Passionate readers

Wednesday, 20 March 2013

LOCAL : 11 cara KERAS meningkatkan perasaan berkerja anda



Hari pertama minggu berkerja selepas hari minggu merupakan hari yang tidak digemari oleh semua perkerja baik swasta dan kerajaan.

Kebanyakkan antara mereka masih lagi berada di tahap tidak bersedia untuk bekerja pada hari tersebut. Tidur yang tidak mencukupi biasanya menjadi sebab utama kepada kurangnya perasaan ingin berkerja pekerja tersebut.

Tidur yang mencukupi mengakibatkan kelembapan prestasi otak untuk berfungsi dan menyebabkan tubuh badan merasa sangat berat dan terbeban. Setiap daripada mereka merasakan mengantuk dan memerlukan tidur yang teramat sangat sehingga kerja yang sangat mudah yang mampu mereka sebelum ini menjadi sangat susah dan payah.

Minum kopi, merokok dan beriadah merupakan solusi yang tipikal untuk diamalkan namum jikalau semua itu sudah menjadi imun kepada anda, apa yang perlu anda lakukan?


Disini ada 11 tip untuk anda lakukan agar anda kekal segar sepanjang hari.


  1. Meminta teman sekerja anda melakukan kejutan untuk anda – Meminta seseorang untuk melakukan kejutan kepada anda mungkin merupakan sesuatu yang jangal namun iainya mungkin merupakan cara yang paling berkesan untuk meningkatkan persaan bekerja anda. Dengan merasai kejutan badan anda akan menghasilkan adrenalin dengan pantas. Adrenalin tersebut akan bertukar menjadi tenaga untuk anda kekal segar selama beberapa jam. Kejutan boleh datang dalam beberapa perkara mudah seperti tegur menegur, email yang mengalami unsur-unsur kejutan, ataupun ”BOO” dari belakang tanpa anda sedari. Untuk kesan yang berpanjangan silalah minta bos anda melakukan kejutan kepada anda!

  1. Jus epal – Kebanyakkan antara mereka cenderung untuk mengambil kafein melalui minuman kopi untuk terus kekal segar sepanjang hari bekerja namun risiko serangan sakit jantung akan turut meningkat setiap kali anda meminum kopi. Jus epal mampu untuk mengekalkan daya kosentrasi anda sepanjang anda bekerja! Nectar epal hijau mengandungi elemen yang merangsang daya kerja anda seperti anda meminum segelas kopi. Jus epal juga sangat baik untuk pemghadaman perut anda. Tambahan lagi, anda juga terpaksa berulang-alik untuk menambah jus epal anda juga merupakan cara terbaik untuk terus kekal bertenaga.

  1. Menonton video yang menggangu anda – Menonton video yang mengandungi aksi jengkel dan kelakar dapat mengejutkan diri anda untuk melakukan kerja. Perasaan tidak puas hati dan menyampah yang anda alami dapat memberikan anda sedikit perasaan untuk melakukan kerja. Perasaan kelakar juga dapat memberikan anda semangat untuk bekerja disamping ketawa yang mengilai-ngilai dapat memberi kesedaran kepada organ-organ dalaman anda yang mengantuk dan lemah.

  1. Sarapan yang berat – Memakan sarapan yang berat pada mulanya akan menyebabkan anda merasa mengantuk namun apabila badan anda sudah mencerna sarapan 2 keping roti sardin dan air milo tabur anda itu, anda akan mendapat lonjakan tenaga yang mampu bertahan sepanjang hari. Diingatkan disini admin tidak bertanggungjawab kepada peningkatan ukuran pinggang anda sekiranya anda tidak banyak bergerak dalam melakukan kerja anda.

  1. Membuat rakan sekerja anda merasa mual dan marah kepada diri anda – Dalam keadaan mengantuk yang anda alami sekarang, mengusik dan menyampaikan lawak-lawak porno kepada rakan sekerja masih lagi boleh dikategorikan sebagai aktiviti berfaedah untuk kawan anda dan anda sendiri apabila tidak banyak reseptor otak yang digunakan dalam melakukan lawak-lawak dan usikan tidak bijak anda itu. Pergi ke meja rakan sekerja anda dan mula mengusik dirinya dengan apa cara yang boleh membangkitkan kemarahan beliau. Apabila dia sudah marah silalah berangkat ye!


  1. Menghirup sup panas tanpa meniup – Keefektifan sup terhadap perasaan bekerja anda kadang-kadang diragui dengan masalah pengekalan konsistensi. Walaubagaimanapun, sup boleh menjadi sebab utama kepada peningkatan perasaan bekerja anda apabila anda menghirup sup panas tanpa meniup untuk menyejukkannya. Ternyata sup panas itu akan memberi sensasi tidak selesa namun rasa panas terbakar lidah itu akan memberikan anda cukup tenaga untuk melakukan kerja seharian. Harus diingatkan keberkesanan menyeluruh apabila dilakukan berulang-kali.

  1. Memakan wasabi tanpa meminum air – Wasabi memang pedas dan menyengat sehingga ke benak fikiran. Rasa pedas menyengat itu menyebabkan seluruh jiwa raga anda rasa tercemar dan amarah melampau. Cuba memakan wasabi secubit dan nikmati rasa pedas itu membakar lidah tanpa meminum setitik air pun. Jikalau anda berjaya melaluinya, seminggu anda dapat bekerja tanpa rasa mengantuk lagi!

  1. Menaikkan bunyi lagu ke tala tertinggi sekaligus – Mendengar lagu rancak dan bising seperti disco, techno, upbeat dan lain-lain lagu cam best tu tidak mencukupi untuk menghalang anda dari mengantuk. Iainya lebih efektif apabila anda menaikkan tala bunyi semaksimum mungkin dalam sekaligus. Bunyi bising mengejut itu akan membuatkan badan anda tersegar dan terjaga seiring dengan penghasilan adrenalin yang banyak. Akhirnya, anda akan kekal terjaga dan bertenaga mengikut rentak lagu yang anda dengari. Dondang sayang tidak termasuk didalam list ini.

9.    Radang rahang chewing gum – memberikan diri anda kandungan gula yang sangat tinggi tidak selalunya memberikan kesan yang sepatutnya apabila anda hanya sempat tidur selama 2 jam tidur berkualiti anda. Strategi meningkatkan kandungan boleh diguna pakai lagi apabila gula-gula anda ditukar kepada gula-gula getah. Aktiviti mengunyah gula-gula getah boleh memberikan kesan sampingan selain kandungan gula itu sendiri. Sila bawak sebungkus gula-gula getah kerana anda memerlukan gula-gula getah yang banyak untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari. Kesan terbaik ialah mengunyah lima biji gula-gula getah dalam satu masa.

10.     Jerit – Sila pergi ketempat yang tiada orang dan tidak menganggu rakan sekerja anda. Pastikan keadaan sekeliling tiada orang. Fikirkan semua masalah anda dan keluarkan semua dalam satu laungan jeritan stress yang paling kuat. Jerit sekuat hati anda seberapa banyak kali anda perlukan sehingga anda dapat rasa semangat anda menyusup masuk dalam badan anda. Apabila anda selesai dan pulang semula ke meja, anda akan merasa sangat segar.


11. Tarik rambut – Iainya bukan tindakan bodoh. Cuba dahulu dan anda akan merasai perbezaannya. Apabila stress dan mengantuk sila ambil segenggam rambut anda sendiri di kawasan kepala yang anda rasakan amat stress. Genggam rambut itu sekuat-kuatnya dan rentap rambut anda dalam satu tarikan rambut yang maha kuat. Sensasi sakit dan sedap pada masa yang sama membuatkan otak anda cergas berkerja. Anda boleh la mengulangi cara ini seberapa banyak anda mahukan asalkan anda masih memiliki rambut.

DO AT YOUR OWN RISK!

KKU et.al



3 comments:

  1. To jеst pο prawԁzіe κаpitalny kawałeκ:) wielkie dzięκi dla pracującуch na гzecz blogów.



    Look at my web site: zielone szkoly w gorach

    ReplyDelete
  2. Hi, I read your new stuff daily. Your writing style
    is awesome, keep it up!

    Have a look at my website; have a peek at this web-site

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...