Passionate readers

Monday 19 August 2013

LOCAL: Harga Proton Suprima S dan rim K-pop Suprima



Proton melakukan kejutan lagi..dengan harga tidak masuk akal SV kini muncul pula senjata kedua Proton untuk menguasai pasaran kereta negara!!..Protonholic detected..>,<

2013, Proton terus menerus menambat hati pembeli dengan mengejutkan pasaran dengan model terbaru mereka yang diberi nama Suprima. Sekali imbas Suprima saling tak tumpah seperti Subaru Impreza 2012 apabila warna Suprima untuk test drive ialah biru dengan nama Atlantic Blue yang sangat sporty. 




Suprima didatangkan dengan enjin CamPro turbo 1.6 litre yang mampu menghasilkan 138 hp dan 205 Nm kuasa tork yang memberikan kuasa 2.0 litre enjin namun pada 1.6 litre enjin. Suprima juga dilengkapi dengan transmisi 7 kelajuan Protronic CVT dengan pedal shift. Kawalan pula ditala oleh Lotus dimana semua orang sedia maklum yang kawalan Lotus amat cekap dan berkesan. Kelajuan tertinggi Suprima ialah 190 kmh dan pecutannya kepada 100 kmh ialah 9.9 saat.  Suprima ternyata mempunyai sifat kelajuan yang menyengat disebabkan itulah Suprima memiliki aspek keselamatan yang tinggi. Proton telah melakukan ujian ANCAP untuk Suprima dan telah berjaya mendapatkan 5 bintang menjadikan Surprima adalah kereta yang paling selamat buatan Proton. 



Kereta hatchback baru Proton ini memiliki semua penampilan daripada Preve malahan bahagian hadapannya memang di ambil terus daripada model Preve sebelum ini. Boleh dikatakan Suprima juga merupakan Preve hatchback untuk jawapan yang senang. Dari segi luaran, Proton kali ini mengikut seriringan dengan permintaan dan kehendak pasaran menunjukkan Proton kali ini lebih fokus melalui Suprima. Lihat saja rim standard Suprima, KIA terlintas dalam ingatan? Melihat gril depan honeycomb Surprima, Forte? Penulis merasa Suprima kali ini memang tepat kepada permintaan dan kehendak pasaran dan kajian mendalam terhadap pasaran dijalankan begitu teliti. Suprima juga memiliki kemasan dan penelitian yang tinggi berbanding model sebelumnya. Penelitian dapat dilihat dengan cermin sisi boleh lipat,butang buka but belakang di kunci kereta, park assist, automatic headlamp, push to start, dan automatic windshield wiper. Iainya juga dilengkapi dengan navigasi GPS dan sistem Proton infotaiment  yang baharu.


Setiap hari dapat gaji, sertai kami

Terdapat 5 varian warna untuk Suprima yang pada pengamatan saya merupakan koleksi warna baru dari Proton iaitu Atlantic Blue, Fire red, Tranquility black, Ginetic silver dan Solid white.  Harga yang dikeluarkan oleh Proton untuk Suprima S ialah MYR 76338.

KKu et.al

p/s: FLX ad paddle shift x? Jap, ad cermin sisi boleh lipat!! Nak beli!

1 comment:

We keep this comment box as traditionally possible for all convinience, no need of G+ account, no need of CAPTCHA, no need of approval, that is how we really want to hear your feedback and opinions. So feel free to leave your thought, comment, recommendation, opinions and suggestion to us. We will tried to answer and take action from your thought as your thought is a gold to us to make this blog better. Thank you for all your times here at The Golden Sentinel. Open comment to all. TQ

Best out there

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...