Passionate readers

Tuesday, 14 June 2016

AUTO: KERENAH SAGA FLX


Sudah beberapa bulan saya tidak menerbitkan apa-apa posting kat laman blog kecil saya ini. Sesungguhnya berkeluarga dan memiliki kerjaya yang menuntut membuatkan saya agak kesuntukan masa menulis disini. Namun, saya cuba mencuri seberapa saat yang boleh untuk memastikan blog kecil ini terus hidup dan berkhidmat kepada masyarakat marhaen. 

Sesungguhnya, saya yang memiliki Proton Saga FLX dan juga mereka yang memiliki kenderaan hebat yang sama akan sentiasa tercari-cari jalan penyelesaian untuk setiap permasalahan yang timbul dari kenderaan kesayangan kita itu. Realitinya, tidak banyak sumber bacaan yang boleh dijadikan sebagai sumber kukuh penyelesaian di atas masalah yang timbul. Jikalau Tuan-tuan dan Puan-puan rajin menyelongkar setiap ceruk dan segenap juga sebundar maklumat yang terdapat didalam Internet Tuan-tuan dan Puan-puan akan menemukan beberapa simpton yang sama setiap masa. Rata-rata simpton yang ditemukan tidak dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Salah satu daripada simptom terkenal yang biasa anda temukan ialah keadaan dimana kenderaan Saga FLX akan semput-semput ketika menaiki RPM.

 Semput-semput ini berlaku apabila kereta dihidupkan diawal pagi, ketika kereta hendak berjalan dari keadaan pegun, malahan ketika kereta sedang berada dalam keadaan pegun seperti di kawasan lampu isyarat juga simpton ini terkadang datang menghantui. Tindakan awal untuk menghalang semput ini dari terus menganggu perjalanan anda ialah dengan menutup penghawa dingin untuk sementara. Sesungguhnya, saya menggunakan Saga FLX sudah hampir 4 tahun dan saya mendapati bahawa kereta ini akan menghadapi sedikit kenaikan RPM untuk memastikan penghawa dingin berfungsi menyebabkan penggunaan minyak sedikit meningkat. RPM enjin juga akan sedikit meningkat apabila penghawa dingin beroperasi, ini akan menyebabkan masalah semput lebih ketara terasa. Di percayai bahawa masalah semput yang terasa itu didatangi daripada kotak tranmisi canggih CVT. 



Rata-rata berpendapat dengan asimilasi kotak tranmisi CVT dengan enjin CamPro merupakan pasangan yang tidak begitu sesuai. Ramai orang mengatakan bahawa CamPro tidak mempunyai banyak masalah tetapi CVT -lah penyumbang terbesar kepada kes-kes ketidakcekapan produk Proton semejak CVT diperkenalkan didalam barisan produk Proton. Walaupun begitu, Proton tetap optimis dengan kelebihan kotak tranmisi CVT yang memberikan pemanduan lembut dan juga boleh menjimatkan minyak. Cogan kata yang Proton gunakan untuk kotak transmisi CVT ialah, ianya menggunakan 15% kurang alat ganti berbanding kotak transmisi auto konvensional sering dicanang untuk  menarik minat pembeli. 

Ya, ia sangat berkesan kerana saya telah membeli Saga FLX CVT. CVT memang memberikan pemanduan yang selesa dan menjimatkan minyak. Penjimatan minyak yang diwar-warkan memang benar, tetapi perbandingan yang dilakukan terasa seperti berat sebelah. Jika diambil perbandingan dengan kesemua barisan model kereta Proton boleh dikatakan Saga FLX menjimatkan minyak pada masa keluarannya kerana pada masa itu hanya model Saga FLX yang menggunakan CVT dimana tujuan utama pemilihan CVT ialah penjimatan minyak. Pada pandangan seorang pembeli penjimatan minyak seharusnya dibandingkan dengan kereta keluaran lain dimana Perodua dengan Viva dan Toyota dengan Vios. Terbukti kedua-dua model ini lebih menjimatkan minyak berbanding Saga FLX. 

Apa yang saya nampak pada Vios saya
Saya juga memiliki Vios keluaran 2004, disebalik tahun keluarannya enjin 1NZ-FE masih lagi menjimatkan minyak berbanding dengan Saga FLX pada hari ini. Ya, saya akui Saga FLX sudah dikalahkan oleh Toyota Vios 7 tahun sebelum Saga FLX diperkenalkan. Tetapi saya tidak menyesal, kerana dari aspek pemanduan Saga FLX masih lagi dihati saya. Pemanduan Saga FLX sangat cekap dan lancar, sistem suspensi dan talaan daripada Lotus memang memberikan impak yang sangat besar kepada identini pemanduan Saga FLX. Pemanduan Saga FLX terasa lebih berkeyakinan, tegap dan cekap pada setiap keadaan cuaca. Itu pun, jika anda masih lagi menetapkan talaan suspensi kepada talaan stok. 

Pada kebiasaannya, jika anda melakukan penukaran tayar, kedai tayar akan menasihatkan anda untuk menambahkan sedikit alatan kepada suspensi belakang anda. Ini kerana, talaan Lotus ada sedikit "toe in" pada tayar belakang dan disinilah rahsia pemanduan cekap Saga FLX. Talaan ini memang memberikan pemanduan cekap namun ianya tidak begitu mesra kepada penggunaan tayar anda. Selang beberapa puluh ribu kilometer perjalanan, anda akan dapati di sebelah dalam tayar belakang anda kadar penghausan berlaku lebih pantas berbanding di sebelah luar. 

Saya kemudiannya menala suspensi belakang kepada talaan yang lebih mesra tayar, sedikit rasa elongan dapat dirasai pada pemanduan Saga FLX saya namun jangka hayat tayar dapat dipanjangkan. Sekarang ini, saya menggunakan tayar Dunlop Duraplus pada roda belakang dan tayar Falken Zeix pada roda hadapan. Setakat ini saya masih berpuas hati pada tayar Dunlop dan Falken merupakan tayar kedua yang saya cuba pada HE.

Kita akan berbicara mengenai tayar pula pada post yang lain. Jika anda mempunyai persoalan jangan lupa untuk meninggalkan komen di ruangan komen. 

KKu et.al


http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

1 comment:

  1. bro..sy ada keta saga flx auto cvt.1st time servis dulu sy tkr cvt oil 40k ikut saranan sc.tp sy da baca balik kat buku manual n research2 kat internet,40k utk pmanduan extreme,60k utk pmanduan normal.mcm sy mmg bwk kta normal sja,xda racing2.sya plan nak tkr stiap 50k lps ni,skarang mileage dh 81k.sya nak tgu mileage 100k,br tukar.in future nak tkr stiap 50k(150k,200k,250k etc..)
    apa pndapat kamu bro,blh x buat mcm ni?

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...