Passionate readers

Tuesday, 26 November 2013

LOCAL: Billy Talent dan rock sekarang yang tak rock sangat


Billy Talent III, aku ada tshirt logo ni.
Aku dari belajar dulu memang layan lagu rock Billy Talent ni. Lagu die memang best habis, satu satu layan dalam kereta Flx aku dengan speaker standard tu setting Bass 7, Treble 6, tingkap tutup, aircond sejuk medium semua tala kat aku, volume semestinya 17. Devil in mignight mass, bass lagu ni power. Memang gegar kereta lah lagu ni.

Wednesday, 20 November 2013

LOCAL: Villa Nabila port Izzat layan PS3, bunyi game PS3 kedengaran tapi Izzat dan PS3 tidak kelihatan




Villa Nabila terus mendapat liputan sehinggalah penampakan Nabila sendiri di villa tersebut. 

AMARAN
Gambar boleh menganggu minda dan akal


Monday, 18 November 2013

LOCAL: Villa Nabila 2013, 23 orang budak hilang masih tidak dijumpai.

Villa Nabila

Hari ini hot cerita tentang villa tinggal ini. Kisah 23 orang budak hilang didalam villa tersebut. Misi pencarian dilancarkan pada pukul 2.30 pagi ke villa tersebut oleh pihak polis dan bomba. Pencarian mereka tidak menemui apa-apa namun yang menghairankan ialah suara mereka meminta tolong jelas kedengaran. Seolah-olah mereka berada didalam villa tersebut dan berdekatan dengan para penyelamat. 

Thursday, 14 November 2013

AUTO: HOT IMPORT NIGHT 2013 DANGA CITY MALL JB Autoshow





Hot Import Night Danga City Mall Part 1

10th Nov 2013, went to Danga City Mall with my wife to the Hot Import Night autoshow event. The event was held inside the Expo hall of Danga City Mall. This expo site is well known for its various big event held here. DCM always held big event such as this and occasionally big brand like Levi's, Quiksilver, Renoma held their warehouse sale here.

Tuesday, 12 November 2013

LOCAL: SATAY JUMBO SAIZ DAN ABC KING SATAY HUT TANJUNG KARANG

Penarik perhatian anda.
Satay Hut Tanjung Karang

Restoran Satay Hut Tanjung Karang memang popular dikalangan warganegeri Selangor. Menu istimewa kedai ini ialah satay ayamnya (RM 0.70) yang diperam enak dan saiz satay Jumbo-nya (RM 1.30). Satay hut diperam dengan rempah satay yang kaya dengan rasa daging ayam dan rempah peram yang digunakan. Setiap gigitan sataynya penuh dengan rasa rempah dan ayam yang lemak.

Thursday, 7 November 2013

LOCAL: How Google map their GMap? Bagaimana Google mapping peta GMaps. Memperkenalkan...

Google street view mapping cars.
Tampoi, petang semalam kami terserempak dengan kereta google maps mapping berjenama Chevrolet. Kereta tersebut kelihatan sedang menuju ke arah Kempas dari persimpangan Kampung Melayu. 

Tuesday, 5 November 2013

TECHNO: Oculus Rift mengubah dunia permainan video 2014


Infografik negatif
Virtual Reality (VR), adalah alam maya yang dijanakan oleh komputer dengan gambaran seakan-akan anda berada di alam maya tersebut. Setiap pergerakan anda didunia realiti akan diterjemahkan oleh komputer ke dalam alam maya tersebut. VR menggunakan paparan skrin untuk mengambarkan suasana dan persekitaran di alam maya tersebut. Teknologi terkini membolehkan pengguna berinteraksi melalui gerakan yang lebih terperinci dan juga disertakan dengan bunyi. 

LOCAL: Makna misteri dalam kata-kata harian, apa itu bob dan daboom.

Selalu kita panggil orang yang berbadan besar yang kita tak tahu nama sebagai Bob. Aku tak tahu la korang tapi dikalangan rakan-rakan aku memang Bob tu dah jadi sebagai term yang kami akan faham. Tiba-tiba aku terfikir kenapa kita panggil orang sebegitu sebagai Bob. Bila dimain dengan akronim mungkin maknanya seperti berikut.

Bob = Bag of Blood

Masuk akal jugak kan?

Yela, orang berbadan besar mempunyai jisim badan yang besar dam seumpama sebuah bank darah yang berjalan. Oleh sebab itu, panggilan bag of blood menjadi boleh diterima akal.

Satu lagi term kami terus faham ialah Da' Bom. Da' Bom ini biasa digunakan untuk merujuk seorang perempuan yang boleh tahan kejadiannya. Bila diterjemah maka menjadi..

Da' Bom = Da' Bag Of Meat

Meat apa korang faham sendiri la ye.

Macam lagu Ruffedge dulu

 " kau memang tertarik, menarik, kau memang de' bom! "

So, bila orang sebut bob or korang sebagai da' bom silalah memberi respon yang korang rasakan perlu. Sebab hari ini korang dah tau apa maksud disebalik term-term tu.

KKu et.al
P/s: aku sendiri pun dah nak termasuk dalam Bob tu.

Monday, 4 November 2013

LOCAL: DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN


DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

LOCAL: Teknik memegang stering yang betul dan apakata Vin Desel

Which one are you!? 

Nov 1,

Aku turun ke Lumut untuk bertemu isteriku. Sepanjang perjalanan aku menaiki bas single seat aku menikmati keindahan kotaraya Johor Bahru di malam hari.Limpahan lampu neon, eh, itu dulu. Limpahan lampu LED membasahi jalanraya menyinari malam sehingga tersorok bintang di langit. 

Friday, 1 November 2013

LOCAL: November nowadays


NOVEMBER IS HERE

Salam semua, hari ini dah masuk bulan NOVEMBER tahun 2013. Cepat sungguh masa berlalu dan sepanjang masa itu jugak aku tidak menaip disini. Sesungguhnya hampir sepi blog ini. Aku minta maaf kepada anda semua sebab aku sedikit sibuk dengan mengurus hidup dan kerja. 

Aku juga baru-baru ini sudah sedikit serius dengan hobi scalemodel aku jadi perhatian aku akan agak terbatas. Walaubagaimanapun, anda semua masih lagi dapat menikmati buiah fikiran TheSentinel kerana aku bersemangat untuk berblog sekarang.

Sepanjang ketiadaan post didalam TheSentinel ini sudah banyak berlaku didalam scene true media blog ini, baik dari viral awek legoland macam cantik, isu bajet, isu jenayah tikam dan tembak sehinggalah kepada masalah 8share baru-baru ini. Aku pula sibuk dengan kerja dan hobi namun bulan Nov ini mungkin menjanjikan sedikit kelapangan dan aku akan cuba berblog barang satu dua. 

Anda boleh checkout blog scalemodel aku DISINI. Silalah komen kalau sudi.

OK kawan-kawan. Jom hadapi bulan November dengan cemerlang dan tenang. 

Keep Calm and think what does the fox say when he is in the November rain!?

KKu et.al

p/s: dapat referral utk 8share sorg..slow btol la marketing ak ni.

#november

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...