SHE, mengalami masalah lampu brek
belakangnya tidak terpadam. Aku hanya mengetahui masalah ini apabila aku ingin
balik dari tempat kerja semalam.
Aku terus memeriksa sama ada aku ada
terpasang lampu hadapan kereta sepanjang aku meletakkan SHE di tempat letak
kereta tempat kerjaku. Tidak pula aku terpasangkan lampu hadapan, aku mula
merasa pelik. Kenapa lampu belakang SHE terus menyala? Aku pergi ke lampu yang
menyala itu. Ahh, panas sungguh lampu tersebut. Kepanasan lampu tersebut
bermakna lampu itu sudah terpasang sekian lama tanpa aku sedari!
Habislah bateri SHE!
Aku mula kalut, aku terus
menghidupkan enjin untuk melihat kadar bateri SHE. Kadar bateri SHE masih lagi
seperti biasa. Pemikiran aku mula bermain-main dengan pelbagai anggapan.
Adakah berlaku litar pintas? Adakah
sistem penggera mengalami masalah? atau Adakah computer box SHE sudah
menunjukkan simptom masalah?
Ahh..
Jangan diikutkan sangat pemikiran
yang tidak berlandaskan bukti. Aku kemudian terperasan suatu plat getah kecil
seperti yang terdapat pada selipar di kaki tempat pemijak minyak. Sampah apa
ini!?
Tidak mempedulikan sampah tersebut
aku terus membuka bonet hadapan SHE untuk memeriksa sama ada wayar di bahagian
enjin ada yang terputus atau tercabut.
Tiada.
Buntu.
Aku terus memandu pulang ke rumah,
perut sudah lapar, badan sudah penat nanti saja aku fikirkan semuanya.
Sepanjang perjalanan aku berharap agar sesiapa yang mengekori aku dibelakang
tidak merasa terkeliru oleh lampu belakang aku yang terus menerus menyala.
Bimbang aku mereka di belakang merasa bosan lantas memecut laju dek kerna
terkeliru dengan lampu brek yang menyala tanpa henti. Demi keselamatan aku,
lebih baik aku yang memecut laju. Pedal minyak ditekan rapat.
Akhirnya aku sampai dirumah. Aku
mencari dimana kedudukan fuse box SHE, iainya berada dibawah stereng di dalam
laci kecil papan pemuka. Aku menekan-nekan kesemua fuse manalah tahu ada yang
longgar. Cubaan aku menganggu fuse box itu tidak menjadi. Memandangkan hari
sudah malam aku ambil spana 12 dan menanggalkan punca positif bateri agar lampu
yang menyala tidak menghabiskan kuasa bateri dengan sia-sia.
Esok.
Pada malam tadi aku ada menjalankan
sedikit pencarian dan aku menemui jawapan kenapa lampu belakang SHE terus
menyala. Ada beberapa kemungkinan kenapa lampu belakang kereta akan terus
menyala. Satu, berlaku litar pintas didalam pendawaian kereta anda. Kalau ini
adalah punca masalahnya maka anda terpaksa meninggalkan kereta di bengkel untuk dibedah siasat dan mencari dimana punca litar pintas tersebut.
Iainya mungkin berlaku dibawah kerusi tempat duduk kereta ataupun
disebalik alam wayar yang berkecamuk didalam papan pemuka anda. Litar pintas
tidak dapat diselesaikan dengan cepat. Dua, getah pedal brek anda sudah
pecah. Getah pedal brek adalah getah kecil berwarna hitam bulat ataupun ada
beberapa bentuk lain yang berfungsi sebagai pengantara dengan suis lampu brek
anda. Getah digunakan kerana getah didapati lebih lambat menghaus berbanding
dengan material lain.
Owh.
Eh.
WTF!
Lihat getah kecil yang terpisah dari getah bulat besar itu, itulah yang menyebabkan getah brek ini gagal berfungsi. |
Getah kecil hitam yang aku sangkakan
datang dari selipar itu adalah getah yang berada di pedal brek SHE! Itulah
punca kepada permasalahan lampu brek SHE terus menyala. Getah pedal brek itu
sudah tertanggal dan pengantara dengan suis lampu brek sudah tiada menjadikan
suis tersebut akan terus tertutup maka lampu akan terus menyala.
Perhatikan bulatan merah. Perhatikan juga terdapat lubang disitu. Disitulah sepatutnya getah brek tersebut terletak. |
Light Switch Contact Rubber Pad, inilah dia getah kecil hitam yang aku maksudkan. |
Mechaninal Stop Light Switch, suis yang berfungsi mengawal lampu brek belakang. |
"Root cause" sudah
dikenalpasti, sekarang kita laksanakan "corrective maintenance" pula.
Fungsi "Light Switch Contact Rubber Pad" ialah menjadi pengantara
suis dan pedal brek. Fungsinya amat ringkas sehinggakan duit 1 sen pun boleh
digunakan dengan bijaksana mengantikan rubber pad tersebut. Aku pun terus
memperosokkan diri ke bawah papan pemuka pemandu untuk mencari suis lampu brek
yang sudah tertanggal getahnya. Aku pun menjumpai dimana letaknya getah pedal
brek tersebut. Memang terbukti getah pedal brek itu sudah tercabut. Aku
menanyakan rakan baik aku yang bekerja di kedai alat ganti kereta untuk mendapatkan
alat ganti getah tersebut.
Kos untuk alat ganti getah tersebut berharga MYR 2.00, tapi sebelum aku mendapatkan getah tersebut aku harus pergi kerja dan dengan lampu brek yang menyala sentiasa aku rasakan iainya tidak sesuai. Jadi penyelesaian harus dijalankan! Menggunakan hanya senjata alam misteri yang paling serbaguna iaitu pita perekat dan juga kertas surat khabar aku membuat suatu gantian getah brek yang sangat simple dan bijak. Ternyata selepas beberapa penggunaan iainya begitu berkesan malahan brek juga terasa sangat lembut.
Pita perekat dan juga surat khabar lipat. Terbukti berkesan sejak Perang Dunia Pertama lagi. |
Tengahari esok waktu lunch aku pergi ke kedai kawanku dan mendapatkan getah brek tersebut. Apa yang aku dapati tidak sama sekali dengan apa yang SHE gunakan. Aku sudah cuba memaksa getah brek itu masuk namun gagal. Sedikit pengubahsuain harus dijalankan. Setelah beberapa kali aku memperosokkan diri dibawah pemuka SHE akhirnya aku berjaya mendapatkan padanan yang sesuai dengan menggunakan peralatan pisau. Aku mengikis sedikit demi sedikit getah brek tersebut sehingga iainya padan untuk dimasukkan ke dalam pedal brek.
Kiri adalah yang asli yang kanan adalah alat ganti. Terdapat sedikit kesan kikisan, menunjukkan aku sedang melakukan pengubahsuaian. |
Pengubahsuaian akhir. Perhatikan bahagian sendal disekeliling sudah dikikis untuk memudahkan iainya masuk ke tempatnya. |
Keadaan ketika pedal brek tidak ditekan setelah getah brek digantikan. Lampu belakang tidak menyala. |
What's up to every , since I am actually eager of reading this website's post to
ReplyDeletebe updated regularly. It consists of good information.
Here is my blog post - charter flight uk
Hi there it's me, I am also visiting this website
ReplyDeleteon a regular basis, this web page is actually good and the
visitors are genuinely sharing nice thoughts.
Here is my page :: Moncler
If some one wishes expert view about running a blog then i advise him/her to go to see this blog, Keep up the
ReplyDeletenice job.
Feel free to visit my web site - Los Angeles Personal Injury Law Firms
Very shortly this web page will be famous amid all blog
ReplyDeleteusers, due to it's fastidious posts
Take a look at my webpage; cheap123 computer repair
I like the helpful info you provide inn your articles. I will bookmark your
ReplyDeleteblog aand check again herde regularly. I am quite certain I'll learn lots of new stuff right here!
Good luck for the next!
My web site: boom beach hack
I think this is one of the most significant info for me.
ReplyDeleteAnd i'm glad reading your article. But wanna remark on some general things, The site style is ideal, the articles is really nice
: D. Good job, cheers
Feel free to visit my page Landscaping Services Denver Denver CO
Outstanding post however I was wanting to know if you could write a litte more on this topic?
ReplyDeleteI'd be very thankful if you could elaborate a little bit further.
Bless you!
My web blog; sell house online
I do agree with all of the ideas you have offered for
ReplyDeleteyour post. They are very convincing and will certainly work.
Still, the posts are too brief for starters. Could you please extend them a bit from subsequent time?
Thanks for the post.
Also visit my blog post; social media marketing job
Terima kasih tuan, kerana memaparkan maklumat di atas untuk panduan. Saya menghadapi masalah yang sama seperti tuan semalam, nasib tuan saya mencari dan terjumpa artikel tuan. Semoga Allah memurahkan rezeki dan umur tuan.Insyallah.
ReplyDeleteAlhamdullilah. Berguna juga artikel ini ditulis. Memang tujuan saya menulis semua artikel disini adalah untuk membantu semua orang yang dalam masalah berkaitan dengan kereta. Banyak benda yang kita boleh settlekan sendiri cuma kita x tau cara bagaimana. Terima kasih kerana meluangkan masa di laman kecil saya ini.
DeleteThank you for your article..it really help me tonight.. initially I thought it was due to the short circuit. Now, I put a coin in between of the brake padle for temporary countermeasure.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih di atas article ni. Saya letak dua keping duit syiling je dekat mechanical switch light tu. Selesai masalah.
ReplyDeletetak guna glue ke?
DeleteTerima kasih diatas info.yg sgt membantu dan telah diselesaikan pagi nie..
Deleteterbaik artikel ni..terima kasih selesaikan masalah sya..
ReplyDeleteTerima kasih, informasi ini telah menyelesaikan masalah saya. Baru sebentar tadi saya cek benda ni pada kereta saya ternyata memang betul terdapat serpihan pad getah bulat berselerakan di atas lapik kereta. Lepas ni kena bawah ke bengkel untuk pembaikan. Terima kasih sekali lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah.baru mgunakan ilmu dr blog ni.kereta adik lampu break tak padam.
ReplyDeleteTerima kasih tuan kerana menyediakan maklumat ini, masalah yang sama dihadapi oleh saya, hancur terus getah brek saya. Alhamdulillah saya jumpe artikel tuan. Terima kasih banyak2 tuan !
ReplyDeletealhamulillah, thanks sebab tulis entry yang amat bermanfaat ni. saya pun dapat masalah yg samadan sblm ke service centre saya terbaca entry ni. service centre sahkanmmg itu puncanya dan kosnya hanya RM5. TQVM tuan.
ReplyDeleteTqvm artikel ni lengkap with picture. 5 bintang mmg solved problem saya. Murah rezeki cik
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya blog ni. Baru tadi kena situasi yg. sama dan dapat diatasi guna trik yg diberi.
ReplyDeleteTerima kasih..Tuan
ReplyDeleteInfo yang membantu si buntu..
Jumpa solusi dari artikel ini..
thanks for info I already done d.I.y with plastic nut only
ReplyDeleteTq Tn..
ReplyDeleteSalam bos.. Minta bantu.. Masalah saya kenapa bila on lampu hadapan lampu brek atas sentiasa nyala.. Tp bila off lampu depan sistem jalan seperti biasa?
ReplyDeleteSya juga masalah yang sama... Ada sapa boleh bantu
Deletetq..tq..tw
ReplyDeleteSalam tuan..saya dah tukar getah ni dah ok lampu brek...tapi dia ada bunyi tek 1x bila pijak brek...dan bila lepas brek pun bunyi tek 1x...apa masalah ni ye tuan..
ReplyDeleteSangat berguna. Allah yg mmbalas Tuan dng seribu kebaikkan . walaupun sekadar post di blog sgt berguna
ReplyDeleteretro jordans
ReplyDeleteyeezy boost 350 v2
golden goose sneakers
moncler coat
off white shoes
golden goose outlet
goyard handbags
bape hoodie
balenciaga
golden goose sneakers
Louis Vuitton replica Bags b24 v8f94c3c05 Ysl replica bags e98 d6x81j9h06 cheap designer bags replica a30 r9t63j8t05
ReplyDeletecurry 6
ReplyDeletefear of god
kyrie 9
giannis antetokounmpo shoes
bapesta
golden goose sneakers
supreme clothing
supreme clothing
pg 4
yeezy gap