Setiap tahun pertronas wajib mengeluarkan iklan Hari Raya-nya yang memang epik. Iklan petronas yang paling aku minati ialah dimana 5 beradik lelaki terpaksa membeli daging lembu untuk dimasak rendang oleh mak mereka.
Selang beberapa jam 5 beradik datang dengan seekor lembu sedangkan ibunya hanya beberapa bahagian lembu sahaja. Iklan itulah yang paling aku minati sehingga sekarang. Tahun ini Petronas terus melakukan tradisinya dengan mengeluarkan webfilm pula yang bertajuk Jahit.
Kisah dimana seorang ibu terus-terusan mengambil upah menjahit agar anaknya dapat melanjutkan pelajaran. Dimusim perayaan ini ibunya terus-terusan mengambil tempahan baju raya sehingga dirinya melakukan kesilapan dengan tersalah warna untuk baju raya sekeluarga. Dia kemudiannya mengulang lagi sekali tempahan itu dengan melakukan pembetulan. Keluarga tersebut datang dan mengambil kesemua baju yang telah dibuat oleh watak utama. Seperti biasa, iklan daripada Petronas semuanya berkualiti dengan garapan yang padat, pemilihan tempat pengambaran dan penggunaan kamera yang canggih. Menontonnya anda tidak akan leka, anda juga disajikan dengan kederasan permainan perasaan yang begitu lancar sekali di potretkan. Bijak. Itu perkataan terbaik untuk menggambarkannya.
Apakah yang akan terjadi kepada Puan Aishah dan anaknya Awin? Dapatkah Puan Aishah mengumpulkan sejumlah wang demi melanjutkan pelajaran anaknya? Saksikan Jahit sekarang.
KKU et.al
p/s: "Tak boleh gurau, pegi la ke surau" - 08:45
iklan ni antara yang terbaik tahun ni...
ReplyDeleteagreed..iklan petronas smua hebat2..blh tersentap jiwa..
Delete