Passionate readers

Monday 14 May 2012

SPA EXAM RECAP

Selesai sudah melalui exam PTD pada 12052012 dengan "warna terbang". Memang diakui banyak soalan tak sempat nak jawab nak-nak soalan ilmu hisab. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba. Ramai juga yang datang hadir pada bahagian pertama peperiksaan tersebut namun ramai juga yang balik dan tak kembali pada akhir-akhir bahagian peperiksaan iaitu bahagian esei BI. 

Aku gelak lebih kurang 15minit mengenangkan gambar ini.Adui pecah perut gelak.
Entah kenapa mereka melepaskan peluang begitu sahaja sedangkan mereka sudah mendaki gunung yang sudah jelas mereka mampu mencapainya. Putus asa mungkin, berfikiran secara realiti mungkin ada bagus juga mereka berbuat demikian kerana kewujudan mereka disitu lama-lama mungkin akan menimbulkan kekecohan pada suatu masa. Aturan kehidupan sememangnya begitu setiap suatu benda ada tujuan dan objektifnya. Aku hanya mampu mengelengkan kepala dan memberi nasihat kepada sahabat-sahabatku jikalau ada sahabat-sahabatku yang berbuat demikian sekurang-kurangnya aku ada meninggalkan memori dan kesan terhadap cara pemikiran mereka. Mungkin sedang mereka minum atau sedang mereka termenung mereka ada teringatkan akan kata-kata aku yang kerdil ini.


Remembering the U heaven season.

Aku ada terbaca e-book menghadiri peperiksaan SPA ini. Tersedia juga tips-tips dan cara menguruskan masa didalam e-book tersebut tidak lupa juga contoh-contoh soalan sebagai pembayang kepada mereka yang tidak mengetahui langsung. Jujur iainya banyak membantu namun bantuan tersebut agak ringkas. Tapi cukuplah bagi aku yang malas nak membaca pelan-pelan, RMK, dan lain-lain inisiatif kerajaan. E-book tersebut tidak menyebut langsung tentang mana-mana fokus bacaan sebagai persediaan kerana soalan SPA katanya terlalu umum dan seimbang dalam semua bidang. Jadi, nasihat aku disini kepada bakal-bakal calon silalah membaca surat khabar dan mengikuti berita semasa terutamanya TV1 kerana disitu banyak input tentang kerajaan dan untuk lebih rancak lagi tonton sahaja buletin utama di TV3 yang banyak memaparkan pencapaian kerajaan dinegeri-negeri pembankang. Cuabalah memahami politik sebaik mungkin tak perlu terlalu taksub sehingga pecah kepala memikirkannya cukup sekadar kesedaran untuk ambil tahu. Ya, ambil tahu sudah cukup untuk semua menjawab soalan peperiksaan SPA umumnya.
Ting tong!??? X.X

Tapi kalau sahabat-sahabat blog ku berminat untuk cuba membaca e-book tersebut silalah PM ku pada bila-bila masa kerana aku tidak dapat meng-upload pada masa ini (14052012 10:33am).

Jangan lupa untuk subscribe atau tinggalkan komen.
Thanks
*^^*




1 comment:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...