat sekali berbanding video-video lain yang diupload menerusi channel yang sama. Video yang bertajuk Suasana Gangnam Raya itu boleh ditonton secara online di sini
  
Produksi video itu dilakukan oleh Anak Cucu Tok Haroon (ACTH) secara spontan yang dilakukan pada 30 Ramadhan dan 1 Syawal. Video itu memaparkan mash-up lagu Selamat Hari Raya oleh Anuar & Elina bersama-sama dengan Gangnam Style oleh PSY. Tujuan utama video tersebut dibuat hanyalah untuk suka-suka dan sekadar mengabadikan kenangan suasana kemeriahan hari raya di dalam bentuk digital dan berstylo. 

Kemeriahan persiapan hari raya keluarga tersebut turut mendapat perhatian harian Metro pada 28 Ogos 2012. Sila klik sini untuk membaca artikel tersebut 

Sempena dengan hari raya aidilfitri ini memang sudah menjadi perkara biasa untuk rakyat Malaysia merakamkan suasana persiapan hari raya dan kemeriahan suasana hari raya disamping kaum keluarga. Penulis tidak ralat dengan pemilihan lagu Selamat hari raya oleh Anuar dan Elina tetapi penulis agak tertanya-tanya apa itu Gangnam. Mari kita selengkor apa itu Gangnam.

Gangnam adalah nama untuk tempat di Korea yang membawa maksud " arah selatan sungai". Gangnam juga boleh disebut dengan Kangnam yang membawa maksud yang sama. Gangnam-gu pula merujuk kepada kawasan daerah pemerintahan kerajaan tempatan Korea. Gangnam-gu pula merupakan salah satu daripada 25 kawasan pemerintahan kerajaan Korea yang membentuk kotaraya berprestij Seoul, Korea Selatan. Gangnam-gu merupakan sebuah kawasan yang mempunyai kesan berpengaruh yang tinggi dan terpenting dalam mengerakkan nadi kotaraya Seoul dan terletak di bahagian tenggara kotaraya tersebut.  Kawasan Gangnam-gu di hubungkan dengan Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line dan Sin Bundang Line.

Korea Selatan, merah menunjukkan bandar Gangnam. 
22 bahagian Gongnam Gu.


Gangnam-gu pula memiliki 22 dong (kawasan kejiranan) dan memiliki pelbagai kawasan tarikan pelancong antaranya ialah Seolleung dan Jeongjung tombs, Kimchi Field Museum, Trade Tower, COEX Aquarium, dan Korea City Air Terminal. Gangnam-gu juga pernah tersiar di pawagam menerusi filem The Bourne Legacy, siri ke empat filem Bourne dan juga menerusi klip video PSY artis rap terkenal Korea.

PSY
  
PSY atau nama sebenar Park Jae-Sang (31 Dis 1977) merupakan seorang rapper terkenal di Korea Selatan yang popular menerusi klip video komedinya dan persembahan pentasnya. PSY banyak muncul dipelbagai rancangan televisyen di Korea dan menjadi kegilaan disana. Walaupun PSY dilahirkan di Korea namun dia mengakui tidak terlibat dalam genre K-Pop yang menguasai semua corong radio di Malaysia kini. Jika diperhalusi dan diamati lagu yang dihasilkan oleh PSY bertajuk "Gangnam style" itu tidak mengikut rentak K-Pop tetapi lebih mengingatkan penulis kepada Gym Class Hero - Party rock anthem. PSY berada dibawah label YG Entertainment dan gerak tari dalam video klip Gangnam style-nya mendapat liputan meluas keseluruh dunia. PSY begitu teruja dengan video klip Gangnam style tersebut seperti yang dinyatakakan dalam satu temubual

“When I realized that some top stars like have imagined or tweeted about me,I thought, ‘This is a joke. This isn't happening,’” he said. “I never expect things like this, not because they are top stars, but because this is the biggest market in the universe for pop music, right, so everybody’s dreaming about appearing in the U.S. So I’m still saying, ‘What going on here? This is beautiful.’” - PSY

Video klip Gangnam style PSY mendapat 68 juta hit di Youtube dan terus menerus menjadi kegilaan kepada semua peminat tarian dan berjuta-juta video reply dibuat untuk membuktikan masing-masing mampu melakukan tarian Gangnam style tersebut. 



Gangnam style pula merujuk kepada cara hidup mewah masyarakat di kawasan Gangnam-gu yang berpengaruh dan amat mementingkan trend. Video klip PSY pula betemakan seorang kekasih yang sempurna yang mengetahui bila dia menjadi seorang yang sangat baik dan bila dia perlu menjadi seorang yang sangat liar dan hot. "Oppa Gangnam style" pula boleh di alih bahasa menjadi " Saya amat menyukai cara Gangnam" atau " Saya adalah cara Gangnam". Gangnam menjadi begitu popular kerana gerak tarinya yang begitu kelakar dan meriangkan disamping irama yang catchy berserta dengan gerak tari PSY yang lain dari yang lain. Gerak tari PSY seperti sedang menunggang kuda dan muncul dibeberapa tempat yang tidak disangka-sangka seperti di kolam air panas dan kawasan yoga menjadikan tarian tersebut begitu kelakar. Gerak tarinya yang senang dan mudah diikuti menjadikan ramai peminat cuba melakukan parodi kepada video klip beliau.

PSY bekepala GUNDAM hasil video editting

Parodi yang paling diminati ialah "GUNDAM STYLE". Parodi Gundam style pula memaparkan gerak tarian yang sama dengan PSY cuma kesemua kepala penari di lengkapi dengan topeng robot-robot Gundam seperti RX-78, Zaku, Hyaku Shiki, dan lain-lain. Anda boleh menonton video Gangnam style Gundam style di sini.


KKU, 29082012

5 comments:

  1. Please let me know if you're looking for a article author for your site.
    You have some really great posts and I think I would be a good
    asset. If you ever want to take some of the load off,
    I'd really like to write some material for your blog in exchange
    for a link back to mine. Please shoot me an email if interested.

    Kudos!

    my blogat Funny Video

    ReplyDelete
  2. I was suggested this web site by my cousin. I'm not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my
    trouble. You are amazing! Thanks!

    Feel free to surf to my web blog

    ReplyDelete
  3. It is the best time to make some plans for the longer term and it's time to be happy.
    I've read this submit and if I could I wish to counsel you few
    attention-grabbing issues or suggestions. Maybe you can write next articles
    referring to this article. I want to read even more things approximately it!


    Here is my page

    ReplyDelete
  4. This was a lovely bloog post

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...