SEPAH THE MOVIE
29 Nov 2012, saya bersama lagi 5 orang rakan pergi menonton filem Sepah The Movie di City Square. Filem Sepah The Movie ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan penuh dengan mesej dan pengajaran. Filem ini juga mengajar kita erti persahabatan dan kerjasama dimana Jep, Shuib dan Mamat berkerjasama dalam mempertahankan kumpulan buddy mereka dari di pijak-pijak dan dirobek oleh Jehan Miskin dan 3 kuli beliau. Pertarungan antara kumpulan tersebut diintrepentasikan melalui perlumbaan motorcross di ladang kelapa sawit. Persembahan perlumbaan motorcross terbabit agak tidak memuaskan dan tidak begitu beraksi berbanding filem-filem lain buatan Malaysia. Saya agak kecewa dengan persembahan perlumbaan terbabit dimana perlanggaran dan litar itu sendiri tidak begitu mencabar dan agak santai. Tiada adegan letupan dan tiada aksi stunt yang membolehkan penonton merasa kagum.
Satu - satunya aksi yang begitu mencabar. |
Plot filem ini tidak begitu berat namun penuh dengan pengajaran. Sepah The Movie memang sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga dan bukannya untuk mereka yang mencari aksi dan debaran. Saya memberi rating 2.5 bintang untuk filem tersebut. Selesai menonton filem tersebut kami pergi menikmati santapan yang diperkenalkan oleh seorang rakan kami, Shahril. Destinasi kami Gerai Bubur Istimewa Taman Sentosa.
Gerai Bubur Istimewa Taman Sentosa.
Jarak perjalanan kami ke gerai tersebut hanya memakan masa selama 15 minit dari City Square.
Bagaimana ke Bubur Istimewa Taman Sentosa?
City Square sebagai garisan permulaan;
Johor Bahru City Square
108 Jalan Wong Ah Fook
Johor Bahru, Johor
1. Head northwest on Jalan Wong Ah Fook toward Jalan Sulaiman 400 m
2. Continue onto Lebuhraya Tebrau 3.3 km
3. Turn right onto Jalan Sutera 700 m
4. Turn right onto Jalan Sutera 784 m
5. Take the 1st left onto Jalan Sutera 884 m
Taman Sentosa
Johor Bahru, Johor
Untuk lebih lanjut sila rujuk peta ringkas dibawah.
A = City Square, B = Taman Sentosa. |
Kotak merah adalah kawasan destinasi kita. |
Apabila tiba di kawasan tersebut pastikan anda mencari Gerai Bubur Istimewa No.01. Bubur disini begitu popular dikalangan warga Johor Bahru.
Gerai Bubur Istimewa Taman Sentosa |
Iainya hanyalah bubur kosong, kangkung goreng, ikan bilis goreng cili, lobak masin, telur masin, sedikit sambal, dan kacang goreng.
Bubur Istimewa yang begitu mengiuyurkan. |
Pada saya, yang istimewa ialah sayur kangkung dan ikan bilis gorengnya yang begitu asli. Iainya penuh dengan rasa lemak dan rasa bahan itu yang menyengat. Anda dapat merasai rasa kangkung segar yang digoreng tidak terlalu masin dan tidak pula terlalu tawar dan digoreng pada tempoh masa yang tepat. Menjamah sedikit kangkung goreng tersebut anda dapat mengetahui bahawa kangkung tersebut digoreng oleh tukang masak yang begitu memahami apa itu kangkung.
Aksesori yang memeriahkan lagi bubur istimewa pada mala, tersebut. |
Ikan bilis gorengnya juga tidak kurang hebatnya. Iainya kelihatan agak basah namun rasanya tidak begitu masin dan sekata. Penggunaan bahan pada kuantiti yang tepat menjadi kunci kepada kejayaan rasa ikan bilis goreng tersebut. Menjamah ikan bilis tersebut anda dapat merasai betapa ikan bilis tersebut begitu asyik menari seronok didalam kuali mengikut rentak si tukang masak. Irama ikan bilis goreng tersebut begitu asyik dan akhirnya terciptalah suatu hidangan ringkas namun penuh ketepatan dan rasa yang sempurna.
Ikan bilis goreng cili. Memang meningkatkan selerea. |
Hidangan kami pada malam itu ditambah lagi dengan ikan pari bakar yang begitu mengiyurkan. Pari bakar tersebut dibakar agar separuh masak demi menjamin kesegaran ikan pari tersebut namun tiada rasa hanyir. Cuma pada saya, rasa pari bakar pada malam itu agak kurang menyengat mungkin kerana penggunaan sos perciknya yang terlampau banyak.
Pari bakar yang begitu lembut sekali memberi kesedapan yang tak terhingga. |
Lihat saja ketekunan masing-masing menghadapi santapan dengan penuh kesedapan. |
Kawasan ini memang menjdi tumpuan warga kota Johor Bahru mencari makan pada tengah malam. |
Ini adalah hujung kawasan gerai makan tersebut. |
Kami makan agak tinggi daripada orang lain kerana meja pada mulanya penuh. |
Hidangan kami pada malam itu seramai 6 orang termasuk minum berharga dalam lingkungan RM 60.00. 6 set bubur istimewa dan 2 pari bakar bersaiz sederhana.
Boleh tahan murah juga bukan?
Apa tunggu lagi, jadikan gerai bubur istimewa taman sentosa sebagai destinasi tujuan anda jikalau datang bercuti di Johor Bahru.
KKU et.al
adoi.. ni yg x tahan entry pasal makan2 nih.. sib baik kat JB.. fffuuu~~
ReplyDeleteala, jb je kot..dtg la singgah jb naek viva tu..dekat je apa..penat PLUS wt highway..hehe
Deletejb ke kot?? nanti viva lak tu.. dah merata viva tu berjalan.. takut kebamboom dulu sblm habis byr.. muahaha.. eh kejap, rasanya tadi aku click KKU et.al.. tp kat sini faizul fadzullah la plk.. adoi pening3
Deleteignore je..same person je..
DeleteTeringat time duk jb dulu..kalo dlm seminggu tak pekena bubur ni rasa cam tak kena jek....
ReplyDeletehehe..msih lagi beroperasi smpai skrg..pekena la lagi..masih sedap..tq for comment here..
DeleteAs salam semua.
ReplyDeletePeminat bubur nasi boleh cuba pula signature kami di 'The Midtowners' di midtown jalan semarak KL(berdepan bangunan jupem). Bermula pkl 8 mlm - 2pg, setiap hari kecuali Isnin.
Cari kami di instagram. #midtownsbuburnasi #themidtowners
Insyaallah, tidak akan mengecewakan.:)
look at this site Dolabuy Dior more info here https://www.dolabuy.su helpful hints pop over here
ReplyDeletec2x66e5i50 i6v48y2f95 i9y84g1d18 z6m32r4t81 x3y29t4z82 o5u02n5w53
ReplyDeletejordan shoes
ReplyDeletekyrie shoes
jordan shoes
supreme
off white hoodie
nike dunks
off white jordan 1
yeezy 350
off white
jordans