Villa Nabila terus mendapat liputan sehinggalah penampakan Nabila sendiri di villa tersebut.
AMARAN
Gambar boleh menganggu minda dan akal
Penampakan Nabila |
Keramaian orang melawat Villa Nabila |
Begitu ramai orang melawat ke kawasan keras itu kelmarin. Semua berpusu-pusu untuk mengambil tahu perkembangan pencarian di villa tersebut. Seluruh rakyat Malaysia semalam dikejutkan dan disedarkan bahawa VIlla Nabila sudah difitnah dengan pembohongan bahawa seorang budak hilang di villa tersebut akibat disorok oleh makhluk halus. Sesungguhnya villa tersebut tidak pernah menyembunyikan pengunjungnya dan sangat mengalu-alukan pengunjung ke kawasan peranginan seram tersebut. Menurut TheStar, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai salah satu daripada lima tempat paling berhantu di Malaysia disebabkan oleh lokasi Villa Nabila yang berdekatan. Expedia ialah portal perlancongan ternama di Amerika Syarikat, sudah tiba masanya Villa Nabila digazetkan sebagai peninggalan sejarah oleh kerajaan Johor dan penyelidikan menyeluruh terhadap villa tersebut adalah suatu kemestian.
Gambar Izzat dan kekasihnya melaporkan diri? |
Sebagai pengakhiran misteri orang hilang ini, Izzat yang hilang sudah ditemui melepak di rumah kawannya di Taman Mutiara. Menurut sumber lain, beliau dikatakan pergi membeli belah dan terus ke rumah kawannya itu. Izzat juga dikatakan tidak pernah hilang dan berada di rumah kawannya sepanjang kehilangannya dan leka bermain PS3 sepanjang hari sehingga tidak mengetahui perkembangan dunia luar. Menurut laporan Polis, Izzat ditemui bersama dengan teman wanitanya yang sebaya dengannya. Teman wanita Izzat dan Izzat sendiri sudah melaporkan diri di Balai Polis berdekatan dan keterangan daripada mereka sudah diambil.
Kehilangan Izzat begitu memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga rakyat Johor. Namun disebalik setiap tenaga, masa dan wang ringgit mesti ada sesuatu untuk dipersalahkan. Izzat yang bersalah kerana tidak memberitahu ibunya dimana dia berada dan apa aktivitinya. PS3 tidak pernah bersalah.
Jadi sebagai budak bawah umur, silalah mengetahui tanggungjawab anda sebagai anak yang baik beritahulah dimana anda berada dan apa aktiviti anda kepada kedua ibubapa anda. Jangan biarkan ibubapa anda risau nanti 1 Malaysia panik!
KKu et.al
p/s: mendifficultkan rakyat Malaysia betul!
buat susah orang...
ReplyDeletelepas ni kalau apa2 berlaku orang dah tak nak percaya lagi dah...
ReplyDeleteSememangnya begitu la kisahnya..ibarat kisah si pengembala kambing dengan musang..satu dua kali ku layan banyak kali usah dilayan..
ReplyDeletemacam kak mah je.. hehe
ReplyDeletekak mah mane tu? mak jemah kenal la..kui3..
Deletekyrie 5 shoes
ReplyDeleteyeezy 350
jordan 4
off white x jordan 1
lebron shoes
michael jordan shoes
kenzo clothing
yeezy supply
curry 6
golden goose outlet
yeezy
ReplyDeletebape clothing
yeezy boost 350 v2
golden goose sneakers
jordan travis scott
hermes bags
cheap jordan shoes
off white
golden goose
bape hoodie