TGV Cinemas Bukit Indah and Snow white and The Huntsman and a little bit of U&I.
Post ni dah lame aku draft tapi tak publish pasal banyak bende nak buat. So, aku post skrng utk korang. Enjoy! Kristen Stewart, entah kenapa aku agak kurang mengemari lakonannya. Mungkin kerana air mukanya yang padaku sentiasa kelihatan "sakit". Sehinggakan semasa aku menonton Snow White and The Huntsman semasa adegan Ravenna di hutan salji meracuni Snow White mengingatkan aku kepada adegan Twilight semasa Bella cuba melawan kesakitan digigit vampire. Arghh..shoot angle yang sama, posisi pelakon yang sama, wajah kesakitan yang sama. Memang Kristen terkenal dengan lakonan kesakitannya yang penuh kesaktian. Kristen telah berjaya menyampaikan kesakitan yang dirasainya apabila aku menjadi sakit hati menghayati lakonannya. Bravo! Kembali kepada filem Snow White and The Huntsman mengisahkan tentang Snow white yang telah kematian ibunya. Bapanya pula menemui Ravenna yang berpura-pura menjadi tahanan kepada askar-askar gelap yang merupakan ciptaan Ravenna sendiri.Bapa Snow White t...