Passionate readers

Pages

Saturday, 6 September 2014

AUTO: LAMPU BREK KERETA TIDAK TERPADAM


SHE, mengalami masalah lampu brek belakangnya tidak terpadam. Aku hanya mengetahui masalah ini apabila aku ingin balik dari tempat kerja semalam.


Aku terus memeriksa sama ada aku ada terpasang lampu hadapan kereta sepanjang aku meletakkan SHE di tempat letak kereta tempat kerjaku. Tidak pula aku terpasangkan lampu hadapan, aku mula merasa pelik. Kenapa lampu belakang SHE terus menyala? Aku pergi ke lampu yang menyala itu. Ahh, panas sungguh lampu tersebut. Kepanasan lampu tersebut bermakna lampu itu sudah terpasang sekian lama tanpa aku sedari!

Habislah bateri SHE!

Aku mula kalut, aku terus menghidupkan enjin untuk melihat kadar bateri SHE. Kadar bateri SHE masih lagi seperti biasa. Pemikiran aku mula bermain-main dengan pelbagai anggapan. Adakah  berlaku litar pintas? Adakah sistem penggera mengalami masalah? atau Adakah computer box SHE sudah menunjukkan simptom masalah?

Ahh..

Jangan diikutkan sangat pemikiran yang tidak berlandaskan bukti. Aku kemudian terperasan suatu plat getah kecil seperti yang terdapat pada selipar di kaki tempat pemijak minyak. Sampah apa ini!?

Tidak mempedulikan sampah tersebut aku terus membuka bonet hadapan SHE untuk memeriksa sama ada wayar di bahagian enjin ada yang terputus atau tercabut.

Tiada.

Buntu.

Aku terus memandu pulang ke rumah, perut sudah lapar, badan sudah penat nanti saja aku fikirkan semuanya. Sepanjang perjalanan aku berharap agar sesiapa yang mengekori aku dibelakang tidak merasa terkeliru oleh lampu belakang aku yang terus menerus menyala. Bimbang aku mereka di belakang merasa bosan lantas memecut laju dek kerna terkeliru dengan lampu brek yang menyala tanpa henti. Demi keselamatan aku, lebih baik aku yang memecut laju. Pedal minyak ditekan rapat.

Akhirnya aku sampai dirumah. Aku mencari dimana kedudukan fuse box SHE, iainya berada dibawah stereng di dalam laci kecil papan pemuka. Aku menekan-nekan kesemua fuse manalah tahu ada yang longgar. Cubaan aku menganggu fuse box itu tidak menjadi. Memandangkan hari sudah malam aku ambil spana 12 dan menanggalkan punca positif bateri agar lampu yang menyala tidak menghabiskan kuasa bateri dengan sia-sia.

Esok.

Pada malam tadi aku ada menjalankan sedikit pencarian dan aku menemui jawapan kenapa lampu belakang SHE terus menyala. Ada beberapa kemungkinan kenapa lampu belakang kereta akan terus menyala. Satu, berlaku litar pintas didalam pendawaian kereta anda. Kalau ini adalah punca masalahnya maka anda terpaksa meninggalkan kereta di bengkel untuk dibedah siasat dan mencari dimana punca litar pintas tersebut. Iainya mungkin berlaku dibawah kerusi tempat duduk kereta ataupun disebalik alam wayar yang berkecamuk didalam papan pemuka anda. Litar pintas tidak dapat diselesaikan dengan cepat. Dua, getah pedal brek anda sudah pecah. Getah pedal brek adalah getah kecil berwarna hitam bulat ataupun ada beberapa bentuk lain yang berfungsi sebagai pengantara dengan suis lampu brek anda. Getah digunakan kerana getah didapati lebih lambat menghaus berbanding dengan material lain.

Owh.

Eh.

WTF!

Lihat getah kecil yang terpisah dari getah bulat besar itu, itulah yang menyebabkan getah brek ini gagal berfungsi.
Getah kecil hitam yang aku sangkakan datang dari selipar itu adalah getah yang berada di pedal brek SHE! Itulah punca kepada permasalahan lampu brek SHE terus menyala. Getah pedal brek itu sudah tertanggal dan pengantara dengan suis lampu brek sudah tiada menjadikan suis tersebut akan terus tertutup maka lampu akan terus menyala.

Perhatikan bulatan merah. Perhatikan juga terdapat lubang disitu. Disitulah sepatutnya getah brek tersebut terletak.
Light Switch Contact Rubber Pad, inilah dia getah kecil hitam yang aku maksudkan.


Mechaninal Stop Light Switch, suis yang berfungsi mengawal lampu brek belakang.
Anatomi bagaimana pedal brek dan lampu brek menyala.
"Root cause" sudah dikenalpasti, sekarang kita laksanakan "corrective maintenance" pula. Fungsi "Light Switch Contact Rubber Pad" ialah menjadi pengantara suis dan pedal brek. Fungsinya amat ringkas sehinggakan duit 1 sen pun boleh digunakan dengan bijaksana mengantikan rubber pad tersebut. Aku pun terus memperosokkan diri ke bawah papan pemuka pemandu untuk mencari suis lampu brek yang sudah tertanggal getahnya. Aku pun menjumpai dimana letaknya getah pedal brek tersebut. Memang terbukti getah pedal brek itu sudah tercabut. Aku menanyakan rakan baik aku yang bekerja di kedai alat ganti kereta untuk mendapatkan alat ganti getah tersebut. 

Kos untuk alat ganti getah tersebut berharga MYR 2.00, tapi sebelum aku mendapatkan getah tersebut aku harus pergi kerja dan dengan lampu brek yang menyala sentiasa aku rasakan iainya tidak sesuai. Jadi penyelesaian harus dijalankan! Menggunakan hanya senjata alam misteri yang paling serbaguna iaitu pita perekat dan juga kertas surat khabar aku membuat suatu gantian getah brek yang sangat simple dan bijak. Ternyata selepas beberapa penggunaan iainya begitu berkesan malahan brek juga terasa sangat lembut.

Pita perekat dan juga surat khabar lipat. Terbukti berkesan sejak Perang Dunia Pertama lagi.
Hahaha.

Tengahari esok waktu lunch aku pergi ke kedai kawanku dan mendapatkan getah brek tersebut. Apa yang aku dapati tidak sama sekali dengan apa yang SHE gunakan. Aku sudah cuba memaksa getah brek itu masuk namun gagal. Sedikit pengubahsuain harus dijalankan. Setelah beberapa kali aku memperosokkan diri dibawah pemuka SHE akhirnya aku berjaya mendapatkan padanan yang sesuai dengan menggunakan peralatan pisau. Aku mengikis sedikit demi sedikit getah brek tersebut sehingga iainya padan untuk dimasukkan ke dalam pedal brek.   

Kiri adalah yang asli yang kanan adalah alat ganti. Terdapat sedikit kesan kikisan, menunjukkan aku sedang melakukan pengubahsuaian.
Setelah beberapa kali mencuba akhirnya aku berjaya mendapatkan padanan yang sesuai dan aku masukkan kedalam lubang getah brek itu terletak. Akhirnya aku berjaya membaiki lampu belakang aku yang terus menyala. 

Pengubahsuaian akhir. Perhatikan bahagian sendal disekeliling sudah dikikis untuk memudahkan iainya masuk ke tempatnya.


Keadaan ketika pedal brek tidak ditekan setelah getah brek digantikan. Lampu belakang tidak menyala.
Keadaan ketika pedal brek ditekan setelah getah brek digantikan. Lampu belakang menyala.
Akhir kata, aku berjaya menyelesaikan masalah lampu brek belakang yang menyala dengan sendiri. Tahniah. Sekarang, kalau lampu brek korang menyala tak tentu pasal jangan kalut periksa dahulu masalah di pedal brek dahulu. Jangan terus melulu ke bengkel kereta.

Ok, jumpa di post lain.

KKu et.al

p/s: Jangan lupa sediakan ubat sakit belakang ketika melakukan pembaikan getah brek. 
p/s/s: Juga kertas bersih untuk melapik kepala ketika terperosok dibawah papan pemuka. 

http://www.emailcashpro.com
http://thegoldensentinel.blogspot.com

32 comments:

  1. What's up to every , since I am actually eager of reading this website's post to
    be updated regularly. It consists of good information.

    Here is my blog post - charter flight uk

    ReplyDelete
  2. Hi there it's me, I am also visiting this website
    on a regular basis, this web page is actually good and the
    visitors are genuinely sharing nice thoughts.

    Here is my page :: Moncler

    ReplyDelete
  3. If some one wishes expert view about running a blog then i advise him/her to go to see this blog, Keep up the
    nice job.

    Feel free to visit my web site - Los Angeles Personal Injury Law Firms

    ReplyDelete
  4. Very shortly this web page will be famous amid all blog
    users, due to it's fastidious posts

    Take a look at my webpage; cheap123 computer repair

    ReplyDelete
  5. I like the helpful info you provide inn your articles. I will bookmark your
    blog aand check again herde regularly. I am quite certain I'll learn lots of new stuff right here!
    Good luck for the next!

    My web site: boom beach hack

    ReplyDelete
  6. I think this is one of the most significant info for me.
    And i'm glad reading your article. But wanna remark on some general things, The site style is ideal, the articles is really nice
    : D. Good job, cheers

    Feel free to visit my page Landscaping Services Denver Denver CO

    ReplyDelete
  7. Outstanding post however I was wanting to know if you could write a litte more on this topic?
    I'd be very thankful if you could elaborate a little bit further.
    Bless you!

    My web blog; sell house online

    ReplyDelete
  8. I do agree with all of the ideas you have offered for
    your post. They are very convincing and will certainly work.

    Still, the posts are too brief for starters. Could you please extend them a bit from subsequent time?
    Thanks for the post.

    Also visit my blog post; social media marketing job

    ReplyDelete
  9. Terima kasih tuan, kerana memaparkan maklumat di atas untuk panduan. Saya menghadapi masalah yang sama seperti tuan semalam, nasib tuan saya mencari dan terjumpa artikel tuan. Semoga Allah memurahkan rezeki dan umur tuan.Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Berguna juga artikel ini ditulis. Memang tujuan saya menulis semua artikel disini adalah untuk membantu semua orang yang dalam masalah berkaitan dengan kereta. Banyak benda yang kita boleh settlekan sendiri cuma kita x tau cara bagaimana. Terima kasih kerana meluangkan masa di laman kecil saya ini.

      Delete
  10. Thank you for your article..it really help me tonight.. initially I thought it was due to the short circuit. Now, I put a coin in between of the brake padle for temporary countermeasure.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah terima kasih di atas article ni. Saya letak dua keping duit syiling je dekat mechanical switch light tu. Selesai masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak guna glue ke?

      Delete
    2. Terima kasih diatas info.yg sgt membantu dan telah diselesaikan pagi nie..

      Delete
  12. terbaik artikel ni..terima kasih selesaikan masalah sya..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih, informasi ini telah menyelesaikan masalah saya. Baru sebentar tadi saya cek benda ni pada kereta saya ternyata memang betul terdapat serpihan pad getah bulat berselerakan di atas lapik kereta. Lepas ni kena bawah ke bengkel untuk pembaikan. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.baru mgunakan ilmu dr blog ni.kereta adik lampu break tak padam.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih tuan kerana menyediakan maklumat ini, masalah yang sama dihadapi oleh saya, hancur terus getah brek saya. Alhamdulillah saya jumpe artikel tuan. Terima kasih banyak2 tuan !

    ReplyDelete
  16. alhamulillah, thanks sebab tulis entry yang amat bermanfaat ni. saya pun dapat masalah yg samadan sblm ke service centre saya terbaca entry ni. service centre sahkanmmg itu puncanya dan kosnya hanya RM5. TQVM tuan.

    ReplyDelete
  17. Tqvm artikel ni lengkap with picture. 5 bintang mmg solved problem saya. Murah rezeki cik

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya blog ni. Baru tadi kena situasi yg. sama dan dapat diatasi guna trik yg diberi.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih..Tuan
    Info yang membantu si buntu..
    Jumpa solusi dari artikel ini..

    ReplyDelete
  20. thanks for info I already done d.I.y with plastic nut only

    ReplyDelete
  21. Salam bos.. Minta bantu.. Masalah saya kenapa bila on lampu hadapan lampu brek atas sentiasa nyala.. Tp bila off lampu depan sistem jalan seperti biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya juga masalah yang sama... Ada sapa boleh bantu

      Delete
  22. Salam tuan..saya dah tukar getah ni dah ok lampu brek...tapi dia ada bunyi tek 1x bila pijak brek...dan bila lepas brek pun bunyi tek 1x...apa masalah ni ye tuan..

    ReplyDelete
  23. Sangat berguna. Allah yg mmbalas Tuan dng seribu kebaikkan . walaupun sekadar post di blog sgt berguna

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ