Passionate readers

Monday, 9 December 2013

LOCAL: Tips mencegah kereta anda dari tersadai ketika hujan.



Bulan Disember merupakan musim tengkujuh buat Malaysia yang berada di garisan Khatulistiwa. Musim tengkujuh juga seperti musim salji dinegara-negara yang berada diluar lingkaran Khatulistiwa. Sebaris dengan musim sejuk dan salji di negara-negara sana Malaysia juga menikmati musim sejuk di kala keadaan cuaca yang tidak menentu abad ini.


Apa yang aku nak perkatakan disini ialah persediaan dan kesediaan ketika memandu di musim sejuk ini. Banjir dan kenaikan air sungai secara mengejut merupakan penyebab utama kemalangan di musim hujan ini. Keadaan hujan yang tidak menentu samada hujan lebat dan renyai juga memberi impak yang besar kepada pemanduan anda.


Harus diingatkan bahawa air merupakan musuh utama kenderaan bermotor anda. Air yang melintas dijalan raya mampu untuk mengurangkan cengkaman tayar kereta baik semasa anda perlahan ataupun laju. Air yang bertakung atau lopak tidak menjamin bahawa jalan itu tidak berlubang, sila beranggapan bahawa setiap lopak air ialah berlubang dan sila elak dalam keadaan yang selamat. Memadai untuk anda memperlahankan kenderaan anda dan melepasi lopak tesebut dari anda berhenti mengejut dan melepasi lopak sehingga masuk ke jalan arah bertentangan.

Wiper Hokkaido
Pastikan wiper anda mampu untuk mengkilas air yang melekat di cermin hadapan kereta anda dengan lancar. Wiper yang sudah haus dan koyak akan menganggu penglihatan anda ketika memandu. Kegunaan wiper di musim tengkujuh amatlah penting. Aku menggunakan wiper Silikon Hokkaido yang aku dapati di hadapan Maybank. Aku juga menggunakan wiper Bosch untuk kereta isteri aku dan aku dapati wiper Bosch melakukan kerjanya dengan sempurna sekali apabila setiap kilasan air tidak tersangkut-sangkut pada cermin. Sapuan wiper jenama tersebut juga menyeluruh.

Rain repellent dan juga towel paper.
Cara penggunaan rain repellent.
Semasa musim tengkujuh aku akan menyapukan Rain Repellent pada cermin hadapan kereta aku. Rain Repellent akan memastikan air hujan yang menitik tidak melekat pada cermin hadapan kereta anda. Air hujan akan mengalir laju di atas cermin hadapan kerata anda semasa anda memandu dan akan meningkatkan penglihatan anda semasa memandu dalam keadaan hujan. Sifat anti air Rain Repellent juga membantu wiper anda bergerak dengan sangat lancar. Air yang dikilas oleh wiper anda dengan bantuan Rain Repallant akan berlalu dengan sangat cantik sekali seperti air yang mengalir di atas daun keladi sehinggakan anda tidak perasan bahawa keadaan semasa itu sedang hujan lebat. Rain Repallant juga disarankan untuk digunakan pada setiap sudut cermin kereta anda baik dari cermin hadapan, belakang, cermin kiri dan kanan mahupun cermin sisi kereta anda. Ini akan memastikan kadar penglihatan yang sangat tinggi menjadikan anda dapat memandu dengan selesa.


Semasa memandu sila pastikan jarak yang selamat anda dari kereta dihadapan anda dan juga sila jangan berada selari dengan kereta disebelah anda. Jarak yang selamat akan memberi masa untuk anda bertindak balas dengan sebarang kejadian di hadapan mahupun sekeliling anda. Jarak yang selamat diantara anda dengan kenderaan dihadapan ialah 3 meter semasa hujan pada kelajuan 70 km/j. Elakkan berada terlalu lama dengan kenderaan disebelah anda. Kenderaan disebelah anda akan menyebabkan air yang dilalui olehnya terpercik ke arah cermin hadapan kereta anda dan mengaburkan penglihatan anda semasa memandu. 

Lihat kemana air percikan itu pergi dan bayangkan anda berada disebelah kereta tersebut.
Begitu juga apabila anda sedang menghampiri lopak air janganlah anda melalui lopak air itu secara membuta tuli kerana air percikan akan melimpah kearah kiri dan kanan bersama dengan batu dan pasir didalam lopak air itu. Batu dan pasir boleh merosakkan cermin kereta anda malah ia juga membahayakan kepada pejalan kaki dan juga pembonceng motosikal. Jadi diingatkan bahawa sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemat silalah memperlahankan kereta anda ketika menghampiri lopak air. Jika anda berselisih kereta sebelum melalui lopak air yang sama silalah melintasi lopak air dengan bergilir-gilir untuk mengelakkan acara perdebatan siapa salah ditengah jalan raya kelak.

GoodYear Ducaro GA, standard tayar yang datang bersama Saga FLX Exec
Penggunaan tayar yang berkesan memainkan peranan penting ketika musim hujan ini. Tayar yang memiliki bunga yang tebal akan mencengkam tayar dengan lebih baik berbanding dengan bunga tayar yang sudah haus. Jenis bunga tayar sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada kereta anda masih lagi berjalan diatas jalanraya tersebut. Jenis bunga botak / tayar slick amatlah tidak bersesuaian untuk digunakan diatas jalan raya ketika musim hujan. Pemilihan bunga tayar yang mampu membelah air atau membiaskan air dengan berkesan merupakan kunci terbesar kepada kenderaan anda masih lagi mampu bergerak hari ini. Pilihlah tayar yang menumpukan perhatian kepada belahan air di atas jalan raya untuk keselamtan anda semasa memandu di musim hujan sekarang. Semua jenama tayar di Malaysia mengeluarkan jenis bunga untuk musim hujan maka masalah jenama tidak menjadi masalah untuk anda memilikinya.

Apa yang membezakan iainya ialah kualiti getah tayar dan rekabentuk bunga tayar untuk kegunaan jalan basah tersebut. Aku menggunakan GoodYear Ducaro GA pada semua keadaan jalan raya dan aku tidak mempunyai masalah terhadap tayar tersebut. Sebagai pengguna jalanraya harian aku tidak rasa menukar tayar untuk setiap musim adalah memadai. Aku merasakan bahawa tayar sebuah kereta harian memerlukan tayar yang mampu digunakan untuk setiap keadaan, masa dan permukaan jalan itu sendiri.


Pengcahayaan kereta anda juga amat penting ketika musim hujan ini. Pastikan lampu hadapan kereta anda masih lagi beroperasi dan kecerahan lampu itu masih lagi tinggi. Lampu hadapan kereta anda juga harus di periksa untuk memastikan tiada proses pengewapan berlaku didalam lampu kereta anda. Pengewapan boleh merosakkan lampu anda apabila air yang terkumpul didalam sudah merosakkan litar elektrik lampu kereta anda. Jika pengewapan berlaku sila nyalakan lampu untuk seketika. Jika masih terdapat pengewapan berlaku bermakna terdapat kebocoran didalam lampu kereta anda. Periksa juga lampu kabus dan juga lampu belakang kereta anda. Hazard light juga harus diperiksa samada masih berfungsi ataupun tidak.

Penggunaan foglamp adalah sangat disarankan ketika hujan lebat.

Kepada pengguna Lambo tip paras air separuh rim tayar tidak dapat digunakan untuk kereta mahal anda. 
Jika anda menemui kawasan yang ditenggelami air sila berhenti dan meneliti kawasan yang ditenggelami air tersebut terlebih dahulu. Sila pastikan paras air yang menengelami jalan tidak melebihi paras separuh daripada tayar kereta anda. Pengiraan bermula dari tapak tayar anda menyentuh jalan raya sehingga ke paras pertama air yang menyentuh nat rim kereta anda. Jika air melebihi sehingga pusat rim kereta anda dinasihatkan supaya tidak melintasi kawasan tersebut. Jika anda yakin air berada di bawah paras tersebut anda secara logik berupaya melintas kawasan ditenggelami air tersebut. Semasa melintasi kawasan yang ditenggelami air tersebut di nasihatkan supaya mengekalkan kelajuan yang sama dan sentiasa menekan pedal minyak sepanjang lintasan.

Akibat memandu laju ke arah kawasan ditenggelami air.
Jangan melintas dengan kelajuan tinggi dan elakkan air melimpah naik sehingga ke atas bonet hadapan kereta anda. Ini untuk mengelakkan air melimpah masuk ke dalam penapis udara dan masuk ke dalam kebuk pembakaran kereta anda juga melimpah sehingga ke bateri kereta anda. Pedal minyak harus sentiasa ditekan untuk megelakkan air masuk ke dalam enjin melalui ekzos pula. Sila melintas dengan berhati-hati dan melintas satu kereta pada satu masa untuk mengelakkan ombak di kawasan yang ditengelami air tersebut. Kekalkan penglihatan anda kearah jalan raya dihadapan untuk mengelakkan anda dari tersasar ke arah tepi jalan raya yang biasanya tempat untuk longkang dan kawasan rendah. Kemudi kereta anda dengan cermat dan elakkan pengawalan yang agresif.


Dinasihatkan juga supaya untuk berkomunikasi dengan pemandu lain untuk mengetahui status kawasan yang ditenggelami air tersebut sebelum anda melakukan apa-apa. Jangan berlagak hero kerana anda akan menyusahkan orang lain dan juga diri sendiri.


Kesimpulannya, di musim hujan ini silalah berhati-hati dalam setiap apa yang anda lakukan kerana cuaca mempunyai misteri yang tidak dapat kita rungkaikan. Bila-bila masa sahaja cuaca boleh berubah. Bertindak bijak dan bersabarlah.

Kkuet.al

p/s: Parkir kereta ditempat tinggi semasa musim hujan ini.





5 comments:

  1. nak harung air masa hujan tu memang kena cekal sebab silap2 keta boleh sangkut tengah air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kecekalan merupakan alat yang tidak dapat dibeli..dulu pernah harung air naik kareta kancil..air dah masuk dalam kereta dah and bertakung kt pedal minyak tu..nasib baik lepas dengan mengaplikasikan tip diatas..dan yang paling penting kancil tu adalah kancil sewa..berani la buat..haha..

      Delete
  2. tu yg risau kalau stuck dalam keadaan macam tu...

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...