Passionate readers

Pages

Tuesday, 5 June 2012

Senibong Village Seafood Johor Bahru

31 May 2012
9.00 mlm +-
Saga FLX

Senibong, tempat makanan seafood yang terkenal di Johor Bahru. Ramai orang mengetahui akan kewujudan tempat ini walaupun iainya terletak dipenjuru negeri Darul Takzim tersebut.
As seen on Google+. Credit to Google+
Kawasan ini rata-rata didiami oleh para nelayan yang bergantung hidup kepada Selat Johor dalam mereka mencari rezeki. Aku dan salah seorang rakan FB aku sempat meluangkan masa di Senibong sempena menyambut keraiain dirinya itu. Senibong adalah tempat yang sesuai untuk berbuat demikian kerana suasana persekitarannya yang begitu aman, udara yang segar, permandangan yang indah dan yang paling penting kami berada jauh dari hiruk pikuk bandaraya.

Kita sebagai manusia tidak akan terlepas daripada kebergantungan kita terhadap alam sekitar. Alam sekitar mampu merawat kita secara fizikal dan spiritual dan keseimbangan antara kedua-duanya adalah penting.
Senibong front view.Credit to qistinaolivia.blogspot.com
Kembali ke Senibong anda akan dijamu dengan permandangan laut yang tenang dan dipermukaannya dipenuhi dengan rumah air. Tidak dapat dipastikan rumah tersebut adalah tempat tinggal penduduk disitu atau rumah tersebut berfungsi sebagai pondok untuk penternakan ikan atau kupang. Yang penting Selat Johor di Senibong dipenuhi dengan struktur bangunan atas air tersebut. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 2 untuk parkir dan masuk dikawasan restoran tersebut. Terdapat banyak parkir bertar disediakan namun iainya sentiasa penuh dan agak sempit dek kesesakan orang ramai. Kemahiran tinggi mengemudi kereta diperlukan disini kerana jalan agak berpasir dan berlopak yang merupakan situasi biasa di kawasan pantai.

Senibong gateway. Credit to myeibalive.blogspot.com
Setelah keluar dari kereta anda akan melihat deretan perniagaan kecil-kecilan yang menjual berbagai jenis barangan di sepanjang jalan untuk ke restoran seafood. Antara barangan yang dijual ialah mainan kanak-kanak dan juga sedikit cenderamata.

Disini terdapat banyak kedai makan seafood dan steamboat yang menawarkan makanan yang lebih kurang sama tetapi  masing-masing mempunyai strategi tersendiri dalam menambat hati pengunjung. Masuk saja ke kawasan restoran anda akan dipelawa oleh wakil-wakil restoran yang bertindak sebagai jurujual yang menjual produk makanan mereka. Berbagai menu dan tawaran istimewa akan diberitahu sehingga anda tidak sempat untuk mendengar apa yang mereka perkatakan.

Disebelah kiri anda, terdapat pelbagai jenis makanan laut dipaparkan didalam rak ais untuk pemilihan pengunjung nanti. Kami memilih kedai yang kedua sebagai restoran kami pada hari itu kerana rakan FB aku tadi pernah menjamu selera bersama keluarga disitu dan merasakan masakan disitu lebih sedap.

Setelah mendapatkan meja yang sesuai, pelayan datang membawakan menu kepada kami dan mula mengambil pesanan. Meja kami berada di kawasan yang berbumbung, terdapat juga meja di kawasan yang tidak berbumbung namun pada hari tersebut hujan baru sahaja berhenti dan meja-meja diluar semuanya basah.

Meja kami dihiasi oleh pemandangan Selat Johor dan lampu-lampu daripada kawasan perindustrian negara seberang iaitu Sembawang. Dari situ kami dapat melihat dengan jelas dalam kegelapan malam aktiviti perindustrian mereka di sekitar kawasan perairan tersebut.


Keindahan malam jelas menusuk kalbu ditambah pula dengan cuaca dingin yang membelai tubuh yang letih berkerja pada siang hari. Kami memesan nasi putih, sayur goreng, tomyam campur, sotong celup tepung, dan juga kerang rebus. Air pula sudah semestinya Horlicks dan rakanku pula laici suam.


Suasana didalam restoren begitu gamat sekali dengan pengunjung yang boleh tahan ramai dan kekalutan itu menjadi penyeri dan peneman kami disitu. Itu adalah sesuatu yang normal bagi restoren seafood yang mana rata-rata pengunjung datang membawa ahli keluarga yang ramai. Tiada yang lebih menyeronokkan daripada menjamu selera beramai-ramai di restoren seafood. Walaupun kami hanya berdua tetapi kami tetap merasakan suasana keramaian tersebut.

Sampai sahaja pesanan kami, kami terus menjamu selera. Aku pula terus menerus makan kerana pada siang harinya aku sengaja mengosongkan perut untuk makan di Senibong. Mengosongkan perut adalah strategi dalam menjamu mana-mana restoren makanan laut dan steam boat kerana saiz hidangan rata-ratanya adalah besar. Diingatkan juga supaya jangan memakan nasi terlalu banyak untuk mengelakkan makanan laut yang dipesan terbiar didalam mangkuk bak perhiasan di kedai cenderamata.

Masakan disitu memang sedap, cukup rasa dengan persembahan yang menarik. Aku begitu gemar akan sotong celup tepung restoren tersebut sehingga membuatkan aku teringatkan sotong celup tepung di Kuala Perlis dan juga Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

Kerang rebusnya juga sedap dengan daun serai yang begitu banyak untuk menaikkan rasa dan yang paling penting dibasuh bersih tanpa pasir semasa meratah mereka. Kami cuma kurang berpuas hati dengan tomyam campur yang dipesan, iainya seperti kurang "kick" pada selera kami. Mungkin juga pengalaman kami memakan tomyam original masakan Thailand di Kuala Perlis dan juga Utara tanah air menjadikan selera kami terhadap tomyam tersebut agak berlainan. Untuk kesemua pesanan kami, kami dikenakan MYR 37.00, agak berpatutan.

Masakan disitu amat sedap ditambah dengan suasana disitu menjadikan iainya cukup sempurna ditambah lagi dengan perut kenyang kami. Jika kami melanjutkan masa lagi disitu nescaya kami dibuai mimpi serta-merta di Senibong, alamat tak kerja la esoknya.

Setelah selesai menjamu selera kami mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan didalam ingatan masing-masing di sekitar kawasan tersebut terutamanya dikawasan jeti.

Kami pulang dengan perasaan gembira terima kasih kepada Senibong yang telah merawat kami secara fizikal dan spiritual.

Kesimpulannya, Senibong adalah tempat yang menarik dan sesuai untuk melepaskan tekanan kerja dan juga menikmati suasana malam yang cukup indah.

KKU et.al


p/s: aku tidak berkesempatan mengambil lagi gambar daripada rakan FB-ku. Sebaik sahaja aku memiliki gambar tersebut akanku upload disini.
p/s: UPDATED! 11062012

2 comments:

  1. Hi...saya baru jer pegi makan kat Selera Seafood Senibong weekend lepas dan dah upload dalam blog www.blogmakanbest.blogspot.com
    Senang2 tu jenguk la yer blog saya. Topik 100% makan, makan dan makan :) takder topik lain. Kebanyakan nye di area Johor tapi lain2 pun ada bergantung bila saya visit ngan family.
    Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

    ReplyDelete

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ