Passionate readers

Thursday, 30 August 2012

Rahsia Peribadi diri mengikut Bulan Islam


Langkah pertama anda ialah mengetahui tarikh lahir anda mengikut bulan hijrah mengikut kalendar yang diletakkan disebelah blog ini dan cari dimana bulan anda berada di bawah. 

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi ***** jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat..

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang ***** atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Gangnam step pulak dah!!


Dah Boleh try la kan? :D

Update by yana 



Wednesday, 29 August 2012

Gangnam pulak dah!!??

Baru-baru ni Malaysia  digemparkan dengan video hari raya yang begitu epik sekali sehingga mendapat hit di youtube sehingga 410,178. Video yang dipost di youtube pada 24 Ogos 2012 itu mendapat 5443 likes dan 255 dislikes dalam masa 4 hari. Video yang diupload menerusi akaun MyCTV Channel itu mendapat sambutan hangat sekali berbanding video-video lain yang diupload menerusi channel yang sama. Video yang bertajuk Suasana Gangnam Raya itu boleh ditonton secara online di sini
  
Produksi video itu dilakukan oleh Anak Cucu Tok Haroon (ACTH) secara spontan yang dilakukan pada 30 Ramadhan dan 1 Syawal. Video itu memaparkan mash-up lagu Selamat Hari Raya oleh Anuar & Elina bersama-sama dengan Gangnam Style oleh PSY. Tujuan utama video tersebut dibuat hanyalah untuk suka-suka dan sekadar mengabadikan kenangan suasana kemeriahan hari raya di dalam bentuk digital dan berstylo. 

Kemeriahan persiapan hari raya keluarga tersebut turut mendapat perhatian harian Metro pada 28 Ogos 2012. Sila klik sini untuk membaca artikel tersebut 

Sempena dengan hari raya aidilfitri ini memang sudah menjadi perkara biasa untuk rakyat Malaysia merakamkan suasana persiapan hari raya dan kemeriahan suasana hari raya disamping kaum keluarga. Penulis tidak ralat dengan pemilihan lagu Selamat hari raya oleh Anuar dan Elina tetapi penulis agak tertanya-tanya apa itu Gangnam. Mari kita selengkor apa itu Gangnam.

Gangnam adalah nama untuk tempat di Korea yang membawa maksud " arah selatan sungai". Gangnam juga boleh disebut dengan Kangnam yang membawa maksud yang sama. Gangnam-gu pula merujuk kepada kawasan daerah pemerintahan kerajaan tempatan Korea. Gangnam-gu pula merupakan salah satu daripada 25 kawasan pemerintahan kerajaan Korea yang membentuk kotaraya berprestij Seoul, Korea Selatan. Gangnam-gu merupakan sebuah kawasan yang mempunyai kesan berpengaruh yang tinggi dan terpenting dalam mengerakkan nadi kotaraya Seoul dan terletak di bahagian tenggara kotaraya tersebut.  Kawasan Gangnam-gu di hubungkan dengan Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line dan Sin Bundang Line.

Korea Selatan, merah menunjukkan bandar Gangnam. 
22 bahagian Gongnam Gu.


Gangnam-gu pula memiliki 22 dong (kawasan kejiranan) dan memiliki pelbagai kawasan tarikan pelancong antaranya ialah Seolleung dan Jeongjung tombs, Kimchi Field Museum, Trade Tower, COEX Aquarium, dan Korea City Air Terminal. Gangnam-gu juga pernah tersiar di pawagam menerusi filem The Bourne Legacy, siri ke empat filem Bourne dan juga menerusi klip video PSY artis rap terkenal Korea.

PSY
  
PSY atau nama sebenar Park Jae-Sang (31 Dis 1977) merupakan seorang rapper terkenal di Korea Selatan yang popular menerusi klip video komedinya dan persembahan pentasnya. PSY banyak muncul dipelbagai rancangan televisyen di Korea dan menjadi kegilaan disana. Walaupun PSY dilahirkan di Korea namun dia mengakui tidak terlibat dalam genre K-Pop yang menguasai semua corong radio di Malaysia kini. Jika diperhalusi dan diamati lagu yang dihasilkan oleh PSY bertajuk "Gangnam style" itu tidak mengikut rentak K-Pop tetapi lebih mengingatkan penulis kepada Gym Class Hero - Party rock anthem. PSY berada dibawah label YG Entertainment dan gerak tari dalam video klip Gangnam style-nya mendapat liputan meluas keseluruh dunia. PSY begitu teruja dengan video klip Gangnam style tersebut seperti yang dinyatakakan dalam satu temubual

“When I realized that some top stars like have imagined or tweeted about me,I thought, ‘This is a joke. This isn't happening,’” he said. “I never expect things like this, not because they are top stars, but because this is the biggest market in the universe for pop music, right, so everybody’s dreaming about appearing in the U.S. So I’m still saying, ‘What going on here? This is beautiful.’” - PSY

Video klip Gangnam style PSY mendapat 68 juta hit di Youtube dan terus menerus menjadi kegilaan kepada semua peminat tarian dan berjuta-juta video reply dibuat untuk membuktikan masing-masing mampu melakukan tarian Gangnam style tersebut. 



Gangnam style pula merujuk kepada cara hidup mewah masyarakat di kawasan Gangnam-gu yang berpengaruh dan amat mementingkan trend. Video klip PSY pula betemakan seorang kekasih yang sempurna yang mengetahui bila dia menjadi seorang yang sangat baik dan bila dia perlu menjadi seorang yang sangat liar dan hot. "Oppa Gangnam style" pula boleh di alih bahasa menjadi " Saya amat menyukai cara Gangnam" atau " Saya adalah cara Gangnam". Gangnam menjadi begitu popular kerana gerak tarinya yang begitu kelakar dan meriangkan disamping irama yang catchy berserta dengan gerak tari PSY yang lain dari yang lain. Gerak tari PSY seperti sedang menunggang kuda dan muncul dibeberapa tempat yang tidak disangka-sangka seperti di kolam air panas dan kawasan yoga menjadikan tarian tersebut begitu kelakar. Gerak tarinya yang senang dan mudah diikuti menjadikan ramai peminat cuba melakukan parodi kepada video klip beliau.

PSY bekepala GUNDAM hasil video editting

Parodi yang paling diminati ialah "GUNDAM STYLE". Parodi Gundam style pula memaparkan gerak tarian yang sama dengan PSY cuma kesemua kepala penari di lengkapi dengan topeng robot-robot Gundam seperti RX-78, Zaku, Hyaku Shiki, dan lain-lain. Anda boleh menonton video Gangnam style Gundam style di sini.


KKU, 29082012

Friday, 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012 & OPS SELAMAT SPEEDTRAP Location

Kepada semua readers and blogwalkers sekalian,

Saya disini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan blogwalkers yang beragama Islam. Dengan ucapan Ku pohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Pandu Cermat Poket Selamat, Ingatlah OPS Selamat, Selamatkan duit raya anda. *^^*

Bersempena dengan Hari Lebaran ini memang banyak warga Malaysia akan menggunakan jalan raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Pelbagai perancangan diatur dan dirancang demi menjamin kelancaran semasa perjalanan. Niat dihati untuk mematuhi undang-undang jalan raya mesti amat tinggi tersemat didalam kalbu semua orang namun kadang-kadang terlajak juga tertekan pedal minyak secara berlebihan. Mengakui akan hakikat tersebut disini aku senarai serba sedikit maklumat yang aku dapat mengenai Senarai Lokasi Speedtrap Ops Selamat 2012. Senarai ini mungkin berguna untuk kamu semua dalam merancang perjalanan dan aturan masa disepanjang perjalanan nanti. Kami disini mendoakan kamu semua selamat pargi dan selamat pulang.

Ops Selamat akan mengantikan Ops Sikap dan telah bermula sejak 12 Ogos 2012 dan akan berakhir sehingga 26 Ogos 2012. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan Ronda dan Statik di 150 Black Spot yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara.

Pengurangan kadar kemalangan masih lagi menjadi objektif utama ops ini namun dengan sedikit penambahan dengan pengenalan Rumah Selamat,dimana selamat sampai ke destinasi turut menekankan kepada aspek keselamatan harta benda dan rumah yang ditinggalkan warga kota apabila pulang beraya di kampung masing-masing. 


Berikut merupakan senarai BERKEMUNGKINAN merupakan kawasan perangkap Had Laju.

PLUS North Bound (Menghala ke Utara)


Bawah jambatan di kira-kira 456km, Sg Buloh simpang
 
 
Bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange
Bawah restoran jejantas di Sg Buloh
Bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km
Bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi
Bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian
Bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang

PLUS South Bound (Menghala ke Selatan)
Bawah papan tanda pada kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby
Bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km
Bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan
Bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km/h (zon)
Bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang
Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
Di 296.5km and 297km, persimpangan Bangi
Bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara
Di 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara
Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang
Selepas simpang Alor Gajah at 213.9km, sebelah taman tema air
Di halangan kanan pada 198.4km

Elite Central Link East / North Bound
Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
Bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km/h. 90km/h(Zon)
Bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km

Elite Central Link West / South Bound
Bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km/h. 90km/h (Zon)
Bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km
Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling
flyover.90km / h

NKVE East / North Bound
300m sebelum tol Jalan Duta, 60km/h (zon)
Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km 80km/h (zon)
Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West / South Bound
Di sebalik halangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km/h (zon)
Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km/h (zon)
Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km
Di sebalik halangan n di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam

Kesas East Bound
Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit yang selepas simpang Puchong

Kesas West Bound
Di tepi Sg Besi Tol Bound Timur. Kuala LumpurCity
Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km/h (zon)

Klang
Jalan antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km kilometer batu. 70km/h (zon)

Pantai Timur
East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
Maran, 60km/h (zon)
Paya Bungor, 70km/h (zon)

JOHOR South Bound
Persimpangan Tangkak.
Bawah jambatan selepas Yong Peng Utara persimpangan
Pada 97.3km
Persimpangan Ayer Hitam
Persimpangan Sedenak

PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG

North Bound
Sekitar Ayer Hitam in 60km/h (zon)
Sebelum Perwaja Steel
Sg Petani persimpangan
Di Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua

South Bound
PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km/h
Kira-kira 2 km sebelum Tol Juru had 90km/h

PERAK North Bound
Bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting
Bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting
Bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction
Bbawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting
Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km/h
Bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh
Bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South
Bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai
Bawah jambatan di 296km, Gopeng
Bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai
Bawah jambatan di 353km, Sungkai
Bawah jambatan di 373km, Slim River

South Bound
Bawah jambatan di 199km, sebelum simpang Kamunting simpang
Bawah jambatan di 241.9km, at Kalau Kangsar
Bawah post tanda di 296.1km, sebelum Gopeng
Bawah jambatan di 297km, Gopeng
Bawah jambatan di 300km, selepas simpang Gopeng
Bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng
Bawah jambatan di 372.6km, di SlimRiver

Sabak Bernam
KM. 64 T / INTAN – KLANG
KM. 62 T / INTAN – KLANG
KM. 60 T / INTAN – KLANG(KM.60 Sg.Nibong)
KM. 54 T / INTAN – KLANG
Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan
SUBANG JAYA KM 8,5 L / RAYA ELITE,
Bentong KM40 L / RAYA KL-Karak
Spt (B / Mertajam) KM 142,6 LRUS
Hulu SELANGOR (KKB), KM 400 LRUS
S / RIVER (B / SANDAKAN) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR

JALAN PERSEKUTUAN
Bersebelahan Hotel Mint
Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
Berhadapan dengan Istana Negara
Berhadapan dengan Muzium Negara
Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Berkaitan
Kilometer 1.13.5th Lebuhraya Ayer Keroh
Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
Kilometer 81 jalan Jerangau-Jabor
Kilometer 51 Jalan Alor Star-Butterworth
Kilometer 85.5th Jalan Kuala Lumpur-Ipoh
Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan
Kilometer 15 Jalan Tampin-Segamat
Kilometer 36 Jalan Kuantan-Kemaman
Seksyen 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit;Kilometer 10.184th Jalan Johor Bahru-Kuala Lumpur
83 Street dan kilometer 62 Gua Musang-Kuala Krai
Jelutong Expressway di Pulau Pinang

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...