Passionate readers

Pages

Wednesday, 28 August 2013

LOCAL: Genting bermandi darah, suatu rentetan


Baru - baru ini negara dikejutkan dengan kemalangan bas jatuh ke dalam gaung di Genting Sempah, berdekatan dengan Genting Highlands. Umum mengetahui bahawa Genting Highlands mempunyai banyak kisah - kisah mistik dan ghaib. 


Post kali ini bukan bersifat tahyul dan mistik namun kesinambungan itu walau samar tetap ada. Genting Highlands merupakan tempat manusia berseronok tidak kira apa jenis kaum dan agama masing-masing. Boleh dikatakan Genting Highlands umpama Las Vegas yang bertempat di bumi Malaysia. Post kali ini menyampaikan rentetan dan kesinambungan antara kejadian-kejadian di Genting Highlands yang mungkin berkaitan antara satu sama lain.



Kemalangan yang berlaku jam 2.45 petang tadi apabila bas terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter merupakan yang terburuk bukan sahaja melibatkan kawasan Genting Highlands, malah dalam sejarah kemalangan negara. Setakat jam 9 malam, 37 penumpang telah disahkan maut manakala 16 lagi cedera.

Sesiapa sahaja yang pernah ke pusat peranginan Genting Highlands pasti sedia maklum keadaan muka bumi berbahaya kawasan berkenaan terutama ketika melalui Genting Sempah yang curam dan bergaung. Keadaan ini menyediakan risiko besar berlaku kemalangan terutama apabila suasana gelap atau cuaca kurang baik.

Di bawah, antara kemalangan melibatkan bas yang pernah berlaku di Genting Sempah namun tidak ada yang dapat menyaingi dahsyatnya kemalangan yang berlaku pada hari ini.

15/7/1996

17 orang termasuk 6 kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

31/12/1996

Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

14/11/1999

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

20/9/2003

Seorang terbunuh manakala 13 cedera termasuk 2 parah apabila sebuah bas membawa 43 penumpang terbalik dan terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 19, Genting Sempah. Bas tersebut membawa rombongan dari Ipoh, Perak melawat Genting Highlands selama dua hari satu malam. Kemalangan berpunca daripada masalah brek.

20/11/2006

3 pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

3/6/2008

2 penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang dinaiki terbabas lalu terjunam 9 meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

2/9/2010

18 orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

29/10/2010

7 maut, 17 cedera parah dan 22 cedera ringan dalam kemalangan bas pelancongan di KM38, Genting Sempah. Mangsa yang maut termasuk ketua rombongan, Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang juga seorang guru agama. Kesemua mangsa terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah. Ketujuh-tujuh jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Baru Siong. Kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek, ketika bas menuruni Genting Sempah kira-kira pukul 7.50 malam.

5/3/2012

2 pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands jam 8 pagi. Bas pelancong berkenaan yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam. Bas berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik. Kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat sejak awal pagi. – REM RAMZI, 21 Ogos 2013





PENGENDALI destinasi resort terbesar dunia, Resorts World Genting bakal membangunkan taman tema Twentieth Century Fox antarabangsa pertama di dunia dengan pelaburan lebih RM400 juta.

Pelaburan itu adalah sebahagian daripada RM3 bilion untuk program pengubahsuaian Resorts World Genting yang juga termasuk pembinaan tambahan 1,300 bilik hotel bersebelahan First World Hotel.

Taman tema yang bakal dibangunkan di atas tanah seluas lebih 10 hektar dan dijangka siap menjelang 2015 ini, akan menampilkan lebih 25 permainan dan tarikan dari pelbagai tajuk filem blockbuster Twentieth Century Fox seperti Ice Age, Rio, Life of Pi dan Predator.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, kerjasama yang dijalin dengan nama legenda dalam industri hiburan ini sekali gus untuk mencapai visi syarikat untuk menjadi jenama taman tema bertaraf dunia.

“Pembinaan taman tema ini membolehkan pertumbuhan perniagaan berterusan yang dinamik selain memastikan Resorts World Genting terus menjadi pilihan percutian terbaik untuk pengunjung tempatan dan luar negara.

“Kerjasama ini juga melambangkan masa depan di mana kami menggabungkan kekuatan, pelaburan antara satu sama lain dan menggalakkan pelancongan serta kemakmuran ekonomi Malaysia,” katanya pada majlis pengumuman taman tema tersebut dan menandatangani perjanjian berlesen bersama Twentieth Century Fox Consumer Products, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga yakin taman tema Twentieth Century Fox mempunyai keunikan dalam menyampai dan menyediakan hiburan bertaraf dunia yang akan memenuhi permintaan taman tema bersifat sinematik yang semakin meningkat.

Setelah selesai pembinaannya, Resorts Wolrd Genting optimis menggandakan jumlah pengunjung kepada lebih 40 juta orang setahun berbanding 20.5 juta yang dicatatkan ketika ini.

Bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan taman tema itu juga, taman tema luar Genting akan ditutup bermula 1 September. - NORHANA FARIZA HARUN, 27 Julai 2013

Kejadian berlaku setelah Genting Highlands bakal ditutup. Mungkinkah kaitan itu wujud?

KKu et.al

p/s: Fobia of conspiracy theory is not good. 
p/ss: Credit to Sumber - sumber



No comments:

Post a Comment

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ