Passionate readers

Pages

Monday, 20 May 2013

LOCAL : Chicken Chop Pirates Chef Noodle House, Sri Manjung, Perak memang Sedap!


Chicken chop makanan yang paling popular untuk dinikmati sekarang. Ia bukan sahaja sedap, malahan penyediaannya dari segi masakan agak mudah pada pandangan seorang yang hanya tahu makan. Yela, ada "fench fris", "sayur koslow", "cili sos" , isi ayam yang semua orang tahu boleh dibeli dipasar raya besar dan masak sendiri di rumah. Disebalik semua kenyataan itu peminat makanan tetap juga menikmati chicken chop di kedai-kedai Melayu keBaratan.

Di Johor sahaja lambakan kedai chicken chop usah dinyatakan lagi, ibarat cendawan mitsubishi (mitsutake) tumbuh selepas banjir di Kota Tinggi. Chicken Hutan Bandar, Chiken Chop Angah, Chicken Chop Anugerah dan lain-lain lagi kedai western Melayu keBaratan menjual hidangan chicken chop di tepi jalan semacam air Cendol pulut.

 
Bila sahaja aku sampai ke Lumut, Perak deria rasa aku ni tetap terliurkan chicken chop! Aduh..Chicken chop juga yang dicari!

Bersama Miss LovaLova kami pusing-pusing bandar Lumut mencari kedai mana yang menjual chicken chop. Itupun dia!

CHEF NOODLE HOUSE Chinese Seafood & Steamboat

Chef Noodle House 
Restoran ni boleh tahan besar dan dekorasinya memang lawa. Suasananya berkonsepkan restoran didalam taman dengan bunyi air dari kolam air yang berdekatan membangkitkan suasana indah dan nyaman. Namun terdapat sedikit bau-bauan yang sedikit menyengat dan mengurangkan meter nyaman  malam itu. Apabila anda mendapat tempat duduk anda akan segera dilayan di sambut oleh pelayan kedai tersebut dengan menu besar yang berbentuk unik.

Ruangan dalaman CNH
Terdapat banyak pilihan makanan yang berasaskan mee dan ikan bakar untuk dipilih. Boleh jadi rambang mata dibuatnya. Setelah berbincang dan mengingatkan kembali misi kami ke situ kami memesan 1 set chicken chop biasa dan 1 set chicken chop pirates. Minuman kami pada malam itu ialah jus tembikai dan jus kiwi.

Sementara menunggu ketibaan makanan kami menikmati suasana tenang di restoran tersebut. Lokasi restora yang tidak berapa jauh dari jalan utama membuatkan persekitaran disekeliling memang tenang dan hanya kedengaran bunyi hon kereta dan bingit jalanraya sayup-sayup sahaja.

Beberapa minit kemudian makanan dan air sampai.

Depan Chicken Chop Pirates, Belakang Chicken Chop
Menyelerakan?
Aroma dan persembahan dari makanan amat menyelerakan dengan pilihan warna dan kepekatan air yang mengiurkan. Warna sos lada hitam dan mayonis yang pekat memutih membuatkan kami geram untuk melicinkan pinggan ala ala hotel itu. Susun letak ayam dan fench fris nya semacam seorang chef yang berpengalaman. Memang ikut standard hotel. Sebagai seorang yang menghargai seni anda dapat rasa kudrat dan masa yang diambil dalam menyediakan juadah barat tersebut untuk anda - penuh perasaan!



Chef noodle house (CNH) memang mementingkan kepuasan pelanggannya dengan menu ciptaan mereka iaitu Chicken Chop Pirates (CCP). CCP ialah hidangan fusion antara barat dan timur apabila hidangan chicken chop tersebut disertakan sekali dengan nasi goreng cendawan. Unik bukan. Sos lada hitamnya memang membangikitkan deria rasa apabila keseimbangan rasa pedas dan rasa ayam itu begitu sebati sekali ditemani lagi dengan sos mayonis yang menjadikan rasa tersebut bervariasi dengan serasi. Slurrpp. Ayamnya pula begitu lembut dan rasa ayam itu begitu jelas berkokok bertenggek diatas reseptor rasa lidahku. Koookkk koookkk kookkk! Chicken chop tersebut di bakar dengan sekata dengan tidak terlalu lama dan tidak pula terlalu sekejap iainya just nice. Memakannya pula begitu mudah dengan potongan isi ayam yang professional menjadikan setiap suapan anda tidak pernah menyusahkan anda.

CCP yang best!
Nasi goreng cendawannya pula agak sedap cuma rasa cendawannya mungkin tenggelam didalam rasa lada hitam itu namun cubaan fusion tersebut harus dipuji. Iainya boleh diperbaiki dengan menyertakan sup cendawan barang sedikit sebagai penambah rasa untuk mencuci rasa pedas lada hitam semasa menikmati chicken chop tersebut. Fench fris -nya pula memang rangup dan digoreng garing, iainya berlemak dan penuh rasa kentang. Perfect!

French Fries segar!
Miss LovaLova pula sudah hanyut di buai rasa enak chicken chop tersebut dengan tidak mengendahkan setiap komenku semasa mencuba sajian enaknya  Chicken Chop biasa. Galak sungguh dirinya memotong setiap cebisan ayamnya. Mungkin terlalu enak baginya.

Chicken Chop MLL ordered.
Jus buah-buahannya pula begitu menyelerakan, memang terasa kiwi bergolek-golek didalam mulut selepas menghirup airnya.

Lokasi CNH, Happy Hunting
Kesimpulannya, CNH memang sebuah restoran yang wajib dikunjungi andai terasa untuk menikmati chicken chop yang spesial di Lumut. Cuma tandasnya sahaja agak mencemarkan jumlah bintang keunikkan restoran tersebut.

3.5 star for CNH

KKU et.al & MLL et.al

p/s: Tandas memainkan peranan penting untuk sesebuah restoran beroperasi. Please take note.



6 comments:

  1. Assalamualaikum, saya singgah dan follow blog ni :D Fuh.. sedapnyerr

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih kerana mengkomen kedai ayah saya.Saya mengewakili ayah saya Chef Am ingin meminta maaf jikalau ada yg tersilap hantar atau lambat service.Segala masalah akan diperbaiki

    P/s:Saya adalah anak kepada tuan kedia Chef Noodle House.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian anda untuk mengunjungi blog kerdil kami ini..kami benar-benar berpuas hati diatas perkhidmatan yang ditawarkan pihak anda..semuanya memang terbaik..dan kami tidak segan silu untuk mengunjungi lagi kedai anda dilain masa..semoga perniagaan pihak anda terus maju dimasa hadapan..:)

      Delete
  3. di mana ye kedai ni? landmark?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdekatan misa sport center sri manjung..dari simpang empat jalan utama petronas dan perodua..trus je ke jalan changkat jering - sri manjung - kampung koh..pastikan petronas dan perodua berada disebelah kanan anda dan maybank disebelah kiri anda. terus dan anda akn jumpa satu simpang empat berlampu isyarat. terus lagi sehingga anda bertemu dengan medan selera. kedai ini berada berdekatan situ. boleh juga hubungi M Aidil Adham sebagai tunjuk arah yang tepat. :)

      Delete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ