Passionate readers

Pages

Monday, 22 July 2013

CINE : TURBO - Siput berkuasa 300 km/h!



Cerita seekor Siput yang meminati dunia permotoran dan begitu menjiwai dunia yang diminatinya. Siput yang bernama Turbo itu begitu bersemangat meminati dunia permotoran sehinggakan die menanggapkan dirinya seperti sebuah kereta lumba. Turbo mempunyai abang dan abangnya sering meningatkan Turbo bahawa mereka adalah siput dan tidak mampu bergerak laju seperti sebuah kereta lumba. Namun Turbo tidak pernah berputus asa malah dia mencatatkan rekod 30cm dalam 17 minit! Laju bukan!!



Semuanya berubah apabila Turbo secara tidak sengaja mendapat kuasa daripada NOS hasil daripada pengembaraanya kedalam Super Charge Mustang ala-ala HotWheel. Sejak dari hari itu Turbo dikurniakan dengan kelajuan yang sangat melampaui batasan. Dirinya juga bertukar menjadi sebuah kereta apabila matanya boleh mengeluarkan cahaya lampu, ekornya  mengeluarkan lampu merah, mulutnya boleh mengeluarkan bunyi radio malah dilengkapi dengan sistem penggera. 



Penggembaraan Turbo dan Abangnya berterusan sehingga mereka tiba di Starlight Plaza, kawasan perniagaan yang suram dan tidak begitu dikenali oleh orang ramai. Starlight Plaza dihuni oleh sebuah bengkel, kedai hobi, kedai rawatan kuku, dan kedai makanan mexico iaitu Taco. 

Kesemua kedai ini menjalankan aktiviti malam mereka dengan berlumba siput! Secocok dengan ketibaan Turbo dan abangnya, Turbo terus menjadi perhatian ramai. Pengembaraan Turbo berterusan lagi apabila adik kepada pemilik kedai Taco mula memasukkan Turbo ke dalam perlumbaan Indy 500 dengan tujuan untuk menarik perhatian semua orang untuk pergi melawat Starlight Plaza. Malahan, kos penyertaan Turbo ke dalam Indy 500 juga di taja oleh kedai-kedai di Starlight Plaza. 

Turbo tiba di Litar Indy 500 dan dibenarkan untuk berlumba apabila ramai orang mula tertarik dengan kelajuan menakjubkan Turbo! Turbo juga mendapat sokongan daripada Guy D Guave pemegang rekod dan juara berturut-turut Indy 500 yang juga merupakan idola kepada Turbo. 

Perlumbaan bermula dan Turbo akhirnya terpaksa berdepan dengan idolanya sendiri pada kelajuan hampir 280 km/h! Mampukah Turbo memenangi idola nya dan menaikkan nama Starlight Plaza? 


Saksikan Turbo di pawagam berdekatan!!!

Review


Menonton Turbo merupakan satu pengalaman baru apabila kita menonton siput sebesar saiz sebuah kereta di pawagam! Ianya pada mulanya agak mengelikan malah mengganggu fikiran. Mesti terbayang-bayang dalam fikiran kehidupan siput babi di atas tanah lembap yang kotor di samping daun-daun kering dan lendirnya yang melekit itu. Bayangkan ianya melekit di skrin pawagam anda! Blurghhhh...

Ya, gangguan itu ada namun ianya hanya berlangsung selama 2 minit sahaja!! Kenapa? 


Penggunaan Warna ceria dan terang membuatkan kita lupa akan hakikat seekor siput itu! Turbo begitu penuh dengan warna -warni yang begitu terang dan ceria. Anda akan rasa seperti anda disajikan dengan pelbagai jenis warna yang memberikan rasa aman dan tenang sepanjang menonton Turbo. Rasa aman dan tenang itu sekali sekala diganggu dengan hakikat siput namun akhirnya anda dapat menikmati Turbo dengan tenang apabila garapan cerita dan plotnya yang menyentuh perasaan membuatkan anda hanyut dan terpukau dengan persembahan cerita Turbo. 


Penghayatan Turbo akan lebih terasa dengan efek 3D! Saya dan isteri menonton Turbo dalam 3D. Serius ianya begitu memukau! Sangat memukau! Kami terpana sepanjang menonton Turbo! 


Malah kami hampir sebak mengetahui Turbo kehilangan kuasanya dan juga takut akan Turbo diapa-apakan semasa Turbo cuba melalui dicelah-celah kereta lumba Indy 500 yang jauh lebih besar darinya. Kami begitu terpersona dan menyanyangi Turbo. Persembahan Turbo begitu HEBAT!


Turbo merupakan sebuah filem perjuangan semangat dan kepercayan atas impian seseorang. Turbo juga menerapkan nilai-nilai persahabatan yang tinggi dan juga nilai persaudaraan antara abang dan adik yang sangat indah. Turbo amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana nilai-nilai murni dan garapan mainan perasaan yang sangat kaya. Tidak rugi anda menonton Turbo! Rasai kelajuan siput berkuasa TURBO sekarang!

KKU et.al & MLL et.al



p/s Diakhir filem, anda akan terfikir, NAK BELA SIPUT Lah!

3 comments:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ