Passionate readers

Pages

Wednesday, 31 December 2014

SELAMAT TINGGAL 2014

2014 is past

Salam 1 Malaysia, tahun 2014 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia dimana pelbagai peristiwa yang membuka mata dunia telah berlaku pada tahun ini. Peristiwa yang berlaku baik dari yang nyata sehinggalah yang ghaib semua tidak terkecuali berlaku di Malaysia.


Hilang dan ghaib adalah perkara biasa apabila Malaysia berada di bawah pucuk pimpinan dato.N sejak dari peristiwa Altantuya yang ghaib akibat kemenyan C4 kini tahun 2014 ghaib pula pesawat Boeing 777-200ER di lautan tanpa kesan. Heboh satu dunia peristiwa ghaib ini apabila pelbagai teori dikeluarkan oleh para saintis, para doktor, para dato, para bomoh, para doktor dan saintis google, para keyboard warrior dan juga tak lupa para yang capap. Semua golongan masyarakat dan lapisan masyarakat sibuk menyuarakan pendapat, tomahan, anggapan dan juga omong kosong dilaman sosial. Iainya tidak terhenti disitu, meletup pula sebuah lagi pesawat Malaysia Airline Boeing 777-200er apabila dibedil Ukraine MiG27, Ukraine atau Rusia tiada siapa mengetahui. Semua maklumat bercampur baur kita yang menilai mampu melihat tanpa mampu bertindak manakala yang mampu bertindak tidak mahu menilai ataupun memang tidak ada hak untuk menilai.





Di pengakhiran tahun 2014 seolah-olah tidak berkesempatan hilang lagi sebuah pesawat penumpang tambang murah Airasia yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura. Malaysia bersedih kerana Airasia milik syarikat Malaysia dan Indonesia merupakan jiran baik Malaysia ditambah lagi dengan kesedihan kehilangan dua pesawat sebelum ini Malaysia merasakan kehilangan kapal terbang di perairan Indonesia begitu dekat sekali.

Pada tahun 2014 juga Malaysia menyaksikan kejadian bencana alam yang paling teruk. Rentetan bencana alam ini dapat disaksikan bermula dari peristiwa banjir Cameron Highlands kemudian menyusur ke Kelantan menjalar ke Terengganu dan sekarang berada di kawasan perairan Pahang. Pantai barat juga menerima banjir apabila Perak merasa bah banjir di Kuala Kangsar. Kejadian banjir tahun 2014 menyaksikan hampir 300,000 rakyat Malaysia menderita akibat peristiwa banjir. Ini menunjukkan hampir 300,000 orang tidak berpuas hati terhadap perancangan dan tindakan dari kerajaan dalam menangani isu banjir ini. Nilai kerugian hampir berbilion ringgit namun angka kerugian sebenar masih lagi tidak dikeluarkan. Jelas, kerajaan Malaysia harus menubuhkan Jabatan Bencana Alam dan memperkasakan pelan tindakan dengan penambahan aset (Search and Rescue). 

Tahun 2014 banyak mematangkan rakyat Malaysia baik dari segi pemikiran, emosi dan juga spritual. Tahun 2014 memang menjadi aras penanda dalam membentuk rakyat Malaysia yang lebih daya tahan dan juga lebih daya saing. Kebangkitan rakyat melalui pemikiran dan juga kesedaran sivik dapat dilihat dengan ketara. Ini dapat disaksikan dengan kematangan rakyat dalam menangani permasalahan dengan begitu bijak. Mereka menyuarakan pendapat dan bersatu hati dalam suatu pilihan. Rakyat semakin memahami siapa diri mereka yang sebenarnya, siapakah tuan sebenar negara Malaysia yang kita cintai. 

Tahun 2015 diramalkan akan menjadi tahun yang lebih mencabar dengan ramalan ekonomi dunia akan lemah juga dengan kadar tukaran Ringgit Malaysia yang tidak memberangsangkan. Keadaan kewangan Kerajaan Malaysia juga diragui dan membimbangkan. Badai tahun 2015 lebih bersifat mata wang dan angka. Bersedialah semua rakyat marhaen. Mari berpegang tangan dan eratkan ikatan. Kuasa ditangan kita.

Terima Kasih 2014.

Selamat Datang 2015...


MH370 in memory

MH17 this is what they want you to see



Disini kami mengucapkan san mendoakan para pembaca semoga tahun 2015 membawa kebahagiaan, kemurahan rezeki, kesihatan yang lebih baik dan juga kesejahteraan kepada semua pembaca dan juga seluruh dunia. 
Semoga tahun 2015 lebih baik dari tahun 2014. 
Insyallah. Amin.

Wasalam.
kkuet.al



http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

2 comments:

  1. selamat tahun baru.. harap2 tahun ni x sebanyak musibah macam tahun lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah smga thun ni lbh baik dri thun lps..

      Delete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ