Passionate readers

Pages

Saturday, 14 September 2013

LOCAL: Maya Karin dan Shaheizy Sam berjimat minyak dengan bantuan anda!


PETRONAS mengajar kita bagaimana untuk berjimat dengan mengajak pengguna bersama terlibat dalam pengembaraan Maya Karin dan Shaheizy Sam! 


Mari kita belajar bersama Petronas bagaimana untuk menjimatkan minyak dengan menyertai pengembaraan dari Serdang ke Kulim Kedah! Perjalanan yang hampir separuh dari keluasan Malaysia! 

Kita boleh terlibat dengan men-Tweet artis kegemaran kita dan setiap Tweet akan dikira sebagai markah kepada artis kegemeran kita. Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, Him Law dan Bii antara artis yang terlibat dan memerlukan Tweet anda tersangat! Mari kita membantu mereka dalam pengembaraan mereka. 

JOM IKUT SAMA DALAM PENGEMBARAAN FUELED BY FANS



Learn how to save fuel by participating in the roadtrip and journey from Serdang to Kulim Kedah! That is almost crossing the country. Petronas will teach us the correct way of fuel saving and how make full used of our fuel accrodingly. 

How do we participate? We just have to fuel our favourable avatar which is your favourite celebrity Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, Him Law and Bii by TWEET-ing them during their journey. Each tweet they received will be a point to them. Yes, it really an interactive gameshow, their win and losses can be control by us! So let start guys!


Harga minyak naik maka minyak adalah sesuatu yang perlu kita jimatkan secara total. Jadilah seorang pengguna yang sensitif tentang minyak. Kereta, motorsikal, lori dan bas adalah nadi pergerakkan seorang manusia di abad ke-21 sekarang. Minyak petrol yang menjana sebahagian besar pengangkutan itu sudah menjadi amat penting dan berharga. Bayangkan jika minyak tiada, bagaimana kita hendak menjalankan aktivit harian kita. Nak pergi ke kerja pun susah! 

Ya, korang semua pandai. Hibrid, NGV kan ada. Berapa harga kereta hibrid sekarang? Berapa kos memasang sistem NGV sekarang? Kenapa kerajaan tidak mensubsidikan NGV dan kereta Hibrid? Itu adalah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan sekarang. Tetapi itu semua akan melalui birokrasi dan juga hari kematian jutawan-jutawan yang menguasai pasaran tenaga hari ini. Ianya hampir kepada mustahil. Warga Malaysia sekarang terpaksa menunggu dan menghadapi kerakusan kenaikan harga minyak dan nafsu jutawan yang menindas rakyat. Bertahan selama 30 tahun. Usaha bertahan bagaimana? 

Berjimat cermat dengan sumber petrol yang kita beli sekarang.

1. Beli minyak di waktu suhu sejuk

Beli time hujan ke, mendung ke, dan waktu yang seangkatan dengannya. Jangan beli minyak pada waktu tengahari masa kuar lunch sebab petrol pump mesti sesak. Disarankan beli waktu malam untuk bekalan esok hari.


Kenapa nak full tank? Sebab isi sikit-sikit merugikan. Minyak yang sedikit akan menyebabkan anda membawa kereta dengan laju untuk ke stesen minyak seterusnya dengan anggapan biasa lagi laju kereta maka lagi cepat sampai. Tetapi bagaimana jika anda di kawasan yang stesen minyak berjarak 150km antaranya? Menyesal tak isi minyak penuh!!! Isi minyak full tank lebih menjimatkan dengan kad kredit sebab selain dapat isi penuh anda dapat point dan kadang-kadang dapat rebat minyak plak. Banyak agensi point redeem sekarang. Contohnya yang ini. 

3. Rancang perjalanan anda

Ye, planning is important. Fail to plan fail to success. Walaupun nak pergi ke kedai mamak nak beli roti kosong sekeping pun silalah rancang perjalanan anda. Perlukah anda membungkus kuah kacang atau kuah kari dengan sambal untuk dibawa balik makan dengan roti kosong nanti? 

4. Periksa kondisi tayar

Tayar memainkan peranan penting untuk kereta kerana tayar sahaja yang mengerakkan kereta anda diatas jalan raya. Periksa bunga tayar anda dan isi angin kereta anda. Bunga tayar yang sudah haus akan mengurangkan cengkaman dan menyebabkan tayar berpusing lebih dari yang sepatutnya, burnout adalah sesuatu yang membazir. Anda memerlukan setiap milimeter cengkaman untuk menjimatkan minyak anda. Angin yang tidak mencukupi akan membuatkan tayar anda lembik. Berat kereta anda akan berganda dan meningkatkan DRAG kereta anda dan setiap gerakan akan menambahkan penggunaan petrol anda. Setting aku, tayar keras sedikit untuk jarak dekat, dan tayar pada spesifikasi kilang untuk jalan jauh.

5. Kurangkan berat kereta anda. 

Rata-rata kereta beratnya ialah 1.3 tan. Sebuah kereta lumba beratnya hanya 700kg sebab itu kereta lumba pecutannya laju, 0-100 bawah 10 saat. Kurangkan berat bukan bermaksud tinggalkan tayar spare kat rumah tetapi sila jangan jadikan kereta anda lemari penyimpanan barang. Hanya barangan yang perlu sahaja sepatutnya berada didalam dan bukannya hampir 60% isi rumah didalamnya. Kalau mampu, tukar bodykit Carbon fiber atau tak perlu tukar langsung, sebab bodykit aftermarket yang stylo mylo tu berat nak mampus. Juga sila kuarkan pekeliling berat penumpang dan pemandu hanyalah bawah 50kg sahaja setiap seorang. 

6. Bijak semasa membrek dan menukar gear.

Tip yang ini memang memerlukan kemahiran sedikit, jika korang berjaya menguasainya maka korang tidak jauh beza dengan Michael Shumacher dan Michael Jackson. Sebagai seorang pemandu, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memerhatikan pergerakan kereta dihadapan anda dan juga dihadapan kereta dihadapan anda. Anda sepatutnya mampu membaca pergerakkan dan mengagak bacaan pemanduannnya. Jika pemandu dihadapan anda belum membrek tetapi pemandu dihadapannya sudah membrek anda sepatutnya sudah membrek untuk mengelakkan brek mengejut yang akan membazirkan minyak, tayar, brek pad, tenaga dan juga menyelamatkan kereta anda dari melanggar kereta dihadapan. Jika anda lihat kereta dihadapan anda sering bermain brek sila jauhkan diri dengan memotongnya kerana pemandu yang selalu bermain brek sentiasa terlibat didalam kemalangan. Penukaran gear pula, sila tukar gear mengikut keadaan jalan. Mulakan perjalanan dengan gear 1 dan bukannya gear 2 dan sila free gear jika kereta anda tidak berjalan. Jika anda berada dalam gear 1 di depan lampu isyarat aku boleh katakan anda orang kaya.

7. Kelajuan yang menjimatkan

Kelajuan yang menjimatkan ialah keadaan dimana kereta anda paling laju didalam penggunaan minyak paling optimum. Sebagai contoh, Saga FLX CVT kelajuannya ialah pada 90kmj lebih dari itu kerata itu tidak menjimatkan langsung. Sila rujuk manual kereta dan spesifikasi yang telah disarankan oleh pengeluar kereta. Skemakan? Tetapi skema people live longer bro. Secara universal kelajuan lebih 100kmj menggunakan minyak lebih banyak maka silalah pandu kereta bawah 100kmj dan pastikan anda berada di lane KIRI di lebuhraya sebab kat higway semua orang bawak 140kmj!



8. Off air cond bukak tingkap sikit

Aircond dihasilkan melalui kuasa yang lahir dari enjin anda dan menambahkan drag kepada enjin anda. RPM biasa enjin anda ialah 1K tetapi dengan aircond dihidupkan iainya menjadi 1.5K. Minyak digunakan lebih banyak untuk menghasilkan suasana sejuk didalam kereta. Jadi ada baiknya gunakan aircond bila perlu sahaja dan percayalah Panas didunia hanya sementara. Pasanglah kipas kecil kaler biru solar dalam kereta.

9. Berkongsi kenderaan. 

Berpakatlah anda dengan rakan-rakan, jiran-jiran, dan grup FB anda dalam berkongsi kereta. Sesungguhnya iainya dapat menjimatkan minyak dan mengurangkan kesesakan jalan raya. Baik naik pengangkutan awam sahaja. 

10. Naik basikal, skuter, roller blade, skateboard or public transport.

Pindah dekat area tempat keje dan naik basikal ke tempat kerja. Sebab kenderaan anda banyak digunakan untuk ke tempat kerja sepanjang hayatnya. Untunglah warga kota KL yang ada LRT, MRT, MONOREL senang naik train ke tempat keje. Haiihhh

11. Selenggara kereta mengikut waktu yang ditetapkan.

Tukar minyak enjin, minyak gearbox, minyak brek, minyak power steering, minyak angin cap kapak, penapis minyak, penapis angin, anda mengikut waktu yang telah ditetapkan kerana semua itu akan memastikan kereta anda berfungsi sebaik mungkin dan mengurangkan belanja membaiki kereta anda dikemudian hari. Percayalah.


Aku mengamalkan semua tip diatas dan ternyata berkesan yang amat. Korang bolehlah cuba dan jadilah seorang pemandu yang bijak menguruskan kereta dan penggunaan minyak kereta anda.


KKu et.al
p/s Jangan beli RON 92, itu minyak tanah







8 comments:

  1. Bila cakap pasal minyak nie teringat 2 org mmber nie.. Kesian dorang pegi kerja naik kereta motor. Hhmmm Dah la ade salah paham hari tu pasal kes nie.

    ReplyDelete
  2. Naek keter motor asing2 ke..knp cmgtu..gdoh psl mnyk je..huhu

    ReplyDelete
  3. Naek keter motor asing2 ke..knp cmgtu..gdoh psl mnyk je..huhu

    ReplyDelete
  4. pasal point no.3 tu, isi bagi penuh supaya ruang udara dalam tangki kurang. bila tangki penuh, bahagian udara dalam tangki kurang (volume udara kurang). dalam masa yg sama, tanpa mengira volume udara, vapour pressure yang dihasilkan oleh petrol tak berubah. jadi, untuk menghasilkan vapour pressure yg sama, bagi tangki yg penuh, bilangan molecule petrol yg tersejat dalam tanki akan berkurang.


    fuh, petua lecturer kimia masa kat matrikulasi dulu. igt smpai skrg.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point no 2 actually..oooo..vapour and ruang udara dlm tank..nice explanation..tpi petrol mmg mudh tersejatkan?

      Delete
    2. yup.. lagi mudah meruap berbanding air..

      Delete
  5. selalu tuang minyak pada awal pagi...

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ