Passionate readers

Monday, 4 November 2013

LOCAL: Teknik memegang stering yang betul dan apakata Vin Desel

Which one are you!? 

Nov 1,

Aku turun ke Lumut untuk bertemu isteriku. Sepanjang perjalanan aku menaiki bas single seat aku menikmati keindahan kotaraya Johor Bahru di malam hari.Limpahan lampu neon, eh, itu dulu. Limpahan lampu LED membasahi jalanraya menyinari malam sehingga tersorok bintang di langit. 



Aku melihat ke ruangan jalanraya. Bermacam jenis kereta dan tabiat permanduan aku perhatikan. Baik kereta lama sehingga ke kereta mewah yang aku sendiri tidak tahu apa namanya aku saksikan pada malam itu.

Aku perhatikan sebuah Mitsubishi Galant Lancer dengan dua aerial terpacak tegak di bonet belakang. Aku kagum dengan kereta tersebut. Walaupun berkarat but rusty rules bro.

Aku perhatikan lagi gelagat pengguna jalanraya. Kali ni aku fokuskan kepada pemandu. Pada waktu malam mana aku nampak muka pemandu. Apa yang aku mampu lihat ialah tangan pemandu memegang stering masing-masing mengemudi kereta membelah arus lalu lintas. Pelbagai jenis teknik memegang stering dapat aku lihat namun dalam pemerhatian singkat aku itu aku nampak kebanyakkan pemandu memegang stering mereka dengan menggunakan tangan kanan pada jam 12.

Aku akan merujuk teknik memegang stering menggunakan kedudukan jam seperti dalam gambar diatas.
Aku sendiri menggunakan teknik memegang stering jenis sebegitu. Aku akui iainya amat selesa memegang stering sebegitu. Namun, tahukah anda teknik sebegitu membahayakan nyawa anda dan juga nyawa orang lain. 

Nampak tak? Nampak tak? Jam 12 tu!!
Rata-rata pengeluar kereta hari ini mengeluarkan kereta mereka dengan dilengkapi Airbag didalam stering mereka untuk tujuan keselamatan pemandu. Jika berlaku kemalangan, airbag akan terbuka pada kelajuan 300km/h. Pada kelajuan 300km/h batu sekecil 0.2mm blh menjadi sebutir peluru yang boleh membunuh. Sekarang bayangkan semasa tangan anda pada kedudukan jam 12 dan airbag terbuka dibawah tangan anda. Tangan anda yang memegang stering akan terbang pada kelajuan 300km/h kearah muka anda. Anda akan koma dalam masa kurang dari 1saat. Peluang anda untuk selamat sudah tiada gara-gara anda dilempang tangan anda sendiri.

Apa masalah dengan pegang stering jam 12? Aku ada pakai deodorant stick Dashing Speed ok!!
Memegang stering pada jam 12 memang memiliki nilai stylo dan trendy yang tersendiri. Kalau anda sudah menonton cerita The Fast And The Furious anda akan perasan rata-rata pemandu didalam filem itu memegang stering pada jam 12. Style ini sudah menjadi trademark kepada street racer, samseng, mafia, yakuza dan seangkatan dengannya. Teknik jam 12 juga menunjukkan bahawa anda seorang kanak-kanak riang dan juga seorang yang ceria apabila teknik jam 12 mengingatkan anda terbang lagak Superman dan Thor.

Yeahh, aku terbang seperti Superman! Eh, aku bukan Superman. S itu bermaksud Hope jadi aku adalah Hopeman!
Arrr Arrr arrrrr..Aku hensem dan bersuara garau!
Bila pemandu memegang stering seperti ini sila berbual dengan beliau untuk mengelakkan beliau tertidur semasa memandu.
Selain daripada itu, teknik santai memegang stering ialah jam 5,6 dan 7. Teknik ini amat digemari oleh pemandu di lebuhraya. Teknik santai ini memang dapat menjimatkan tenaga dan mengajak anda untuk menghayati radio dan koleksi lagu dalam mp3 anda. Teknik ini juga mesra Polis dan JPJ kerana tiada unsur kelajuan dalam teknik ini. Mereka seakan tahu bahawa anda memang memandu mematuhi hadlaju berbanding dengan pemandu jam 12. Aku perhatikan teknik ini juga popular pada waktu balik kerja. Mungkin akibat malas dan penat bekerja semua pemandu yang pulang kerumah akan mengaplikasikan teknik memegang stering ini. Aku juga perasan pada hari Khamis semua pemandu akan memandu kereta mereka dengan teknik memegang stering jam 3 dan 9. Teknik ini diberi nama teknik F1.

Pada hari Khamis, malam hari Khamis ialah malam Jumaat. Rata-rata pemandu juga akan berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta dan ke kedai di stesen minyak. Mereka semua akan membeli air Redbull, AliCafe Tongkat Ali, Orang Kampung Tongkat Ali, dan juga ExtraJoss. Hari Khamis malam memang semua pemandu akan mula memandu laju dan teknik F1 memang amat diminati. Jadi, kita sebagai pemandu berhemah harus bertolak ansur kepada mereka yang memandu teknik F1 pada malam jumaat. Sila ambil perhatian ya.

Teknik membetulkan siku atau pergelangan tangan yang terseliuh. Sila pastikan ada cikgu sekolah memandu disebelah anda.
Teknik paut stering. Teknik ini amat diminati apabila ketika membuat pusingan U atau ketika membelok selekoh tajam. Teknik paut ini amat berbahaya dan boleh memyebabkan anda terseliuh tangan. Harus diingatkan ia juga meningkatkan kecederaan kepada 50% ketika airbag terbuka dan kemungkinan mulut anda memakan penumbuk sendiri adalah tinggi. Pemandu harus berhati-hati ketika memaut stering pada setiap masa dan sila elakkan dari menggunakan teknik ini.

Pada pendapat aku, teknik memegang stering yang paling selamat ialah teknik F1. Teknik ini menjamin ruangan yang cukup antara tangan kir dan kanan anda untuk airbag terbuka apabila berlaku kemalagan. Airbag yang terbuka dengan selamat dapat meningkatkan peratusan keselamatan anda. Semasa membelok sila gunakan dua tangan dan menggunakan teknik tolak dan tarik stering seperti ketika kita mengambil lesen dahulu. Teknik ini diguna pakai oleh setiap pemandu kereta lumba baik F1, Ralli dan juga JGTC. Biar orang label kita skema sekurang-kurangnya skema kita menyelamatkan diri kita dan juga orang lain.

Perjalanan aku ke Lumut kemudiannya dibuai mimpi setelah puas aku menaip artikel ini. 
Selamat Malam semua.
Selamat Hari Deepavali.

KKu et.al
p/s: mengamalkan teknik F1 untuk melatih diri masuk ke litar lumba suatu hari nanti.
p/ss: artikel ini ditaip dua kali oleh kerana apps Blogger dalam HP aku tidak berfungsi dengan sebetulnya. pfffttt. 

2 comments:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...