Assalamualaikum,
Salam 1 Malaysia.
Hari ini 18 Julai 2013, hari ke-9 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan ini umat Islam disarankan untuk menahan nafsu makan, lapar dan dahaga. Bukan nafsu makan sahaja, nafsu mengumpat, mengata, memfitnah, mengutuk, nafsu serakah, nafsu yang berbagai jenis azali dalam badan manusia semuanya di tahan atas dasar keimanan dan takwa kepada rukun Islam ke-3.Pada malam hari bulan barakah itu juga, Umat Islam disarankan untuk beribadah dan memohon keampunan daripadaNya. Jadi, malam ini aku ingin memanjatkan keampunan kepadaNya atas apa yang aku bakal luahkan.
Pada hari ini juga hari ke-7 aku memboikot Bazar Ramadhan.
Kenapa?
Aku muak dengan masakan mereka yang hanya bertujuan untuk mengambil duit aku dari poket.
Aku muak dengan perangai mereka yang memasak dan menghasilkan makanan hanya sekadar rupa sahaja. PLASTIK.
Aku muak dengan mereka yang menjual juadah berbuka tanpa ada keikhlasan dan rasa tanggungjawab terhadap juadah hasil buatan mereka.
Beberapa hari lalu....
02 Ramadhan 1434
04:30pm
KKu : Syg..bbuka nanti syg beli mkn ap?
MLL : Nak beli Nasi Kerabu lah..cam sedap jek..
06:35pm
MLL : Abg..syg dh blik dri bazar..Abg beli mkn bbuka ap?
KKu : Pfffftt..Abg beli nasi kerabu RM6!!! Nasi kerabu kosong je kot..Ikan goreng je tau..xde daging ke ayam ke..kerabu die pun ciput je..ikan kembung batu je kot!! Keropok die alahaiiii!!!! Menyesal!!!
MLL : Syg punye RM4 je..ada aym goreng dgn daging salai abg..
KKu : Mulai hari ini, abg boikot Bazar Ramadhan!
07:15pm
MLL : Selamat bbuka abg..
KKu : Tak sedap langsung Nasi Kerabu ni! Adoi...Cmne la dorg ni meniaga..biarlah ikhlas meniaga makanan untuk mengenyangkan pembeli bukan bikin panas camni.
MLL : Sabar abg. Lain kali syg belanja Nasi Kerabu lain ea..
KKu : $(@$%@^#&**
Nasi Kerabu itu aku beli di Bazar Ramadhan Taman P, Johor Bahru dan aku menyesal membelinya. Hairan, aku pergi bazar ramadhan di Lumut, Perak aku begitu terpesona dengan suasana dan bau keenakkan masakan mereka. Lain pula suasana di Bazar Ramadhan Taman P, aku hanya nampak keramaian orang yang berpusu-pusu, bau asap diesel, bau arang terbakar, dan kebingitan penjual menarik perhatian pelanggan namun tiada langsung urusan jual beli. Melihat juadah semuanya berwarna-warni, bermacam-macam jenis lauk, berbagai jenis juadah sehingga dari Utara, Pantai Timur malahan Arab juga. Namun semua hanya plastik, aku tidak tertarik dan tertawan langsung dengan persembahan hebat mereka.
Aku memang meminati ayam goreng, aku pergi melihat ayam goreng dan ayam percik. What? Keciknya..Tapi kenapa harga sama dengan saiz yang besar? Dek sebab megidam aku beli juga ayam rangka RM3 satu, hati ayam RM2.
Air Katira? Air Katira memang sedap tetapi sedap hanya pada tempat tertentu sahaja. Tidak semua air katira yang dijual itu adalah Air Katira yang disebut-sebut. Aku tidak membeli air di Bazar Ramadhan sebab air di Bazar tidak sihat. Semua sama sahaja, hanya warna yang berlainan.
Waktu berbuka, ayam rangka tadi tidak dapat aku makan kerana masaknya tidak cukup. Bahagian dalam masih lagi ada yang mentah, dan pembersihan ayam tersebut tidak begitu teliti. Hampa.
09 Ramadhan 1434
Jadilah aku hari ini masih lagi memboikot Bazar Ramadhan.
Kenapa masalah ini terjadi?
1. Penjual yang menjual tidak memiliki pengalaman dalam menjual makanan sebelum ini.
2. Penjual hanya mementingkan diri sendiri, mereka tidak memikirkan kepuasan pelanggan dan kehendak masyarakat setempat.
3. Tiada keikhlasan dalam menjual.
4. Menjual juadah berbuka hanya untuk wang semata bukan untuk kelangsungan perniagaan.
Apa guna mereka bayar tapak bazar mahal-mahal tetapi apa yang mereka jual hanyalah cantuman beberapa jenis bahan masakan yang tidak serasi dan tidak memiliki nama yang menjadi. Cuba jawab itu! Ditambah pula dengan harga yang tidak masuk akal!
Stress tinggal di Bandar. Penjual kuih pun nak menipu! Menipu bila kuih yang dijual kosnya jauh lebih murah dari harga jualannya. Sebab itulah kuih itu tidak seperti kuih yang sepatutnya.
Baik berbuka dengan Maggi. Dari dulu sampai sekarang rasa dan harga masih sama! Mampu milik dan setanding!
KKu et.al
p/s: Tak semua kedai di Bazar Ramadhan itu teruk, ada juga yang elok. Cuma, sebab nila setitik, habis susu sebelangga dibuang.
arini g bazar ramadan, beli nasi,ikan goreng, n sotong kecik 2 ekor, kene seploh hengget,,siap ckp gan akak tue,,saye ade rm 9 je haa..die wat xtau je,,so tepakse pinjam kawan sengget,, huuu
ReplyDeleteyeke..adoi..skrg ni asal je ad sotong tak kita la sotong kering ke sotong racik ke mesti harga die mahal dari yang lain..sampai RM10..pehh..
DeleteGood day I am so thrilled I found your weblog, I really found you by
ReplyDeleteaccident, while I was browsing on Aol for something else, Anyhow
I am here now and would just like to say many thanks for a tremendous post and a
all round enjoyable blog (I also love the theme/design), I don’t have time to go through it all
at the minute but I have bookmarked it and also added your
RSS feeds, so when I have time I will be back to read more,
Please do keep up the awesome work.
Feel free to surf to my web blog: legal types of ecstasy
Fascinating blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
ReplyDeleteA design like yours with a few simple adjustements would really
make my blog shine. Please let me know where you got your design. Cheers
Also visit my webpage ... legal alternatives of amphetamines
It's very simple to find out any topic on web as compared to books, as I found this post at this web page.
ReplyDeleteFeel free to visit my homepage - how to find a roofing contractor|roofing Oahu|roofing contractors honolulu|roof replacement honolulu|honolulu roofing|roofers honolulu|honolulu roofing company|honolulu roofing jobs|roofing honolulu|oahu roofing|superior roofing honolulu|honolulu roof repair|quality roofing honolulu|honolulu steel roofing|honolulu slate roof|honolulu roofing companies|roof replacement cost on Oahu|oahu homes and roofs|cool roof hawaii|rubber roofing honolulu|new roof honolulu|roofing service honolulu|honolulu metal roofs|honolulu commercial roofing hawaii|commercial roofing honolulu|roofing installation honolulu|hawaii roofing contractors|roofing materials on Oahu|roofers in hawaii|roof installation honolulu|roof sealant honolulu|reliable roofing honolulu|affordable roofing honolulu|roof inspection and repair honolulu|metal roof honolulu|oahu contractors|hawaii roofing|honolulu flat roof|honolulu roofing repairs|local roofing company honolulu|roofing repair honolulu|industrial roofing oahu|honolulu roofing co|honolulu commercial roofing companies|oahu roofing companies|leaking roof honolulu|honolulu roofing and siding|cool roofing honolulu|best roofing shingles honolulu|large commercial roofing company honolulu|honolulu roofing company reviews|cost of roof replacement honolulu|new roofs honolulu|honolulu roof systems|roofing a house in honolulu|honolulu roofing specialist|local roofing honolulu|honolulu contractor roofing|flat roof replacement honolulu|honolulu roof restoration|honolulu commercial roofing repairs|honolulu reroofing|honolulu flat roof construction|replace roof honolulu|beachside roofing hawaii|roof service honolulu|honolulu commercial roofing repair|roof repair estimates honolulu|honolulu roofing contractors|commercial roofing services honolulu|oahu industrial roofing companies|honolulu roof waterproofing|certified roofing honolulu|roof quotes on Oahu|commercial roof repairs honolulu|best roofing contractors honolulu|roof specialist aohu|right roofing honolulu|honolulu city roofing|find a honolulu roofer|best roofhonolulu|best honolulu roofers|honolulu professional roofing contractors