Passionate readers

Pages

Wednesday, 25 July 2012

FLX vs Datsun 120 Y

06 Mei 2012, pada pukul 1500 hari tersebut aku telah menghadiri kenduri perkahwinan salah seorang kawan nenekku. Aku memparkirkan keretaku di bahu jalan namun dihadapan rumah kejiranan dimana kenduri majlis perkahwinan tersebut dijalankan. Keadaan cuaca pada hari tersebut mendung dan hujan turun dengan renyai. Walaupun hujan kami berpayung pergi menuju ke rumah majlis perkahwinan tersebut berlangsung. Setelah sampai kami pun bertemu dengan tuan rumah untuk salam kaut dan mendapatkan  mungkin telur rebus, apollo choco cake dan beberapa sumi. Insyallah. Kami terus dijemput ke meja jamuan dan menjamu selera. Walaupun keadaan hujan renyai dan kawasan meja makan agak berbecak namun kami tetap menyambut kenduri mereka dengan penuh kesyukuran dan doa moga-moga pasangan mempelai berkekalan sehingga anak cucu dan cicit mungkin. Amin.

Setelah menjamu selera dengan nasi minyak dan air asam boi dalam cup seperti air rm1 di pasar malam kami pun berangkat pulang. Sedang kami berjalan menuju ke kereta kami alangkah terkejutnya kami apabila mendapati kereta FLX kami telah di langgar orang! 


Aku hanya mampu tergamam dan terpaku disitu ibarat seperti dipanah petir berkali-kali ataupun mungkin ibarat bulu hidung dicabut serentak 5 hinga 9 helai pada satu-satu masa. Nenek dan Bulat melakukan reaksi jantina perempuan yang klise dimana kejutan tersebut disambut dengan kekecohan mulut mereka yang tidak akan mengembalikan keadaan asal kereta tersebut. Kereta yang melanggar kereta kami tidak lagi kelihatan pada masa kami sampai ke kereta. Kemungkinan besar beliau di belenggu dengan rasa bersalah dan gementar sehingga melupakan tanggungjawab beliau atas kesilapannya. Mujur pada masa kejadian, ada beberapa saksi yang datang bertemu dengan saya dan memberikan serba sedikit maklumat penting untuk menjejaki pesalah yang telah meninggalkan hiasan abstrak yang begitu ”cantik” dipandang malah mampu memanaskan suhu badan manusia dikala musim hujan yang dingin ini.


Saksi-saksi tersebut memberikan no plat kereta, jenis kereta dan menceritakan bagaimana kejadian tersebut berlaku. Berdasarkan cerita saksi suspek mengundurkan kereta berpandukan arahan budak-budak parkir yang berumur dalam lingkungan 10 – 15 tahun. Pihak pengurusan majlis perkahwinan tersebut mengarahkan budak-budak tersebut untuk mengawal lalu lintas sepanjang majlis berlangsung kerana jalan disitu agak sempit. Mungkin bimbang akan keselamatan pengunjung mereka mengarahkan budak-budak sekolah untuk mengawal lalulintas. Mungkin juga pihak pengurusan ada menjanjikan wang saku rm3 cukup untuk mereka pergi ke kafe siber dan bermain permainan counter strike source menjadikan mereka sanggup untuk mengawal lalulintas walaupun pada hari hujan. Kekurangan pengalaman dalam mengawal lalulintas menyebabkan kemalangan ini berlaku.

Semasa mengundurkan kereta budak-budak parkir telah memberi amaran bahawa kereta suspek telah berada terlalu dekat dengan keretaku dan kemungkinan impak akan berlaku amat tinggi namun saksi mengatakan bahawa suspek tidak menghiraukan amaran tersebut malah mengundurkan keretanya dengan laju. Impak terjadi! Kejadian yang berlaku tidak sampai 5 saat itu telah meninggalkan kesan luka dan sedih yang mendalam dihatiku apabila melihat FLX ku disakiti. Kejadian 5 saat itu telah menghantuiku sehingga saat ini. Suspek kemudiannya memecut laju meninggalkan tempat kejadian dan budak-budak parkir tersebut sempat mencatatkan no plat kereta suspek tersebut. Aku pun mengambil no plat kereta tersebut walaupun aku masih lagi kabur dek realiti yang berlaku ini. Berebut-rebut budak parkir tersebut menceritakan kisah realiti kejadian tersebut bagai anak-anak ayam bercericip pada petang hari. Aku jadi bertambah pening dan kabur tiba-tiba datang seorang saksi lelaki bersonggkok tinggi, bercelak mata membawa air kelapa dalam cup menceritakan kejadian pada pandangannya. Kedua-dua cerita berkait rapat dan ada kesinambungan menjadikan mereka boleh dijadikan saksi yang boleh dipercayai. Aku sempat mengambil nama dan no tel mereka untuk sebarang pertanyaan dan rujukan kelak.


Dengan berat hati dan sedih kami beransur pulang....sunyi itulah suasana sepanjang perjalanan pulang kerumah. Kesunyiaan tersebut tetap membisingkan organ permikiran aku ditambah dengan emosi amarah didalam hati namun apa yang terjadi telah terjadi terimalah kenyataan tersebut dengan keterpaksaan. Pasrah.

Setelah berunding dengan beberapa kenalan rapat untuk mendapatkan pendapat dan pandangan aku pun pergi membuat laporan polis di balai polis untuk mengklaimkam insurans kereta aku. Memandangkan kereta suspek adalah buatan Datsun 120 Y tahun 1978- 1982 yang sedia maklum tahu ketahanan body kereta pada zaman tersebut sekeras kereta kebal, maka untuk mengklaimkan insuran kereta suspek adalah hampir kepada mustahil. Setibanya aku di balai polis laporan dibuat dan berjumpalah aku dengan pegawai penyiasat untuk membincangkan cara penyelesaian kes tersebut.


Pung pang pung pang…

Dipendekkan cerita...

”Ok, takpe. Mcm ni, sy bg no dia kt awk, awk try settle dlu mslh ni dgn dia. Nk klaim insurans pun kes langgar awk ni tak sampai seribu pun!” ujarnya macam professor yang baru berjaya menyelesaikan formula pembentukan black hole.

“baik tuan” ujar aku akur tanda setuju dengan cadangannya.

“in case, klu sy x dpt settle dgn dia mcm mne prosedur nk klaim insurance?” tanyaku kepadanya dengan muka buat-buat blur.

“klu nk klaim insurance jgk, awk kne buat dia dtg buat report dulu, lps tu bru kita buat siasatan dan bru blh klaim insurans utk keter awk” jawab tuan sarjan tersebut penuh tatatertib.

“ biasanya kerosakan mcm keter awk ni prosedur nk klaim insurans lgi mhl dri kos awk repair keter awk sendiri, pasl kerosakan ni kecik sgt, org insurans tu pun penat je nk wt klaim ni” ceritanya berdasarkan jumlah garam yang telah dia makan seumur hidup dia.

“ok, klau sy blh settle dgn pak cik ni agk2 tuan berapa yg sy perlu mintak?” tanyaku lgi.

“ klu keter sy, sy mintk mau 2 ribu jgk, tpi sy x tau la klu keter awk..hahahaha” gelaknya besar menandakan ada sedikit riak disitu.

“hehehe...klu keter tuan mmg la mintak 2 ribu, tuan naik keter mercedes” jawab ku buat-buat tau yang dia naik keter mercedes.

“ala, ko klu dpt 150 pun kira bernasib baik ko tau?” kata pak cik yang meminta sarjan tersebut membuat semakan saman sebentar tadi.

“ooo..takpe la klu camtu..sy settle sendiri la dengan pak cik tu.”kataku untuk mengakhiri perbualan pada petang yang nyaman dek penyaman udaranya yang agak kuat itu.

Kemudian pegawai itu memberikan alamat lengkap, nama dan no tel pemilik kereta tersebut yang lengkap kepadaku untuk dihubungi. Beliau juga memberikan aku tempoh masa sebelum pukul 12 tengah malam untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Aku pun pulang dengan sedikit harapan dan beberapa persoalan untuk dijawab. Aku perlu tahu berapa kos membaik pulih sebenar bagi bahagian yang rosak itu. Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk menghubungi saudara ku dan suaminya yang agak bijak pandai dalam hal-hal sebegini. Setibanya dirumah saudaraku, pasangan pengantin muda tersebut membelek-belek kecederaan FLX-ku dengan penuh tekun dan berkerut kening.

Kira punya kira lebih kurang dalam RM 600. Kerosakan paling ketara adalah dibahagian fender dan pintu. Untuk kecederaan yang boleh dikatakan kecil ini usaha membaik pulih adalah seperti kerosakkan besar. Harga tersebut adalah harga normal bagi kerosakkan sebegini. Aku tidak berpuas hati, aku terus menelefon sahabatku yang merupakan kaki revival kereta malah juga merupakan salah seorang daripada ahli kelab WOC. Sahabatku ini mempunyai kenalan yang boleh membuat kembali bahagian body kereta yang rosak. Aku menceritakan kejadian kemalangan dan meminta quotation baik pulih dan jumlah yang dikhabarkannya hampir sama. 


Akhirnya, aku mempunyai figure yang perlu aku sebutkan kepada suspek nanti. Belum sempat aku menghidupkan enjin tiba-tiba telefon bimbit zaman kuno aku berdering menandakan ada orang cuba menghubungi aku
Bersambung...

2 comments:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ