Peluang


02 Mei 2012, korang ingt tak post aku yang terdahulu tentang SMS REG KRJN yang akhirnya merupakan hoax daripada individu yang tidak bertanggungjawab? Kali ini aku menerima lagi SMS yang membawa maksud sedemikian CUMA kali ini daripada sumber yang dikenalpasti bukan sahaja dari aku malahan seluruh rakyat Malaysia. Aku menerima SMS daripada SPA menyatakan bahawa aku dijemput untuk hadir ke peperiksaan yang akan diadakan pada 12 Mei 2012 ini. Aku sungguh berbangga dan berbesar hati semasa menerima SMS tersebut. Aku TER-jemput pulak untuk menghadiri majlis impian dan cita-cita paling popular umat Malaysia dulu kini dan selamanya.

Berikut adalah merupakan SMS yang aku terima;
anda dijemput untuk menghadiri peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik pada 12 Mei 2012. Sila layari www.spa.gov.my untuk maklumat lanjut.  

Betapa aku  gembira menerima SMS sebegini yang menjanjikan aku peluang untuk mencuba apa-apa peluang yang mendatang dalam hidup aku. Setelah aku memahami maksud yang ingin disampaikan, aku secara automatik terus bertindak mengikut arahan SMS tersebut. Menyiasat maklumat lanjut di laman yang diberikan untuk mengetahui lebih lanjut perkhabaran tersebut. Akhirnya,pencarian aku terjawab dengan lengkap. Berikut adalah hasil siasatan dan RnD aku.

Seperti drama dan filem-filem internasional soalan klise terus terpacul dari mulut aku. ”Jawapan ini bukan menjawap persoalan aku malah memberikan aku lebih banyak persoalan!” Ya, aku perlu memahami kelima-lima seksyen yang ditunjukkan didalam kotak 5x5 tersebut. Apa format yang mereka gunakan dan bagaimana untuk mengatasi mereka dengan berkesan.

Maka, quest 2.0 aku pun bermula....

Comments

Popular posts from this blog

AUTO: MEMILIH SISTEM SUSPENSI KERETA ANDA

Two bucket and the Elegent

AUTO : Apa itu CVT pada Saga FLX anda? CVT for dummies