Passionate readers

Monday, 18 November 2013

LOCAL: Villa Nabila 2013, 23 orang budak hilang masih tidak dijumpai.

Villa Nabila

Hari ini hot cerita tentang villa tinggal ini. Kisah 23 orang budak hilang didalam villa tersebut. Misi pencarian dilancarkan pada pukul 2.30 pagi ke villa tersebut oleh pihak polis dan bomba. Pencarian mereka tidak menemui apa-apa namun yang menghairankan ialah suara mereka meminta tolong jelas kedengaran. Seolah-olah mereka berada didalam villa tersebut dan berdekatan dengan para penyelamat. 



Tweeter
Itu intro yang hebat aku terima pagi tadi. Suara dapat didengar tapi orangnya tidak diketahui dimana. Macam mana itu boleh berlaku? 

Koleksi Villa Nabila
Umum rakyat Johor Darul Takzim mengetahui bahawa Villa Nabila itu merupakan tempat yang "keras". Villa Nabila ialah tempat yang berhantu dan berpenunggu, berpenghuni namun penghuninya tidak nampak oleh mata kasar. Umum rakyat Johor juga mengetahui bahawa Villa Nabila itu merupakan tempat yang harus dikunjungi untuk membuktikan seseorang itu berani. Kalau anda sudah menjejakkan kaki di Villa Nabila rating keberanian anda akan melonjak naik dimata rakan-rakan dan sahabat handai anda. Tidak hairanlah kenapa Villa Nabila terus menerima pengunjung saban hari walau sekeras mana tempat itu. 

Rata-rata rakan aku di Johor ini mendakwa pernah menjejakkan kaki di Villa Nabila. Ada yang masuk separuh jalan kemudian terasa bulu meremang terus balik, ada pula yang masuk tak ada apa-apa berlaku. Ada juga yang pergi kesana dan menemui banyak kondom dan juga picagari mat pet melepaskan gian. Ada juga yang kesana membuang saka. Ada juga yang kesana dah masuk kena halau dek mat gian pula. Dalam banyak-banyak cerita ini satu sahaja persamaannya Villa Nabila merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi. 

18 Nov 2013, Villa Nabila dikomersialkan di dunia internet dengan meluasnya. Dari twitter sehingga ke blogspot malahan ke rangakain media semasa cerita Villa Nabila menjadi topik perbualan hangat. 23 budak basikal (fixie mungkin) hilang di Villa Nabila. Siapa tak heboh siapa tak nak menyibuk. Topik untuk blogspot pun mesti meletup. Semua belumba nak jadi wartawan freelance. Shot sana shot sini share sana share sini. Meriah!


Laluan trafik di pintu masuk villa tersebut juga menjadi sesak sejak dari awal pagi 18 Nov lagi. Untuk pengetahuan, pintu masuk Villa Nabila terletak pada jalan raya di Danga Bay. Berpusu-pusu rakyat Johor pergi ke Vila Nabila untuk menyaksikan sendiri peristiwa kehilangan budak basikal tersebut. Danga Bay merupakan tempat perlancongan yang paling pesat dibangunkan oleh kerajaan negeri Johor. Setiap kali hujung minggu Danga Bay pasti meriah dengan kunjungan pelancong dan rakyat tempatan. Pada hari biasa jalan raya Danga Bay menjadi nadi pengerak kepada bandaraya Johor Bahru namun 18 Nov, jalan raya Danga Bay menjadi sesak sepanjang hari dek cerita seram kegemaran masyarakat Malaysia. 


Keramaian itu disebabkan oleh suatu faktor. Semua rakyat Johor mahu berkunjung ke Villa Nabila dan menyaksikan sendiri keseraman villa tersebut. Sesungguhnya, kawasan Villa Nabila ialah kawasan yang jarang dikunjungi dan merupakan kawasan gelap dan tidak selamat untuk dikungjungi. Hanya mereka yang berani dan berhati kering sanggup untuk mengunjungi tempat tersebut. Tapi, rakyat Malaysia memang meminati sesuatu yang mencabar. Maka, dikesempatan peristiwa ini yang merupakan suatu tiket dan peluang untuk mereka berkunjung ke villa tersebut. 


Iainya merupakan peluang keemasan apabila pihak berkuasa tempatan juga turut berada di villa tersebut menjadikan pengunjung berasa selamat dari ancaman "keras" itu. Jelas dan nyata bahawa mereka yang merupakan rakyat biasa tidak mampu untuk melakukan apa-apa apabila berhadapan dengan sesuatu yang halus namun perasaan ingin tahu dan perasaan melakukan sesuatu yang mencabar mengatasi segalanya. Mereka ingin menyaksikan sendiri keseraman dan misteri villa itu dengan mata kepala sendiri. 

Maka, idea menjadikan Villa Nabila sebagai tempat pelancongan bukan lagi sesuatu yang karut dan tidak masuk akal. Sudah tiba masanya untuk Villa Nabila diwartakan menjadi kasawan bersejarah dan berperistiwa. Rakyat Malaysia sudah berani kerana mereka sudah dilalikan dengan banyak filem dan cerita hantu jadi rakyat Malaysia tanpa sedar sudah bersedia untuk melihat hantu yang sebenar dengan mata kepala sendiri. Iainya tidak mampu dilakukan sendirian tetapi secara beramai-ramai dengan konsep bergotong-royong dengan jumlah minima 30 orang.

Jadi dimasa akan datang bukan Danga Bay sahaja akan menjadi tarikan pengunjung, Villa Nabila juga mampu berbuat demikian. 

Sebagai kesimpulan, mari kita berdoa, bersedekah Yasin dan doa semoga mereka yang hilang dapat ditemukan. Insyallah. 

Sekian.


KKu et.al
p/s: Rumah hantu pun sudah merudum jumlah pengunjungnya, semuanya disebabkan ini. 

3 comments:

  1. trending betul cerita pasa villa nabila ni hari ni yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tv3 bru kuar story ni..meletup di jb..huhu

      Delete
    2. Tv3 bru kuar story ni..meletup di jb..huhu

      Delete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...