Passionate readers

Tuesday, 12 November 2013

LOCAL: SATAY JUMBO SAIZ DAN ABC KING SATAY HUT TANJUNG KARANG

Penarik perhatian anda.
Satay Hut Tanjung Karang

Restoran Satay Hut Tanjung Karang memang popular dikalangan warganegeri Selangor. Menu istimewa kedai ini ialah satay ayamnya (RM 0.70) yang diperam enak dan saiz satay Jumbo-nya (RM 1.30). Satay hut diperam dengan rempah satay yang kaya dengan rasa daging ayam dan rempah peram yang digunakan. Setiap gigitan sataynya penuh dengan rasa rempah dan ayam yang lemak.

Satay hut 10 batang satay ayam saiz biasa.
Rasa tersebut akan terus kekal didalam mulut anda selama beberapa minit. Sataynya pada mulanya terasa bakaran satay itu namun iainya tidak terlalu pahit, kemudian rasa rempah satay mula menyusul bermula dari pedas,masin dan manis lemak ayam dibakar. Memang enak. Jelas terasa kemahiran dan kepandaian masakan menu tersebut dalam bentuk rona rasa yang intim. Daging ayam satay tersebut dibakar pada masa yang tepat dimana tiada langsung rasa pahit kesan bakaran seperti satay yang biasa kita beli. Daging ayam sataynya juga tidak terlalu keras dan keseluruhan satay itu ialah daging ayam bukannya lemak ayam iaitu kulit ayam terutamanya di bahagian leher dan pahanya. 

Satay JUMBO
Satay Hut juga merupakan syurga kepada pengemar satay apabila satay hut menawarkan satay ayam bersaiz jumbo. Saiz jumbo ialah dua kali saiz satay yang biasa kita makan. Menariknya, walaupun saiznya dua kali harganya tetap murah 10 sen. Satay jumbo berharga RM 1.30 sebatang dan iainya memang berbaloi untuk dinikmati namun harus diingatkan supaya anda tidak memesan satay jumbo mengikut sukatan satay saiz biasa kerana saya percaya anda akan merasa kenyang sebelum satay jumbo yang ke enam.

Apalah satay tanpa kuah kacangnya bukan? Kuah kacang Satay Hut sangat sedap apabila kuah kacangnya begitu enak dimakan bersama nasi impit dan timun bersama satay. Rasa kuah kacangnya begitu berlemak dan tidak terlalu cair membuatkan kuah kacang itu senang untuk melekat diatas satay anda. Kuah kacangnya juga terasa begitu secocok dengan satay ayam yang anda nikmati dimana rasa kuah kacang itu tidak menengelamkan rasa satay ayam anda. Seolah-olah keduanya begitu serasi berdansa diatas reseptor rasa lidah anda.

Ketupat Satay Hut yang lembut
Nasi impit restoran Satay Hut diperbuat menggunakan nasi impit bungkusan plastik dimana bagi saya tidak sesuai untuk dinikmati bersama satay-nya yang sedap. Iainya seolah-olah anda menjatuhkan rating restoran anda sendiri namun Satay Hut menyedari perihal itu awal-awal lagi. Pilihan ketupat pada harga Rm 1.00 ialah pilihan yang paling bijak untuk anda buat di restoran ini berserta satay ayam anda. Ketupat buatan satay hut begitu lembut dan dipenuhi dengan rasa daun kelapa muda yang membaluti ketupat tersebut. Apabila pesanan satay anda sampai ketupat tersebut sudah tersedia terbelah untuk anda nikmati. Dengan kelembutan ketupat berserta rasa semulajadinya menjadikan ketupat tersebut seolah rakan baik yang mesra kepada satay dan kuah kacang itu. Menikmatinya begitu aman dan semuanya seolah sudah dirancangkan dan difikirkan dengan masak-masak. Sempurna!

ABC King terbaik!
Minuman untuk anda disini ialah ABC King (RM 3.00). Bentuknya begitu memukau dan merisaukan. Merisaukan kerana bentuknya seolah menyusahkan waktu makan anda dan memerlukan perhatian anda setiap masa. Begitu banyak ais digunakan untuk menghasilkan ABC King ini. Apabila sahaja ABC King sampai dimeja anda, anda terus terpukau dan memikirkan bagaimana caranya untuk anda menikmati ABC tersebut. Berhati-hati semasa menikmati ABC ini kerana ais yang digunakan memang sejuk dan kemungkinan untuk brain freeze adalah sangat tinggi. Saya nasihatkan supaya anda memesan ABC diakhir pesanan kerana rasa ABC yang sangat manis dan sejuk akan menggangu deria rasa anda untuk menikmati satay ayam-nya.

King sebab ABC tu dihias cam mahkota diraja.
Restoran Satay Hut merupakan sebuah restoran keluarga terbaik apabila hampir keseluruhan meja dikedai tersebut menggunakan meja makan untuk 10 orang. Jadi apabila mahu makan di Satay Hut bawa ahli keluarga anda seramai mungkin kerana keselesaan anda pasti terjamin. Restoran Satay Hut juga menyediakan surau untuk anda menunaikan solat dan juga tandas yang bersih. Jadi anda tidaklah risau akan waktu solat anda apabila pesanan anda sampai agak lambat. Kedudukannya kedainya di tepi jalan raya besar menjadikan Satay Hut sesuai dijadikan RnR anda sebelum meneruskan perjalanan jauh anda.

Suasana Restoran Satay Hut 
Satu perkara yang menganggu saya ialah kawasan parkir restoran ini. Parkirnya memang terhad dan kawasan parkir tidak ditandakan dengan garisan menjadikan pengunjung akan meninggalkan kereta mereka mengikut kehendak meraka. Tindakan ini akan merugikan ruang dan menyukarkan untuk pengunjung keluar dan masuk.

Satay Hut ruang parkir.
Restoran Satay Hut memang menawarkan pengalaman yang sangat berharga kepada pengunjungnya jadi tidak rugilah anda untuk mengunjung restoran ini dan mengalami pengalaman yang seperti saya alami. Jom satay!!

Gmaps
Satay Hut Jalan Besar 
Taman Mahsuri Indah
45500 
Tanjong Karang,
Selangor‎
Review saya di Google.com
" Best sate seller along the way to Selangor. Delicious and the kuah kacang is the best i ever taste. Dont forget to taste the ketupat instead of nasi impit. The ambience is really great. Good for big numbers of family. Different order from take away and dine in make the sate server fast for you. Also, had mosque for customer convenience. "

Iklan dibahu jalan
KKu et.al
p/s: Ada kolam ikan keli yang besar gile untuk tontonan umum! 


1 comment:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...