Passionate readers

Thursday 13 August 2015

CINE: ANT-MAN DAN DUNIA SUBATOMIK HONEY I SHRUNK THE KIDS.


Apabila semua Hero sudah memiliki film sendiri kini tiba punca kepada kesemua masalah. Masalah kecil yang boleh membawa kepada masalah besar. Inilah 

AntMan





Filem ini mengisahkan tentang Scott Lang seorang Jurutera hebat yang merompak syarikatnya sendiri dan kemudiannya membahagikan kesemua wang rompakan itu kepada orang yang sepatutnya mendapat wang tersebut. Scott mendapati bahawa ada berlaku penyelewengan wang di tempat syarikatnya berkerja jadi Scott cuba mencari keadilan dengan melakukan rompakan tersebut. Secara harafiahnya Scott memang memiliki kebolehan dalam merompak seperti boleh memanjat dinding dengan senangnya umpama kucing, dapat membuka pintu berkunci dan dapat memecahkan peti simpanan besi. Scott juga memiliki pengetahuan yang meluas tentang kunci pintu, jenis peti besi keselamatan dan juga sistem pengera rumah. 

Scott dipenjarakan selama 5 tahun diatas kesalahannya melakukan rompakan bermaruah tersebut dan dilepaskan setelah 3 tahun berada dalam penjara atas sebab berkelakuan baik. Scott cuba mencari pekerjaan selepas bebas daripada penjara namun disebabkan rekod penjarannya diketahui oleh majikan kesemua majikan enggan menggaji Scott. Scott akhirnya dapat menjadi pembantu jualan di Baskin Robbins selama 1 hari tidak lebih dan tidak kurang. Scott dibuang kerja apabila majikan Baskin Robbins tersebut akhirnya mengetahui bahawa Scott adalah bekas banduan. Baskin Robbins tahu.


Scott kemudiannya tidak mempunyai pekerjaan dan mengganggur. Sebelum ini, Scott pernah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan bernama  Cassie namun perkahwinan Scott tidak berkekalan lama apabila Scott dipenjarakan bertahun-tahun lamanya. Scott amat merindui anaknya dan menyimpan impian untuk menjaga anaknya yang comel itu namun untuk berbuat demikian Scott perlu memiliki perkerjaan tetap dan memiliki sumber kewangan yang kukuh. Scott buntu dan kembali melakukan jenayah atas tawaran rakan serumahnya yang memiliki maklumat tentang sebuah rumah yang memiliki sebuah peti besi simpanan yang besar. 



Scott berjaya memecah masuk rumah tersebut dan berjaya memecahkan peti besi simpanan tersebut dan hanya mendapati bahawa ada sehelai jaket motosikal sahaja didalam peti besi tersebut. Ini membuatkan Scott merasa pelik kenapa jaket tersebut disimpan didalam peti besi seumpama itu. Scott kemudiannya mencuba jaket tersebut dan menemui rahsia jaket tersebut. Disinilah bermulanya pengembaraan Scott sebagai Ant-Man.


Secara keseluruhan, Ant-Man adalah penuh dengan aksi komedi dan sangat penuh dengan pengembaraan. Pengembaraan digunakan untuk mengambarkan perjalanan yang jauh yang terpaksa ditempuh oleh Ant-Man yang telah mengecil seperti semut dan terpaksa melalui jarak sejauh 15cm. Lihat betapa kecilnya Ant-Man mengecil sehinggakan dia dapat menunggang semut dan juga Kelkatu. 


Menonton filem Ant-Man mengingatkan kembali penulis semasa menikmati filem Honey,I shrunk the kids pada tahun 90-an dahulu. Pada ketika itu penulis merasakan bahawa filem itu sangat hebat dan begitu menggaru minda apabila iainya mengetengahkan perihal dunia kecil umpama semut. Kita yang hidup di dunia ini mesti tertanya-tanya bagaimana agaknya dunia seekor semut dan bagaimana rasanya apabila seorang manusia mengecil seperti semut. Kesemua imaginasi ini dapat direalisasikan melalui filem Honey, I shrunk the kids dan sekarang idea ini semakin hebat melalui Ant-Man. 



Dunia kecil didalam Honey, I shrunk the kids banyak direalisasikan dengan prop namun dengan teknologi grafik sekarang dunia kecil dapat digarap dengan lebih terperinci dan mendalam ini dapat disaksikan melalui filem Ant-Man. Grafiknya cukup baik dan memuaskan. 

Dunia Sub-Atomik

Menonton Ant-Man memerlukan anda untuk memahami konsep infiniti dimana nombor tidak ada penghujungnya begitu juga dengan  saiz iainya tidak berpenghujung. Ant-Man mengecil mengikut had yang ditetapkan melalui alat pengehad di tali pinggangnya. Jika alat tersebut di ganggu skala pengecilan Ant-Man akan melangkaui jumlah yang ditetapkan dan mengecil sehingga tiada penghujungnya. Semasa bertarung dengan Yellowjacket Ant-Man telah melangkui had yang ditetapkan oleh sutnya dan dia memasuki alam subtomik yang dikenali sebagaui Alam Kuantum. Ant-man terus mengecil sehinggakan dia dapat melihat atom, subatom dan sehingga kuantum dan sehingga tiada apa lagi yang dapat dilihat. Dunia ini yang akan membuatkan penonton tertanya-tanya akan kewujudannya dan bagaimana seseorang boleh mengecil sehingga ke skala itu. Ini memerlukan pemahaman dan pengetahuan terhadap ilmu fizik akan kewujudan alam sebegitu. Bagaimana kita hendak membuktikan bahawa kosong itu ada dan kosong itu wujud. 

Bahagian Terbaik

Ant-Man begitu penuh dengan aksi dan jalan cerita. Ia penuh dengan komedi dan juga aksi. Ia begitu padat mungkin juga kerana apa yang kita lihat semua besar, baik sebuah keretapi sebenar ataupun keretapi mainan Thomas dan kawan-kawan. Pertarungan antara Ant-Man dan Yellowjacket merupakan kemuncak kepada filem ini. Bahagian inilah yang paling terbaik dan rancak sekali apabila Ant-Man terpaksa menghalang Yellowjacket daripada mencederakan anaknya dan mereka berkelahi di dalam bilik anak Ant-Man ataupun secara realitinya bergaduh diatas meja mainan anaknya. 



Kesimpulan

Filem ini memang patut ditonton oleh seisi keluarga kerana idea dunia sekecil semut akan membuatkan anda merasa sangat teruja dan sebagai peminat Marvel seperti Ironman, Avengers dan juga Captain America filem ini wajib tonton. Ada sedikit persamaan dan kaitan didalam filem ini yang membuatkan dunia Marvel itu lebih lengkap.

KKUet.al

p/s: what scale of toy they would like to publish of this hero?

No comments:

Post a Comment

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...