Passionate readers

Pages

Thursday, 7 February 2013

TECHNO : Facebook Graph Search itu apa?


Wajah Facebook korang kot??

Graph search? Carian graph? Apa itu graph search? 

Sebelum ni laman sosial kesayangan korang tu hanya boleh mencari dan menemukan semua carian korang di laman sosial tu. Tetapi kini tidak Facebook sudah berwajah baharu! Dengan fungsi yang dipertingkatkan lagi!





Carian korang pada masa itu hanya terhad pada mereka yang mempunyai senarai emel rakan terdahulu itu pun untuk mejemput mereka menyertai facebook seperti korang. Korang juga boleh mencari rakan-rakan dengan menggunakan nama rakan anda yang ingin dicari tetapi bagaimana kalau rakan anda tidak menggunakan nama sebenar di laman sosial yang amat besar itu. Rakan anda tetap tidak dapat dihubungi! 

Memperkenalkan Graph Search!

Graph search membantu anda mencari rakan anda, tempat dan perihal menarik diluar alam maya secara tidak langsung membantu melayari Facebook dengan perspektif baharu!

Kalau sebelum ini Facebook mengumpulkan sesuatu menggunakan identiti profil kini melalui Graph Search Facebook meng-identitikan tempat, filem, kawasan sebagai identiti. Tak faham?

Ok, 

Contoh 1

Profil A sangat sukakan filem Sang Kancil.
Profil B mencari filem Sang Kancil dan melihat Profil B menyukainya juga.
Maka, Profil B akan berhubungan dengan Profil A dalam topik filem Sang Kancil itu.

Graph Search mengumpulkan semua orang yang meminati filem Sang Kancil pada satu paparan.

Contoh 2

MekD Kawasan A disukai oleh Profil A, Profil B, Profil C etc. 
Maka, Graph Search akan memaparkan MekD disukai oleh profil tadi pada profil lainnya.

Faham?

Dalam bahasa pengaturcaraan yang aku pelajari lama dahulu Sang Kancil dan MekD itu dikenali sebagai Attribute dan Profil A itu adalah Primary key yang menyambungkan semua perihal. Dimana Profil A itu yang merupakan pengerak korang dalam melayari laman sosial eFBee tu. 

Graph Search pula menukarkan Atribut menjadi Primary Key. Dimana korang boleh terus menemukan semua orang yang menyukai MekD hanya dengan mencari MekD. Hebat dan memeningkan bukan. 

Maka dengan cara ini korang dapat menemukan rakan korang menggunakan nama yang berlainan hanya dengan berdasarkan minat dan tempat mereka tujui. 

Maka keluarlah seperti berikut 
Perhatikan My Friend who like..etc. Itulah Graph Search.
Korang mungkin suka dengan idea ni tetapi korang mungkin tidak perasan bahawa melalui cara ni profil korang akan dapat dilihat oleh semua orang. Tetapi korang jangan bimbang keputusan pencarian seseorang dengan yang lain adalah unik maksudnya korang takkan dapat keputusan pencarian yang sama dengan orang lain bergantung kepada setting profil korang itu sendiri. 


Hak peribadi, isu ini menjadi topik hangat di internet nun jauh di negara koboi sana apabila kerisauan rahsia aktiviti facebook mereka akan terbongkar dilihat dek orang lain termasuklah orang tersayang. Facebook menyedari hakikat tersebut dan setiap setting privasi korang tidak akan berubah apabila korang menyertai jaringan Graph search ini. Graph search menyediakan pencarian yang unik antara satu sama lain bergantung kepada setting profil seseorang itu. 

Berhenti minum Nescafe 3in1 jap. Hah, bercakap mengenai Nescafe 3in1 Regular yang sedap ni korang perasan tak bahawa buih Nescafe ni kalau korang dengar cam buih dalam minuman Coca Cola, takkan la Nescafe ni ada karbonat? Sllluuurrrpppp...Ok, sambung cerita Facebook tadi.

Segala macam perkongsian korang di dalam profil korang akan dapat dilihat di Graph search ni oleh orang lain. Semua maklumat korang! YA, semuanya termasuklah majalah kesukaan, gambar yang korang like, tagged, share,video korang tengok ALL of it! ada terpapar di Graph search ni. Ini untuk memudahkan seseorang itu menemui sahabat lain dan terus kekal berhubungan berdasarkan topik yang dicari oleh seseorang itu melalui Graph search. Ala, Graph search ni cam advertisement tool baru rekaan Facebook la senang cite apabila semua post korang tentang sesuatu itu akan memberi keuntungan kepada barang atau perkhidmatan korang suka tu. Bayangkan je Facebook korang tu cam Yellow Pages tapi yang untung bukan korang. Faham?

Graph search ni sekarang dalam fasa Beta, diorang tak launch full lagi so kepada sesiapa yang nak up-to-date sangat boleh join dan masuk dalam list menunggu. 

Camne nak join waiting list?

Nak join list menunggu ikut step kat bawah

1) Key in G at search button profil korang. Then kuar macam paparan kat bawah.
Notis button hijau "Learn about new Graph Search". KLIK itu.
2) Lepas tu korang akan sampai kat sini. 

Promo site Graph search
3) Kat Promo Site header to korang terus je boleh klik Join Waiting List ataupun kat bawah sekali!

Click on JOIN WAITING LIST!
4) DONE. Tunggu dapat notification dari eFBee!

Express link




So, kat web sana tu dah kecoh bagaimana nak prepare profil korang untuk Graph search berfungsi dengan baik tapi bagi aku yang penting setting privacy korang je. 

Privasi itu penting, bukan untuk merahsiakan sesuatu daripada orang tersayang tetapi untuk melindungi diri daripada diapa-apakan oleh orang yang tidak dikenali. - KKU et.al
Set smua kepada privacy dan klik yang mana korang rase perlu untuk dikongsi dengan orang lain. Di alam tenet pantas dan storan tinggi ni korang haruslah lebih berhati-hati dan bersopan dialam maya tu. Jangan ingat korang tu penting sangat macam artis dan Perdana Menteri yang ramai orang nak follow korang. Nanti kena stalk mula la melatah! That time, jangan cari aku. 

Peace no war
*^^*
KKU et.al

                    : - Facebook aku sendiri

p/s: Aku dah gatal-gatal sangat klik join waiting list so aku nak korang pn turut serta jugak! Hahaha..T.T

2 comments:

  1. err, aku mcm konfius semacam bila baca =.=' tp utk aku benda ini mcm advanced smacam jer bgi aku si pengguna fb yg biasa2

    ReplyDelete
  2. Mmg advance gile bro..aku view bdsrkn fungsi die bkn pd pdgn sorng pgguna..sbb ak pn x hdp lgi graph search ni..beta pn x release lgi..huhu..worth a try right??

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ