Passionate readers

Pages

Wednesday, 3 October 2012

LOCAL: BR1M 2.0 Surat dan sirat disebalik dan terang-terang namun samar-samar

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebutan "BRIM" merupakan pendekatan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan untuk meringankan beban ekonomi rakyat agar hidup mereka lebih selesa. Pada pembentangan Bajet 2013, Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa BR1M 2.0 akan dilancarkan dan suntikan ekonomi tersebut akan memanfaatkan lebih ramai golongan masyarakat. BR1M 2.0 ini dipertingkatkan dengan mengutamakan golongan remaja berumur 20 - 30 tahun, berstatus bujang dan mempunyai pendapatan sebulan tidak lebih daripada RM 2000. Pembaharuan tersebut merupakan berita gembira kepada ramai golongan belia remaja di Malaysia seramai 2.75 juta yang layak memohon BR1M tersebut dengan nilai bantuan sebanyak RM 250 seorang.




Borang pemohonan untuk BR1M 2.0 boleh didapati pada pertengahan bulan Oktober 2012 melalui pelbagai medium. Bagi mereka yang telah menerima BR1M 1.0, mereka tidak perlu lagi untuk mengisi borang tersebut tetapi bagi mereka yang merasakan diri mereka layak harus mengisi borang tersebut untuk membuat pemohonan baharu. 

Bantuan BR1M 2.0 ini tidak layak untuk pelajar yang telah menerima bantuan baucer buku sebanyak RM 250. Graduan yang masih lagi tidak bekerja layak menerima bantuan ini. Borang itu boleh didapati pada pertengahan bulan ini namun wang tersebut hanya akan didapati pada awal tahun depan. Untuk menjayakan BR1M sebanyak RM 3 billion diperuntukkan untuk skim tersebut.

Persoalannya disini berjayakah usaha beliau dalam usahanya membeli undi rakyat melalui Agenda Alam Semesta Itu Ini beliau tersebut. Rakyat Malaysia sekarang sudah makin bijak dan pandai atas dasar-dasar membangun perlaksanaan menteri-menteri sebelum ini. Tersuratnya dalam skim BR1M beliau ialah memberi bantuan kewangan kepada rakyat-rakyat yang dikatakan memerlukan. Keperluan yang diperkatakan itu datangnya daripada bebanan kewangan lain. RM250 untuk bujang dan RM500 untuk bekeluarga dilihat sudah mencukupi untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. Tanpa kita sedari BR1M itu bukan memudahkan tetapi menyusahkan. Mana datang RM3 billion semata-mata untuk bantuan sebegitu? RM 3 billion itu sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan masalah utama kepada ekonomi negara yang menghidap kanser. Apa guna RM250 RM500 diberi pada hari Isnin tetapi pada hari Selasa gula, minyak, dan keperluan harian lain terus meningkat tidak sejajar dengan pendapatan bulanan rakyat? Mana rasionalnya disitu?

Tersiratnya dalam skim BR1M, apa yang cuba dilakukan oleh beliau ialah cuba mewujudkan hutang didalam kerajaan andai kerajaan akhirnya dirampas oleh pembangkang. Sekurang-kurangnya beliau sudah meninggalkan hasil kerja tangan beliau dan rakyat akan diperintah dalam tempoh masa yang pendek kerana rakyat akan menuntut janji manis dan manifesto angan-angan pembangkang semasa berkempen. Lihat sahaja Selangor, isu air menjadi senjata utama kejatuhan empayar pembangkang disana.

Ramai rakyat merungut atas pimpinan pembangkang. Faktor dana dalam pemerintahan menjadikan pimpinan mereka goyah dan penerimaan rakyat terhadap pemerintahan keras kepala yang tidak mementingkan rakyat menjadikan masyarakat itu menjadi semakin teruk. Penerimaan pula dipengaruhi oleh harapan mereka terhadap janji-janji yang ditaburkan dahulu yang akhirnya hanyalah sekadar batuk ditepi tangga. Wang menjadi senjata yang paling utama dalam pemerintahan dan kekurangan wang membawa kepada aktiviti penjanaan wang secara haram yang menyalahi undang-undang dan dapat dilihat melalui peningkatan jenayah.


Semua yang berlaku mempunyai kaitan dan ianya menjadi tanggungjawab kita untuk memahami dan menyambung persamaan dan perkaitan antara suatu kejadian dengan kejadian lainnya. Persoalannya, yang manakah layak menerima pangkahan keramat anda?

p/s ;- Soalan untuk diri sendiri "Adakah semua ini benar?"

KKU et.al

No comments:

Post a Comment

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ